Anak melompat sana sini kita mula pening. Begitu juga bila anak tak reti duduk diam, mulakan kita berleter dan minta anak duduk baik-baik.
Anak yang aktif, lasak dan tak reti duduk diam adalah anak yang ‘on track’ perkembangannya. Jadi kita sebagai mak ayah jangan bantutkan tumbesaran anak kecil kita. Sayangnya bila anak aktif disuruh duduk diam!
Menurut Penulis Keibubapaan, Eh Fhais Salim, kurangkanlah minta anak duduk diam dan jangan berlari dan melompat. Biar saja anak menikmati waktu kecilnya.
Anak lasak memang tak boleh duduk diam!
Sayangnya kalau kita sibuk cari cara nak bagi anak tu duduk diam.
Kurangkan la berkata pada anak,
– duduk diam
– berhenti
– jangan lasak
– behave
– jangan berlari
– jangan lompat
Learning capacity anak lasak adalah dengan bergerak, berlari, berguling dan melompat lompat. Itu ‘Growth Style’ mereka.
Suruh mereka duduk diam tu ibarat kita nak tumbesaran anak kita terbantut!
Sepatutnya kita tak mengeluh, sebaliknya patut bersyukur sebab itu tanda dia tengah sihat dan cantik tumbesarannya.
Ini kita patut risau bila anak lebih suka duduk diam dan tak buat apa-apa.
Itu yang banyak melemahkan otot, melambatkan daya berfikir dan menyekat kreativiti anak kita. Ini patut mengeluh!
Anak lasak ni jenis yang ‘Body-Intelligent’, dia sangat bijak gunakan anggota badan dia. Apa sahaja aktiviti fizikal dia cepat belajar.
Dedahkan pada dia dengan sukan, alat muzik atau olahraga nescaya bakal jadi jaguh dunia kemudian hari nanti.
Baik kita sibukkan diri dengan polish bakat anak lagi dari kita sibuk nak mendiamkan dia.
Sungguh, anak lasak penat yang sangat bermunafaat.
~ Mohd Fhais Salim ~
Menarik: Pernah Tak Anak Tunjuk 5 Sikap Ini? Bahaya Kalau Ibu Ayah Biarkan
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI