Pengacara berbakat ini baharu sahaja dinobatkan sebagai pemenang Pencarian Hos Mingguan Wanita pada hari Khamis yang lalu. Ketika diminta memberikan ucapannya, paling menarik adalah dia berjanji kepada anaknya, Vea Khadija, biar sesibuk manapun dia akan berusaha untuk menyusukan anak selama dua tahun.

Pa&Ma tersentuh dengan ucapan ibu muda ini dan tidak melepaskan peluang untuk mendekatinya bagi mengorek rahsia Syakirin menyusukan anak dengan komited selama tujuh bulan.

Menurut Syakirin, dia kini dalam usaha menurunkan berat badan tetapi tidaklah berdiet terlalu ketat. Berkongsi tentang menu yang menjadi pilihannya, Syakirin memberitahu dia banyak mengambil makanan yang dibakar mahupun sup. Syakirin juga mengamalkan pengambilan sayuran hijau.

IKLAN

Tidak meninggalkan pengambilan nasi, Syakirin turut memberitahu yang dia mengelakkan daripada mengambil makanan bersifat sejuk dan sayuran putih seperti kobis dan bunga kobis. Katanya lagi, dia sensitif dengan sayur ini kerana menyebabkan angin.

Syakirin banyak makan ikan dan turut mengambil lobak putih di dalam dietnya untuk memperbanyakkan susu badan. Ketika ditanyakan tentang milk booster, Syakirin memberitahu yang dia tidak mengamalkan sebarang suplemen cuma banyak minum air masak dan kuatkan minda.

IKLAN

Dia berpegang kepada prinsip, untuk menyusukan anak, ibu perlu gembira. Jadi emosi itu akan berjangkit kepada anak. Untuk menyusukan anak dengan berkesan, ibu perlu fokus (sentiasa positif untuk menyusukan) dan disiplin. Sentiasa yakin ketika menyusukan anak dan susukan anak mengikut jdual. Jika anak tidak mahu menyusu, jangan culas untuk mengepam keluar susu dari payudara.

IKLAN

Walaupun tidak berdiet ketat, Syakirin tetap susut dan bajunya sudah banyak yang longgar. Katanya, sudah merasai perubahan bentuk badannya tanpa perlu menimbang berat badan. Syakirin turut menambah, jika mahu cepat susut rajinlah menyusukan anak.

Pa&Ma ingin mengucapkan tahniah kepada Syakirin Husnal di atas kemenangannya itu dan semoga terus berjaya untuk meneruskan perjuangannya menyusukan si baby comel, Vea Khadija.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI