Meskipun kerajaan kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mempunyai sedikit kelonggaran namun ziarah ketika musim perayaan khususnya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi sama sekali tidak dibenarkan!
Kesukaran untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan berkaitan pencegahan COVID-19, menjadi punca mengapa pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri dan juga ziarah tidak dibenarkan, jelas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau akui ia satu perkara berat untuk dihadapi semua rakyat terutama yang menyambutnya, namun berbanding pasar raya sebagai contohnya, SOP itu sebenarnya lebih mudah untuk ditetapkan di premis perniagaan seperti itu.
“Sebagai contoh siapa yang nak masuk mesti beratur, jarak satu meter… jarakan sosial mesti dijaga, sebelum masuk juga kena saring dan untuk masuk juga kena ada jumlah tertentu yang kita perlu tetapkan, jadi semua SOP itu kita jelas.
“Tetapi balik kampung siapa yang nak pantau, dalam satu rumah tiba-tiba berpeluk-peluk dengan saudara-mara, macam mana kita nak pastikan jarakan sosial berlaku, bagaimana nak pastikan ada yang periksa suhu setiap orang yang masuk ke rumah,” katanya dalam program ‘Ruang Bicara’ Bernama TV, yang disiarkan secara langsung, malam ini.
Ads
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, walaupun satu jawatankuasa khas telah dibentuk antara agensi kerajaan untuk memantau kepatuhan kepada SOP berkenaan, namun beliau berkata anggota yang ada, tidak mencukupi untuk memantau setiap rumah di seluruh negara.
“Jadi (pemantauan) pematuhan itu kita jangka tak dapat kita laksanakan. Jadi apa yang kita buat ini adalah untuk menjaga kepentingan semua, kita tidak mahu hari raya ini menjadi satu kluster baharu, akibat raya balik ke tempat kerja bawa penularan baharu,” katanya.
Bagaimanapun, katanya ia tertakluk kepada Menteri Kesihatan yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang arahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan ini, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung.
Ads
“Seperti saya katakan, kita akan rujuk kepada Kementerian Kesihatan, kerana Akta 342 ini adalah akta di bawah kementerian ini, dan di dalam akta ini Menteri Kesihatan boleh keluarkan arahan, jadi arahan menteri pada ketika ini, tidak boleh,” katanya.
Ismail berkata, walaupun ada juga beberapa pihak yang minta supaya kebenaran diberikan dengan mengenakan SOP tertentu, beliau berkata ia tidak dapat dilakukan, selagi ia diletakkan di bawah senarai terlarang.
“Selagi itu ia tidak boleh ada SOP pun, SOP hanya boleh dikeluarkan kepada senarai dibenarkan,” katanya.
Pempengaruh media sosial terkenal, Sally Whoo atau nama sebenarnya Nur Salihah Aimuni, mengumumkan bahawa beliau kini sedang hamil anak kedua.
Menurut Sally, pada mulanya beliau berniat untuk merahsiakan berita gembira ini daripada pengetahuan umum. Namun, perubahan fizikal yang semakin ketara terutama pada bahagian perut membuatkan beliau mengambil keputusan untuk berkongsi berita tersebut kepada para pengikutnya.
“Ingat lagi awal tahun 2025 ada bergurau dengan kawan-kawan kata tahun ni nak mengandung, tak sangka, alhamdulillah.
“Sebenarnya niat di hati nak simpan dulu, kalau boleh biarlah jadi rahsia sampai hari dia lahir.
“Tapi bila perut makin jelas dan ramai yang mula meneka, rasa macam dah tak boleh sorok lagi.
Menerusi sebuah hantaran di TikTok, Sally turut memuat naik beberapa foto manis bersama suami tercinta, memperlihatkan sisi bahagia keluarga kecilnya.
Malah Sally turut meminta orang ramai supaya mendoakannya agar sentiasa sihat dan dipermudahkan sehingga melahirkan.
“Jadi inilah sedikit khabar gembira buat keluarga kecil kami. Doakan saya sihat dan dipermudahkan segala urusan sehingga hari melahirkan,” tulisnya.
Sally juga turut menitipkan kata-kata semangat kepada wanita di luar sana yang masih berjuang untuk memiliki zuriat.
“Buat kalian yang masih menanti, yang setiap bulan menyimpan harapan, yang selalu menangis diam-diam lepas doa terakhir malam, saya titipkan doa, harapan dan kasih dari jauh.
“Semoga Allah pinjamkan bahagia ini buat kalian juga, pada waktu yang paling tepat dan paling indah,” katanya lagi.
Terdahulu, Sally mendirikan rumah tangga Bersama suaminya yang juga pempengaruh dikenali sebagai Toq. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ean Maleeq.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu kesal anak di dera guru pra sekolah hingga trauma datang sekolah. Seorang wanita mendakwa anak lelakinya berusia enam tahun mengalami trauma akibat didera seorang guru wanita di sebuah pra sekolah di Jelapang, Ipoh, sejak September lalu.
Ibu Kesal Anak Di Dera Guru Pra Sekolah Hingga Trauma Datang Sekolah
Aiza Salzul Hanira Zulkapli mendakwa guru berusia lingkungan 30-an itu memukul kepala, merotan, mencubit telinga dan pernah menampar pipi sehingga meninggalkan kesan lebam teruk di beberapa bahagian tubuh badan anaknya.
Menurut ibu tunggal berusia 42 tahun itu, beliau sudah membuat laporan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan mengadu kepada guru besar sekolah berkenaan pada September lalu, namun mendakwa tiada tindakan diambil terhadap guru wanita itu sehingga kini.
“Walaupun aduan dibuat, anak saya memberitahu bahawa guru terbabit masih merotan dan memukul kepalanya setiap hari atas alasan tidak buat kerja rumah sehingga dia takut untuk pergi ke sekolah.
“Saya bawa berjumpa pakar psikitri kanak-kanak di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan doktor mengesahkan anak saya mengalami ‘acute stress disorder’, selain ada kecederaan tisu lembut pada kedua-dua tapak tangan.
“Laporan SISPAA mengatakan tiada sentuhan fizikal dilakukan terhadap anak saya. Saya sedih dan hilang sabar kerana kes ini seakan ditutup,” dakwanya pada sidang media di sini, hari itu.
Aiza Salzul berkata, kecewa dengan SISPAA, beliau kemudiannya membuat tiga laporan polis masing-masing pada 8 dan 14 Disember tahun lalu serta 16 Januari berhubung kecederaan dialami anaknya.
“Saya ingin membuka mata masyarakat bahawa kes penderaan di sekolah memang wujud.
“Bukan sahaja fizikal anak yang cedera, tetapi mengganggu emosi dan menjejaskan perkembangan pelajaran anak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika digunakan berkata, pihaknya akan menyemak semula laporan dibuat wanita itu.
Menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam beberapa hari sahaja lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar tidak bermain mercun untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, aktiviti bermain mercun boleh mengakibatkan kecederaan serius, kebakaran serta gangguan ketenteraman awam.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak main mercun tanpa kebenaran kerana itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
“Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara atau denda berat,” jelasnya.
Beliau turut menambah bahawa sepanjang tahun ini, terdapat dua kes kecederaan akibat bermain mercun membabitkan dua kanak-kanak di Kedah dan Kelantan.
Di Kedah, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun mengalami kecederaan pada tangan dan muka selepas mercun bola yang dinyalakannya meletup sebelum sempat dibaling.
Di Kelantan pula, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun putus tiga jari selepas mercun buatan sendiri yang digunakan meletup secara tiba-tiba.
“Kami bimbang kejadian seperti ini akan terus berulang, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. Orang ramai, khususnya ibu bapa, perlu memantau aktiviti anak-anak dan menasihati mereka supaya tidak bermain mercun,” nasihatnya.
Katanya lagi, PDRM dan agensi keselamatan akan mempergiatkan kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya bermain mercun.
“Kempen kesedaran perlu dianjurkan pada peringkat sekolah, masjid dan media sosial bagi menyampaikan mesej mengenai bahaya bermain mercun,” katanya.
Sumber: TV3
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.