Seperti sudah menjadi trend, telinga anak perempuan ditindik terlalu awal. Kadang-kadang, yang masih bayi pun dibawa untuk menindik telinga. Lebih teruk jika tukang tindik kurang pengalaman dan boleh menyebabkan kecederaan. Telinga bayi atau anak kecil jika ditindik dan tidak diberi perhatian sepenuhnya boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Artikel Menarik: [Pengorbanan Terbesar Isteri Untuk Suami, lahirkan Anak. Badan Pun ‘Berubah Bentuk’]
Artikel ini akan mengupas lebih lanjut mengenai perbuatan menindik telinga bayi dan merungkai sama ada perbuatan ini selamat atau tidak.
Ada ibu bapa memilih untuk menindik bayi ketika mereka masih bayi dan ada juga yang memilih untuk melakukannya apabila anak mereka sudah menginjak usia kanak-kanak. Perihal ini sebenarnya bergantung kepada keputusan ibu bapa itu sendiri. Namun demikian, terdapat beberapa risiko yang akan dialami sekiranya bayi ditindik terlalu awal.
Menindik telinga anak anda ketika masih bayi akan menyebabkan mereka lebih mudah mendapat infeksi. Ini kerana mereka masih belum mempunyai sistem imuniti yang kuat. Menurut Wendy Sue Swanson yang merupakan pakar pediatrik di Seattle Children’s Hospital, Amerika Syarikat, usia yang paling sesuai untuk anak anda ditindik adalah 6 bulan ke atas.
Artikel Menarik: [Tak Lena Tidur, Kena Ada Bau Mama. Sebab Itulah Banyak Baby Suka Mengempeng]
Sekiranya anda inginkan prosedur ini dilakukan dengan selamat dan mengikut kemahuan anak anda sendiri, anda disarankan untuk menunggu sehingga anak anda berumur sekurang-kurangnya 10 tahun. Ini kerana, pada ketika ini mereka sudah boleh berfikir dengan bijak dan mampu menjaga kesihatan telinga mereka sendiri seusai ditindik.
Prosedur menindik telinga ini dilakukan dengan mencucuk jarum sepanjang 12 hingga 18 cm ke dalam cuping telinga bagi menebuk lubang padanya. Usai lubang ditebuk, sepasang subang akan dimasukkan ke dalamnya.
Perlu diberi perhatian adalah kesan daripada ini akan menyebabkan koyakan pada bahagian cuping telinga. Koyakan ini akan menyebabkan:
Jika risiko-risiko ini terlihat semakin teruk, segera bawa anak anda berjumpa doktor. Doktor mungkin akan memberi antibiotik. Jika terdapat sebarang reaksi, doktor akan menanggalkan anting-anting pada cuping telinga anak dan anda perlu tunggu sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum memasangkannya kembali.
Selesai prosedur menindik telinga, anda sebagai ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih terhadap penjagaannya. Berikut merupakan antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
Artikel Menarik: [Doa Ringkas, Diamalkan Setiap Kali Basuh Beras. Rezeki tak Putus Untuk Keluarga]
Selepas 6 bulan, anak anda sudah bebas untuk melakukan aktiviti kegemaran mereka semula. Namun begitu, jika anda juga boleh mempertimbangkan untuk membalut atau menutup bahagian cuping telinga mereka menggunakan plaster untuk melindunginya.
Sumber: Hello Doktor