Jauh di sudut hati Muhammad Rizal Jusoh, 42, bapa kepada Muhammad Nur Rashdan berusia 19 bulan yang meninggal dunia akibat dikelar ibu kandung di FELDA Jengka 13, Maran telah memaafkan perbuatan isterinya.

“Saya maafkan perbuatan isteri dan tidak menolak kemungkinan akan menarik semula laporan polis yang dibuat, namun undang-undang lebih ‘kuat’ daripada saya untuk menentukan nasib seseorang.”

Muhammad Rizal turut akan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada sanak saudara termasuk keluarga sebelah isterinya, sama ada mahu membiarkan undang-undang menjatuhkan hukuman atau menarik semula laporan.

“Siapa Nak Jaga Makan Minum Dua Lagi Anak. Saya Maafkan Perbuatan Isteri Tapi…” Suami Luah Perasaan Sayu 
Foto kredit: mstar

Katanya, dia turut mengesahkan kejadian itu berlaku tanpa disedari isterinya dan menolak dakwaan sesetengah pihak yang membuat spekulasi mengatakan suspek sedar ketika mengelar anak bongsu daripada tiga beradik itu.

“Sedangkan Allah SWT memaafkan hambaNya apatah lagi manusia biasa seperti saya.

IKLAN

“Hidup saya tidak lengkap tanpa dia (ister) dan siapa yang hendak menjaga makan minum dua lagi anak Mohamad Nur Rusyaidi, 7, dan Mohamad Rafiuddin, 5.

“Dia memang tidak sedar kerana dia boleh tanya semula apa yang berlaku dan siapa yang bunuh Muhammad Nur Rashdan,” katanya

“Siapa Nak Jaga Makan Minum Dua Lagi Anak. Saya Maafkan Perbuatan Isteri Tapi…” Suami Luah Perasaan Sayu 
Foto kredit: Sinar Harian

Ketika pengebumian jenazah Muhammad Nur Rashdan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Jengka 13 kelmarin, Mohamad Nur Rusyaidi dan Mohamad Rafiuddin kelihatna sugul, namun mengerti apa yang sebenar berlaku.

IKLAN

Dalam kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempatkejadian akibat kehilangan banyak darah.

Suspek mengelar anaknya selepas membawa masuk ke dalam bilik sebaik sahaja selesai membaca al-Quran di dalam bilik lain.

IKLAN

Kejadian disedari Muhammad Rizal selepas terdengar suara mangsa merengek lemah dan berasa pelik sebelum masuk bilik untuk melakukan pemeriksaan.

Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula kelmarin di Balai Polis Maran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI