Seramai 30 bayi daripada 2 kategori telah mencetuskan suasana penuh ceria di One Kiddie & Mom Fair, Putrajaya International Convention Centre (PICC) baru-baru ini. Aksi lincah dan ceria ini telah dapat disaksikan dalam Pertandingan Bayi Pa&Ma 2014 sempena One Kiddie & Mom Fair, Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang telah berlangsung selama tiga hari mulai Jumaat hingga Ahad. Pertandingan Bayi Pa&Ma 2014 merupakan pertandingan kali ke 13 dianjurkan oleh Majalah Pa&Ma.
Pencarian yang bermula sejak bulan Februari sehingga Ogos lepas telah melibatkan empat zon iaitu zon utara, selatan, timur dan tengah. Pada masa yang sama penyertaan turut dibuka dalam majalah Pa&Ma bagi mereka yang tidak berpeluang menghadiri sesi pencarian di zon terbabit.
Pencarian yang mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih satu ribu penyertaan daripada pembaca Pa&Ma ini berakhir pada petang hari Sabtu lepas. Para peserta dibahagikan kepada dua kategori iaitu A (bawah setahun) dan B (bawah dua tahun) bagi 30 bayi yang terpilih ke peringkat separuh akhir. Manakala 16 daripada terpilih untuk ke peringkat akhir.
Walaupun kesemua bayi yang terpilih comel belaka tetapi hanya satu pemenang bagi setiap kategori perlu dipilih berdasarkan penilaian dari segi personaliti, kecerdasan minda dan kecergasan fizikal. Siapakah bayi-bayi yang bertuah tersebut? Untuk mengetahui lebih lanjut nama pemenang Bayi Pa&Ma 2014 bagi kedua kategori A & B dapatkan majalah PA&MA isu November yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam-Macam Ibu Ayah Belajar Di Project Parenting Care 2023! Ilmu Dapat, Menang Banyak Hadiah
Pada 28 Oktober 2023 lepas, telah berlangsungnya acara Project Parenting Care 2023 yang bertempat di KL Sentral, Kuala Lumpur. Tujuan acara ini diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada ibu ayah tentang kepentingan menjaga kebersihan gigi dan mulut, kesihatan serta keselamatan anak di dalam kenderaan.
Seawal jam 9 pagi, para peserta telah berkumpul untuk mendaftar dan mengmbil gambar di ruangan yang disediakan. Bukan itu saja, para peserta untuk pertandingan mewarna juga bergaya dengan pakaian yang melambangkan cita-cita mereka. Ada yang mahu mengenakan pakaian ala pemain bola, doktor, guru, model dan banyak lagi.
Demonstrasi Gosok Gigi Yang Betul
Acara yang berlangsung dari pagi sehingga petang ini menyaksikan komitmen ibu ayah untuk menimba ilmu serta memberi pendedahan kepada anak-anak untuk bersosial. Selain pertandingan mewarna, sesi sembang santai untuk berbincang tentang kesihatn gigi telah diadakan dengan kerjasama Klinik Pergigian Anitawaty.
Bagi berkongsi ilmu tentang kesihatan gigi, Dr Anitawaty Mukhtar telah bercerita tentang cara-cara penjagaan kebersihan gigi, gusi dan mulut. Selain itu, beliau turut membawa set gigi khas untuk membuat demonstrasi teknik menggosok gigi yang betul untuk kesihatan yang menyeluruh.
Ternyata sesi bersama Dr Anitawaty memberi kesedaran kepada ibu ayah yang hadir. Lebih menarik lagi, peserta yang hadir banyak bertanyakan soalan dan berkongsi pengalaman mereka sendiri untuk memelihara kesihatan gigi anak.
Sejurus selepas sesi bersama doktor, peserta diberikan peluang untuk membuat pemeriksaan asas gigi secara percuma dan mencuba sendiri ubat kumur keluaran Klinik Pergigian Anitawaty. Memang meriah, berpusu-pusu peserta mahu mendapatkan konsultasi dari doktor dan pembantu perubatan yang ada.
Belajar Cara Keluarkan Hingus Anak
Selepas belajar tentang kesihatan gigi, sesi diteruskan bersama Dr Nabihah yang mewakili Klinik Dr Alyna. Para peserta dapat mempelajari teknik untuk mengeluarkan hingus bayi. Selain itu, Dr Nabihah turut menerangkan tentang pengambilan ubat dalam kalangan anak yang masih kecil.
Dr Nabihah berkesempatan untuk menunjukkan demonstrasi dua kaedah yang boleh digunakan sekiranya bayi mengalami demam, batuk dan selesema. Semasa sesi bersama Dr Nabihah, banyak peserta yang bertanyakan soalan dan turut berkongsi cara mereka menangani situasi anak semasa tidak sihat.
Lebih menarik kerana demonstrasi dibuat dengan cara yang mudah menggunakan bahan yang sedia ada di rumah. Bagi memudahkan para peserta untuk memahami kaedah yang betul, Dr Nabihah membuat demonstrasi tersebut dengan seorang bayi yang hadir untuk Himpunan Bayi Comel.
Ramai Bayi Comel!
Salah satu aktiviti yang ada pada hari tersebut adalah Himpunan Bayi Comel Buckle Up yang meraikan 100 orang bayi yang memakai pakaian bertemakan kartun. Pujian harus diberikan kepada semua ibu ayah kerana sokongan dan semangat mereka membawa bayi dengan pelbagai props menarik bagi merebut kedudukan Top 5.
Ada yang mengenakan baju kartun adiwira, haiwan comel dan banyak lagi. Paling comel, ada juga ibu ayah yang turut memakai baju mengikut tema kartun. Semangat betul!
Kesedaran Tentang Keselamatan Dalam Kenderaan
Biarpun Himpunan Bayi Comel Buckle Up ini diadakan secara santai, namun tujuan asal Project Parenting Care 2023 ini tetap tidak dilupakan. Kehadiran Child Occupant Safety Trainer, Ms. May Hwong mewakili jenama car seat Joie telah membuka mata para ibu ayah untuk mengutamakan keselamatan di dalam kenderaan.
Ms. May turut memperkenalkan standard terbaharu iaitu ECE R129 yang jauh lebih baik kerana kualiti car seat telah dinaiktaraf serta lebih mudah untuk dikendalikan. Di dalam sesi Joie, Ms. May dan pembantunya, Ms. Farah telah menunjukkan demonstrasi untuk memasang car seat di dalam kenderaan serta cara yang betul untuk memastikan anak-anak selamat dan selesa di dalamnya.
Peserta Bawa Balik Pelbagai Goodies Istimewa!
Untungnya semua peserta Project Parenting Care 2023 kerana setiap seorang membawa pulang beg istimewa untuk setiap sesi bersama panel jemputan. Selain goodies dari Pa&Ma, ada juga peserta yang memenangi pelbagai hadiah ketika sesi Cabutan Bertuah.
Antara hadiah yang diberikan adalah seperti beg sandang berjenama, pam susu elektrik, tiket Zoo Melaka untuk kanak-kanak, tiket masuk ke Farm In The City serta yang paling dinanti-nantikan adalah sebuah car seat jenama Joie dengan standard ECE R129.
Tahniah kepada semua pemenang bertuah serta terima kasih tidak terhingga kerana banyak menyokong Pa&Ma!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sweetnya Ustaz”, Puisi Cinta Ustaz Don Daniyal Sempena Hari Lahir Isteri! Warganet Puji Romantik!
Siapa yang tidak sayangkan isteri. Hari-hari istimewa isteri sebaiknya janganlah dibiarkan sepi tanpa ucapan. Biar pendek dan ringkas asalkan detik istimewa isteri sentiasa diingati suami.
Sesekali muncul di instagram, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid tampil dengan cukup gentlemen. Kali ini bersempena hari lahir isterinya yang tersayang, Dr Husna Mohd Zahry, Ustaz Don Daniyal tampil berkongsi sebuah puisi cukup indah buat isterinya.
Puisi dengan gabungan beberapa lirik lagu menjadi pilihan Ustaz Don untuk mengabadikan momen bermakna buat isterinya.
Malah gambar beliau bersama isteri tersayang sudah cukup menggambarkan rasa cinta yang membara buat isteri tersayang.
“Selamat Hari Lahir Wahai Bunga Angkasa,” tulis Ustaz Don di akhir puisi.
Adinda Beta;
Angga Candra pernah berlagu,
“Aku tercipta olehNya
Untuk selalu cintai kamu
Beri aku kesempatan
Tuk bahagiakan dirimu
Kamu tercipta OlehNya
Untuk selalu aku cintai
Genggam erat tangan ini
Jangan sampai kau lepaskan
Sampai aku tutup usia
Kan ku jaga hatimu sampai aku tua
Walau keriput di pipimu terlihat
Takkan goyahkan cintaku yang begitu kuat”
Adinda Beta;
Kakanda Gerhana Ska Cinta pernah berlirik,
“Ke mana saja
Kau berlari bersembunyi
Ku tahu cintamu
Padaku teguh
Takku peduli cara
Dan tingkah lakumu
Kerna ku takkan pergi
Jauh dari sisimu
Dengarlah kasih
Kan kubina sebuah singgahsana
Untukmu berlindung dari hujan basah
Pabila malam ku termimpikan wajahmu
Takkan jiwa ragaku berakhir nikmatnya
Dengarlah kasih”
Adinda Beta,
Dihari AllahTaala menganugerahkan padamu usia,
Its a sickness if i ask you for more. Hanyasanya yang ku pohon padaNya,
Bertambah Usia bertambah Amalmu
Bertambah Usia bertambah Ibadahmu
Bertambah Usia bertambah Dekat dirimu dengan Dia Yang Mencipta
Bertambah Usia bertambah Kasih SayangNya atas dirimu kerana,
Diriku juga tiada apa-apa kalau bukan kerana Dia.
