Walaupun bergelar anak seni dan sentiasa sibuk, Alif Satar antara seorang suami dan ayah yang sangat penyayang serta begitu menitikberatkan keluarganya.
Sikap Alif ini wajar dipuji kerana dia sentiasa mendahulukan isteri dan anak-anak dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya.
Alif juga turut berkongsi, rezekinya dalam bidang seni ini disebabkan rezeki dari anak-anak.
“Mungkin sebelum ini rezeki saya dah dikira cukup baik kerana telah terlibat dalam bidang seni sejak usia 16 tahun namun selepas berkahwin dan mempunyai anak, semakin berlipat kali ganda.
Suami dan ayah penyayang
Dikenali sebagai seorang yang berbakat dalam bidang pengacaraan, lakonan dan nyanyian, Alif juga boleh dikategorikan sebagai suami yang sweet.
Malah ramai netizen memuji sikap Alif yang begitu romantik dan sangat menghargai isterinya.
Baru-baru ini, semasa sibuk mengacara AJL pun sempat lagi Alif hantar mesej pada isterinya selain menghargai sokongan Shadila.
Alif juga suka membuat kejutan buat Shadila dan caranya itu membuatkan peminat cukup senang dengan pasangan ini. Di tambah lagi Alif juga bukanlah artis yang selalu terpalit dengan gosip.
Bukan itu sahaja, bab anak Alif antara bapa yang menekankan aspek pendidikan dan perkembangan anak.
Kedua-dua puterinya itu dilihat sangat rapat walaupun Alif sentiasa sibuk dengan tuntutan kerja.
Bab pendidikan anak, Alif akui dia cukup tegas dan fleksibel. Tiada paksaan pun supaya anak membesar ikut usianya.
Paling penting kemahiran sosial dulu sebelum mereka masuk alam persekolahan. Apabila mereka dah besar, apa sahaja bidang yang nak diceburi terpulang pada anak-anak.
Sumber: Instagram Alif Satar & Shadila Halid