Biar letih bagaimana sekalipun, seorang isteri tetap akan menjalankan tanggung jawabnya terhadap suami dan anak-anak. Ketika melaksanakan amanah itu, dirinya amat letih. Demi kesenangan keluarganya, dia tetap mengenepikan rasa letih dan terus berkhidmat untuk keluarga. Di dalam perkongsiannya di laman Instagram, Ustaz Ebit Lew mengatakan dapat meluangkan masa dengan isteri walaupun sekadar ambil anak dari sekolah sudah cukup membahagiakan.
Dalam kesibukan seorang suami, jangan sesekali terlupa untuk mendengar cerita si isteri. Peluklah dan sayangilah dia. Berikan mereka semangat dan jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada isteri. Tambah Ustaz Ebit lagi, jangan malu untuk menunjukkan penghargaan kepada isteri. Katanya, andai suatu hari kita ‘tiada’, dia lah yang akan membesarkan anak-anak dan akan selalu merindukan kita.
Artikel Menarik: [Suami Isteri Jerit Tengking Depan Anak. Tercalar Emosi, Membesar Ketakutan!]
Petang-petang pergi ambil anak sekolah bersama. Dapat dating begini pun rasa bahagia. Rindunya ya Allah. Terima kasih Allah atas nikmat ini.
Bila sampai rumah kita selalu peluk anak yang kecil. Mereka berlari pada kita rindu ayahnya. Kita pun rindu mereka. Anak yang besar lagi rindu pada ayahnya. Tak dapat pelukan. Paling rindu tengah sibuk kemas or memasak yakni isteri kita yang paling RINDU. Penat menguruskan seorang diri semuanya. Bila kita sibuk semuanya isteri kita yang uruskan semuanya dari pagi sampai malam.
Walau isteri bekerja seluruh komitmen untuk suami dan anak-anak. Mereka rindu nak berbual dan bercerita dengan suami. Dengarilah mereka. Peluklah mereka. Sayangilah dan bantulah isteri kita. Beri semangat dan ucap terima kaseh. Beri hadiah dan kejutan buat mereka.
Biarlah orang nak kata apapun. Esok kita mati pasangan kita ini akan jaga anak kita dan mendoakan kita sentiasa. Rindu pada kita. Allahuakbar. Jangan malu untuk hargai isteri. Setakat pegang tangan pun malu. Nak peluk sikit pun malu.
Artikel Menarik: [Ketika Solat Bersama, Suami Isteri Semai Cinta. Takkan Pernah Lupus]
Nabi saw siap main kejar-kejar dibahagian belakang peperangan. Sambut isteri masa isteri tiba-tiba datang ke masjid. Siap hantar masa nak balik. Siap beri peha dan bantu bidadari untuk naik kenderaan. Takde malu pun.
Kita semua kena sorok-sorok. Last dah sampai rumah tidur. Bukan ada masa bersama selalu pun. Sedihkan pegang tangan pun malu. Dari kecil saya tengok ayah saya cium peluk hargai mak depan kami. Hari-hari saya tengok mak ayah saya bercinta sampai hari ini walau mak dah meninggal dunia. Hari-hari ayah cerita dan ingatkan saya tentang mak anugerah Allah. Betapa dia sayangkan isterinya..mak saya.
Ya Allah rindunya pada bidadari dan anak-anak. Jagakanlah bidadariku dengan rahmat dan kasih sayangmu. Berilah bidadariku sihat sentiasa dan kekuatan dalam menjaga anak-anak-ebitlew
Seorang isteri tidak kisah berkorban untuk keluarganya. Apa yang dia harapkan hanyalah penghargaan dari suami dan anak-anak. Semoga kita semua berbahagia selalu dan dikurniakan ganjaran terbesar, iaitu Jannah Allah SWT di ‘sana’ nanti.