Sayangi Dia, seluruh alam pasti menyayangimu.
Cintai Dia, semesta alam akan mencintaimu.
Dan
Sudah pasti Sayang dan Cinta ku, ada terselit di dalam itu.
Selamat Hari Lahir Wahai Bunga Angkasa
Don Daniyal Don Biyajid
Malah menerusi facebooknya, Ustaz Don turut menitipkan ucapan ringkas penuh makna buat cinta hatinya.
“Kelmarin 18 Januari hari lahir anak kami, Don Mustofa & Don Ibrohim.
“Hari ni 20hb hari lahir isteri saya. Selamat hari lahir dinda, Husna Zahry. Semoga panjang usia dalam keberkatan, dalam rahmat Allah. Terima kasih atas segalanya.
“Abang kakak doakan isteri saya boleh? Doakan juga dipermudahkan urusan bersalin tak lama lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut di instagram ustaz kesayangan ramai ini turut meninggalkan pelbagai ucapan sempena hari kelahiran Dr Husna yang kini sarat hamil anak keempat.
“Sannah helwa Dr Hudna, saya baca puisi tu sebak rasa hati, apa lagi yang punya diri. Indahnya setiap bait kata.”
“MashaAllah, romantiknya ustaz.”
“Fuh ustaz, bagi ayat cinta power”
“Fuyyo bersemut ustazz. Happy birthday to ur wife.”
Terdahulu Ustaz Don mendirikan rumah tangga bersama Dr Husna Mohd Zahry pada tahun 2012. Dan kini mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Don Mustofa, Don Ibrohim dan Don Sulaiman. Kini Dr Husna juga sarat mengandung anak keempat mereka.
Artikel berkaitan: Lapan Tahun Kahwin Ni Yang Saya Amalkan, Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Untuk Para Suami!
Tolak Tepi Kerja, Matikan Gajet, Tumpulah Pada Anak – Ustaz Don Daniyal
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ddaniyaldbiyajid @husnazahry
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
60 Bayi ‘Superhero’, Menjayakan Pa&Ma Merangkak Race 2019
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan merangkak bayi bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak dalam kumpula namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa pula berusaha sehabis baik untuk ‘memancing’ anak-anak merangkak ke arah mereka.
Acara yang diadakan pada 3 Ogos 2019 bersempena Pa&Ma Baby Fiesta 209 bertempat di SACC Convention Centre ini nyata meriah dan menggamatkan suasana di pentas utama pada hari itu. Tema pada tahun ini, adalah superhero dan kesemua peserta begitu comel dalam persalinan adiwira mereka.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 60 orang bayi yang berusia lapan hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Pertandingan ini yang terbahagi kepada enam pusingan saringan bagi bayi-bayi yang mewakili grup mereka. Ada enam grup iaitu Cute Ironman, Cheeky Thor, Chubby Hulk, Jolly Spiderman, Sweet Captain America dan Charming Black Widow. Untuk setiap saringan, dua bayi terpantas dibawa ke pusingan akhir. 12 bayi terpantas kemudiannya berlumba antara satu sama lain dan masa terpantas dipilih sebagai juara, naib juara, tempat ketiga dan dua hadiah saguhati.
Turut hadir Pengarah Urusan Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, Editor Pengurusan Pa&Ma, Wan Erni Liza Md Izatzi dan Editor Pa&Ma, Hasnita Sawal serta Dazrin Kamaruddin, pelakon dan juga Juara Fear Factor merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.
Pemenang-pemenang Pa&Ma Merangkak Race 2019 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Muhammad Nazran Rayyan Nor Nasrin, Naib Juara, Muhammad Aidil Naufal Mohd Hamely, dan Tempat Ketiga, Adrianne Nur Al-Amin manakala dua bayi saguhati adalah Aisy Zill Yusuf Mohd Fazreen dan Nur Auni Saffiya Mohamad Shadan.
Acara ini turut dijayakan oleh para penaja hadiah iaitu Grolier, Chomel Baby dan Style Charming serta baucer dari butik bayi Baby Valet untuk dua pemenang kategori khas, Baby Merangkak in Style. Terima kasih kepada semua penaja dan para peserta. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI