Tak boleh berurut dan berbengkung selepas bersalin. Inilah gambaran ramai buat wanita yang melahirkan anak melalui kaedah pembedahan. Sudahnya badan jadi gelebeh dan sukar untuk kurus. Betulkah kenyataan ini?
Doktor yang cukup dikenali di media sosial, Dr Erna Nadia, yang melalui pengalaman bersalin melalui pembedahan ini menyangkal fakta itu. Bukan cara kelahiran, pokoknya bergantung kepada diri kita sendiri.
Semoga pengalaman yang dilalui beliau ini dapat dijadikan inspirasi untuk ibu terus kekal sihat dan cergas.
Bersalin secara czer tak boleh kurus dan perut gelebeh? Masa mengandung tak boleh bersenam? Masa lepas bersalin tak boleh bersenam?
Salam & hello semua. Pada yang dah ikuti saya sejak lama dulu mesti tahu perjalanan saya mengandung kali kedua. Masa mengandung kali kedua, saya memilih untuk menjadi aktif.
Setiap kali ada pemeriksaan di klinik atau hospital, saya pasti akan tanya kandungan saya ok ke, kedudukan semua ok ke, janin membesar dengan ok ke dan boleh ke kalau saya bersenam. Jawapannya adalah ok.
Alhamdulillah saya kekal aktif dan saya memang suka berjoging. Boleh dikatakan hari hari walaupun mengandung. Cuma pace tu dah slow la. Tipu lah kalau saya kata saya boleh joging pace 5 waktu sarat.
Jika anda mahu bersenam, tanya pada doktor yang merawat anda. Berat terakhir sebelum saya bersalin adalah 73kg. Ya, saya gain 20kg semasa mengandung.
Saya memilih untuk bersalin secara czer untuk anak kedua ini. Walaupun boleh saja beranak secara normal.
Ads
Kenapa? Kerana saya mahu cuba. Jangan ikut saya. Ini saya sendiri sedang eksperimen dan mahu merasa pengalaman sendiri.
Doktor pakar yang buatkan czer saya ni memang hebat. Lukanya kecik tak sampai sejengkal dan Alhamdulillah sudah elok pulih.
Lepas saya bersalin tengah hari 20 may 20, lepas 6 jam baring, saya gagahkan diri untuk bangun. Malamnya saya sudah berjalan perlahan lahan mahu lihat baby dan hantar susu badan. Alhamdulillah ok saja. Esoknya saya dah tawaf satu hospital untuk berjalan slow slow.
Tak sakit ke? Alhamdulillah tidak. Misi misi terkejut pasai doktor depa ni tak reti duduk diam. Lepas balik rumah, saya mula buat kerja rumah sedikit sedikit.
Sebab apa? Sebab lepas bersalin tak elok hanya terbaring. Mudah mendapat darah beku dan anda akan jadi malas. Saya menyusu badan sepenuhnya. Alhamdulillah dah dua tahun pun masih menyusu badan.
Hari kelima selepas czer, saya dah panjat treadmill di rumah. Saya slow jog. Baby tido, saya lari. Saya makan seperti biasa. Tiada lauk pantang yang orang kita suka amalkan. Saya makan makanan yang sihat dan minum banyak air masak.
Masuk 2 bulan lepas bersalin, berat dah jadi 60kg. Saya teruskan aktiviti seperti biasa. Rahim kita akan mengecut sendiri dalam masa 8 minggu. Kalau kita menyusu badan, lagi cepat kecut. Allah dah aturkan dengan baik dah untuk kita. Inilah fisiology normal wanita selepas bersalin.
Ads
Mengurut? Ada. Saya memang suka orang datang urut walau tidak mengandung atau bersalin. Mengurut adalah terapi. Mana mungkin berat boleh normal, rahim kecut hanya dengan mengurut sahaja. Be rational. Lepas 4 bulan, berat saya jadi 55kg.
Dan saya masuk kerja seperti biasa. Ya saya ambil cuti lebih sebab saya nak jaga baby saya. Alhamdulillah sekarang berat maintain di 53kg dan perut saya tidak buncit.
Saya bukan post ini sebab nak menunjuk. Saya mahu anda ambil point dalam cerita saya yang marhaen ini. Saya eksperimen diri sendiri untuk buktikan yang beranak secara apa sekalipun, kena jaga diri dan kesihatan baik baik.
Saya tak amalkan sebarang produk. Bagi saya, nak sihat, tak perlu membazir. Jaga makan minum, makan makanan sihat, minum banyak air kosong sebab air kosong sejuk atau panad tidak ada kalori, menyusu badanlah dan bersenam.
Jika saya boleh dan ramai lagi yang lebih hebat pun boleh, kenapa tidak anda? Berhenti cakap tak boleh itu tak boleh ini. Kata kata itu doa.
Carilah ilmu yang betul dan amalkan gaya hidup yang sihat. Sebab badan kita bukan hanya penting selepas bersalin sahaja. Kita pakai hari hari sehingga akhir usia dan ianya amanah Allah swt pada kita. Jaga baik baik dan jadilah orang yang baik.
Ads
Inilah kisah hidup saya yang saya harap boleh menjawab banyak persoalan wanita yang asyik dimomokkan dengan itu tak boleh ini salah.
Jadilah manusia yang simple dan sihat. Jangan membazir.
Lagi pelik saya ini adalah saya tak minat mekap/berhias ( alat mekap pun tak ada), tak minat barang kemas dan suka drive. Saya suka beli buku. Tak ada tiktok, tak minat tengok video merapu.
Duit yang ada, simpan untuk masa depan dan pelajaran anak anak. Semoga kita semua boleh jadi sihat, baik dan comel.
Dr. Erna Nadia Jom kita wanita yang simple dan banyak ilmu; dunia & akhirat🙌🏻
Selepas selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan, Tasha Shilla dan suami, Atiq Idris berkongsi kegembiraan mereka dengan memanjatkan kesyukuran atas kurniaan amanah kedua dari Allah SWT buat mereka sekeluarga.
“Syukur Alhamdulillah, anak perempuan kami yang bernama “Nyla Kaadira binti Muhammad Atiq” selamat dilahirkan pada pagi Isnin 5 Sept 2022 jam 10:37am.
“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan, kami amat menghargai dan hanya Allah mampu membalas segalaNya.
“Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong doakan untuk dia agar menjadi anak yang solehah, penyejuk mata hati Ibu dan Ayahnya, beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya, rezeki yang luas dan halal,” kongsinya.
It’s our happiest moment to announce that a baby girl “Nyla Kaadira” has arrived into our family. Please keep her in your prayers 🤲🏼
Both Mommy and Baby are in great health, Alhamdulillah.
Kelahiran terutama secara pembedahan mempunyai risiko yang tinggi untuk terjadinya pendarahan? Dr Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, KPJ Selangor akan mengupas mengenai komplikasi ini.
Tumpah darah merupakan salah satu komplikasi yang biasa terjadi semasa proses kelahiran. Terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan kebarangkalian terjadinya tumpah darah ini. Ia berkait rapat dengan uri, tahap kesihatan ibu dan permasalahan yang timbul semasa proses kelahiran berlangsung.
Pendarahan semasa proses kelahiran menerusi pembedahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Lazimnya bagi wanita hamil, darah akan dihasilkan 50% lebih banyak daripada biasa. Justeru, pendarahan yang normal terjadi semasa pemisahan uri dan dinding rahim atau episiotomi ialah sesuatu yang dijangkakan.
Bagi kelahiran secara caesarean, pendarahan yang lebih banyak dijangkakan akan berlaku. Bagi mempersiapkan diri menghadapi kelahiran, ibu-ibu perlu memahami faktor yang meningkatkan risiko terjadinya pendarahan berlebihan atau tumpah darah. Lebih-lebih lagi bagi kelahiran secara pembedahan caesarean.
Terdapat lapan keadaan yang boleh meningkatkan risiko terjadinya pendarahan selepas kelahiran;
Uri bawah (placenta previa) yang hanya akan disahkan apabila kandungan tujuh bulan ke atas. Keadaan ini terbahagi kepada empat tahap. Hal ini boleh berlaku sekiranya ibu-ibu yang mempunyai parut pada dinding rahim akibat pembedahan, prosedur D&C, kehamilan hasil kaedah IUI atau IVF, ibu mempunyai sejarah uri bawah pada kehamilan sebelum ini atau mempunyai radang pada rahim (endometrisis).
Uri lekang (placenta abruptio) di mana uri lekang dari dinding rahim lebih awal daripada waktu sepatutnya iaitu hanya dua atau tiga minit sebelum kelahiran. Ia sering terjadi pada ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi semasa hamil, mengalami trauma pada perut, sejarah uri lekang, air ketuban kurang atau pecah awal.
Uri melekat (placenta accreta/increta/percreta) berlaku apabila berlaku lekatan uri ke dalam otot rahim hingga ada kalanya sehingga pundi kencing dan ia tidak boleh dikeluarkan secara normal selepas bersalin.
Ibu yang mempunyai tahap HB yang rendah mempunyai risiko pendarahan kerana rahim tidak kuat dan kurang upaya untuk mengecut dengan cepat.
Ibu yang bersalin anak kelima dan ke atas kerana otot rahim kurang elastik dan kuat untuk mengecut kembali.
Pengembangan rahim yang lebih daripada normal sama ada disebabkan oleh kehamilan kembar, polihidramnion iaitu air ketuban terlalu banyak, atau bayi terlalu besar (4kg ke atas).
Ibu menghidapi hemofilia atau trombofilia yang menyebabkan kegagalan darah membeku atau berhenti.
Rahim merekah (uterine rupture) semasa proses bersalin bagi ibu yang melahirkan anak kelima ke atas, pernah melalui caesarean, jarak caesarean kurang daripada 18 bulan atau bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin (obstructed labour).
Prolonged labour di mana proses kelahiran berlangsung lebih daripada 12 jam (kecuali anak pertama). Ia disebabkan oleh pelvis ibu yang kecil atau bayi terlalu besar dan bukaan serviks yang perlahan. Keadaan ini juga boleh menyebabkan rahim tidak mengecut atau uterineatony selepas bersalin.
Rawatan bagi ibu tumpah darah semasa bersalin
Bagi setiap kelahiran, rahim akan segera mengecut selepas bayi dan uri dikeluarkan. Pengecutan yang kuat ini bertindak menutup salur darah yang terbuka di mana uri bersambung. Namun bagi ibu yang menghadapi tumpah darah, salur darah yang terbuka tidak tertutup kerana rahim yang tidak mengecut.
Bagi keadaan rahim yang tidak mengecut sejurus selepas kelahiran (uterineatony) doktor akan mengambil langkah untuk mempercepatkan proses rahim kembali kepada asal dan menghentikan pendarahan dengan beberapa langkah.
Mengurut bahagian atas rahim.
Memberikan suntikan
Menyusukan bayi secepat mungkin.
Bagi kes pendarahan yang teruk, pembedahan dilakukan secepat mungkin. Rahim akan diikat supaya ia mengecut lebih cepat.
Jika usaha ini tidak berjaya menghentikan pendarahan yang boleh mengancam nyawa ibu, pembedahan untuk membuang rahim (hysterectomy) terpaksa dilakukan.
Persediaan bagi ibu berisiko tinggi
Bagi ibu yang menghadapi komplikasi kesihatan sepanjang kehamilan dan mempunyai risiko tinggi untuk mengalami tumpah darah, mereka perlu sentiasa berwaspada. Ambil langkah awal untuk menghadapi proses kelahiran dengan persediaan daripada segi mental dan fizikal.
Mendapatkan rawatan, pemeriksaan dan pemantauan daripada pakar perbidanan dan sakit puan.
Memastikan paras hemoglobin adalah pada tahap optimum atau sekurang-kurangnya 11g/dl.
Bersalin di hospital yang mempunyai kelengkapan dewan bedah yang lengkap dan bank darah.
Tahukah anda? Tumpah darah atau postpartum hemorrhage boleh berlaku kepada 6 wanita bagi setiap 100 kelahiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perempuan itu adalah seorang wanita yang dilahirkan menjadi seorang ibu selepas sebuah episod kelahiran. Dia melalui satu frasa yang asing. Dahulu hidupnya hanya memikirkan perihal dia. Sekarang dia ada satu tanggungan (iaitu anak) yang kau sebagai lelaki tidak mampu melunaskan hak sebagai seorang ibu.
Kalau lelaki bertanya
Mengapa perempuan kuat beremosi selepas bersalin?
Fahami ini. Anak itu lahir.
Tidak berdialog. Hanya menangis. 1 tangisan melambangkan 1000 cerita. Hanya naluri ibu memahami apa cerita yang si anak cuba sampaikan. Tetapi lelahnya dia untuk mengintrepetasikan bunyi tangisan itu memakan seluruh tenaga batinnya.
Kemudian anak yang lahir itu ditimpa kuning. Orang keliling berkata…”normallah”
Kau tidak mampu faham. Sebagai seorang ibu, meskipun 10 orang anak melalui frasa cucuk ambil darah, letak bawah lampu biru. Sepuluh kali juga hatinya renyuk. Terbayang apa salahnya sehingga anaknya diserang kuning.
Drama?
Bukan. Dia terlalui menyintai. Perasaan yang kau tak mampu hadami. Kemudian cerita menyusu. Dari awal kelahiran segala buku, blog, website, pakar, bidan dia jumpa untuk belajar hal penyusuan.
Tetapi Allah dah tetapkan rezeki dia bercatu untuk menyusukan anak. Kalian hanya boleh terbayangkan botol dan formula. Dalam kepalanya terbayang erti kegagalan!
Kemudian proses penyembuhan.
Mari aku ceritakan. Dia seorang ibu hamil. Terpaksa menapak separuh kilometer saban hari, berdiri 30 minit dlm lrt/ktm, memandu tekan clutch kereta sekeras kayu mengharung jem.
Demi…. Sesuap nasi.
Selembar rezeki untuk membayar tanggungan dan hutang hidup. Bersama-sama berkongsi jerih dengan suami. Sambil melayan mabuk loya dan alahan. Dari usia kandungan sehari sehingga 9 bulan.
Kemudian ketika melahirkan anak. Kesakitan maha hebat. Terasa terkoyak terkopak dua badan menahan sakit. Ketika itu sudah rela diambil nyawa. Baik mati dari beranak atau berdebar tunggu dibedah. Habis bius luka memerit melintang di bawah. Kemudian bila pulang dari hospital. Segala tanggungjawab tidak berkurangan.
Masih sama.
Kain baju perlu dibasuh disidai. Jika ada anak-anak yang tua, perlu diuruskan hal sekolah. Tembolok keluarga perlu dipenuhkan dengan masakan rumah. Lantai perlu disapu dimop untuk elakkan semut menjamah kulit bayi. Badan sendiri tak terbela.
Penat tak habis hilang. Anak perlu dibesarkan penuh didikan dan kasih sayang. Dia beremosi kerana dia wanita. Dia beremosi kerana dia seorang ibu. Dia menanggung beban dunia di ubun kepalanya. Dan dia beremosi kerana dia seorang yang normal. Dia memerlukan ruang untuk merasa lemah dan lelah.
Masa untuk dia melepaskan semuanya. Sambutlah dia wahai suami. Dia tidak minta disanjung. Cukup sekadar kau mendampingi.
Emosi itu bukan nusyuz atau derhaka.
Emosi itu lambang kekuatan kalian menjadi pemangkin hidup dia.
Biarkan dia menangis. Dengari bebelannya. Dekati dia dengan pujuk lembut. Bawa dahinya kedadamu. Kucup dan alunkan zikir sehingga dia terlena. Tak perlu mencari solusi.
Cukup sekadar kau memahami. Mengapa dia beremosi.
Peringatan buat bakal-bakal bapa.
Kredit : Siti Aishah
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56.