Mungkin kerana kesibukan kerja atau rutin harian yang padat, kita menganggap anak-anak akan memahami situasi kita. Tapi hakikatnya, cara berkomunikasi dengan anak perlulah berkesan dan seharusnya kasih sayang sentiasa diingatkan dan diekspresikan.
Berikut adalah antara beberapa ucapan yang boleh kita ucapkan kepada anak-anak, tak kiralah yang masih kecil ataupun yang meningkat usia remaja. Mudah-mudahan, ia memberi kesan luar biasa serta sentuhan magik kepada emosi dan rohani anak-anak kita.
“MAMA/PAPA SAYANGKAN KAMU”
Jangan biarkan satu hari pun berlalu tanpa memberitahu anak-anak bahawa kita menyayangi mereka. Anak-anak akan berasa selamat apabila diingatkan bahawa kita sentiasa mencintai mereka.
Dalam hari-hari yang sukar, anak-anak mungkin akan buat ‘perangai’ atau tidak berkelakuan baik seperti apa yang kita harapkan. Sungguhpun begitu, penting untuk anda jelaskan kepada mereka bahawa semua perkara ini tidak akan sesekali melunturkan kasih sayang anda terhadap mereka.
“MAMA/PAPA SERONOK BERMAIN DENGAN KAMU”
Tak kiralah apa jua aktiviti yang anda lakukan hari ini, cuba beritahu anak bahawa anda sangat gembira berada di samping mereka.
Tidak dapat dinafikan, seorang anak sememangnya sumber keceriaan dan kegembiraan dalam sebuah keluarga. Malah, anak juga adalah sumber rezeki dan anugerah yang tidak ternilai dari Allah. Jadi, jangan malu-malu meluahkan kepada anak betapa berharganya mereka buat anda.
Ads
“KAMU SANGAT ISTIMEWA”
Tak perlu tunggu anak-anak naik pentas, terima anugerah di sekolah, atau menang pertandingan untuk mengucapkan ayat ini kepada mereka.
Sebaliknya, fahamilah bahawa setiap individu mempunyai keunikan tersendiri yang diciptakan oleh Allah. Oleh itu, beri perhatian kepada perkara-perkara ‘simple’ yang dilakukan oleh anak setiap hari dan ekspresikan penghargaan anda kepada mereka.
“MAMA/PAPA SUKA BILA KAMU…”
Setiap orang tentunya berasa gembira apabila mengetahui mereka dapat membuat seseorang gembira – terutamanya anak anda.
Jadi, ambil kesempatan ini untuk mengingatkan mereka tentang perbuatan mereka, karakter, kelakuan baik, idea bernas, atau apa-apa saja yang positif.
Ads
“MAMA/PAPA PERCAYAKAN KAMU”
Salah satu perkara mustahak yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak adalah apabila mereka tahu ibu bapa sentiasa menyokong mereka. Dengan kata-kata ini, anak akan berasa lebih konfiden, berani mencuba, dan tidak mudah berputus asa untuk menghadapi cabaran.
Selain itu, ia juga membuka lebih banyak peluang kepada anak untuk meneroka serta meningkatkan usaha dalam melakukan apa saja yang mereka minati.
CARA BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK AMAT PENTING
Ads
Mudah, bukan? Walaupun 5 ucapan ini begitu ‘simple’, tetapi percayalah cara berkomunikasi dengan anak ini mampu memberi kesan luar biasa kepada masa depan mereka.
Jadi, pastikan anak-anak anda tahu betapa mereka disayangi dan dicintai agar mereka dapat membesar sebagai seorang anak yang positif, berkeyakinan tinggi, dan memiliki perasaan belas kasihan terhadap sesama insan.
Tak payah tunggu mereka besar, mulalah melakukannya hari ini juga!
Sumber: zuriat.my
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergelar ibu dan pelajar bukan tugas mudah apatah lagi bila terpaksa membawa bayi ke kelas bersama disebabkan taska tutup dan tiada siapa boleh menjaga si kecil.
Bekas pembaca berita dan wartawan penyiaran, Naniroc atau nama sebenarnya Nur Shazwani Roslan memang seorang ibu yang bertuah melalui pengalaman tersebut.
Beliau yang kini melanjutkan pelajaran di peringkat Masters Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM Shah Alam berkongsi posting di laman instagramnya pengalaman membawa bayi Ahya Khausar Ahmad Khuzaie, 4 bulan bersama ke kelas.
Semuanya berlaku apabila pensyarahnya Mazlina Mansoor yang mengajar kelas
Media Law & Regulations membenarkan dia membawa bayi ke kelas selepas memaklumkan tidak boleh hadir kelas disebabkan taska anaknya tutup.
Saya mesej pensyarah dan memberitahu tak boleh hadir kelas hari ini sebab anak tiada siapa nak jaga, dia kemudian mencadangkan saya bawa sahaja anak ke kelas! Mulanya saya fikir itu satu idea yang teruk memandangkan Ahya agak kuat meragam dan merengek beberapa hari lepas, takut gila! Tapisebab semua dah teruja nak jumpa Ahya..angkut jela. Alhamdulillah bayi masters saya macam mommy dia masuk kelas terus mengantuk, tidur sepanjang kelas! Tak sempat nak buli aunties semua. So Ahya pecah record tak jadi student masters paling muda?
“Kisahnya daycare anak tutup 2 minggu sebab ada kes HFMD so masa 1st week husband jagakan kalau saya ke class. Nak jadi cerita hari tu tak ada siapa nak jagakan anak so bagitau pensyarah yang tak dapat datang, dia terus jawab bawa ja dia tak kisah, kalau baby meragam dia tak kisah saya keluar masuk kelas. Classmates pun supportive semua janji nak jaga.
Sebenarnya tak sangka dia sleep through class 3 jam tapi sebab satu kelas supportive. Sorang bawak kipas portable halakan dekat baby, lepas tu padam semua lampu bagi kelas gelap, pensyarah pun ingatkan kelas baby tidur so jangan cakap kuat-kuat. Hehe Alhamdulillah nyenyak dia pukul 2-5 pm,” cerita Naniroc yang sangat menghargai keprihatinan pensyarah dan rakan-rakan sekelasnya.
Kini Naniroc yang sudah berada di tahun akhir pengajian banyak melakukan tugas-tugas mengacarakan majlis secara freelance selepas bergelar pelajar kembali.
Tanggungjawab lelaki terus berubah apabila saat Aku Terima Nikahnya dilafazkan. Bukan hanya janji semata-mata tetapi perlu seiring dengan perlakuan. Dalam hidup berumah tangga tidak boleh ada sikap pentingkan diri sendiri. Tanamkan sikap tolak ansur dan sentiasa menerima kekurangan pasangan.
Begitu juga suami tidak terlepas tanggungjawabnya menyediakan nafkah buat isteri dan anak walaupun isterinya turut bekerja.
Cuma nafkah yang wajib disediakan suami itu berdasarkan kemampuannya serta bersesuaian dengan keperluan isteri dan anak.
Bagi suami selain memberi nafkah yang wajib, jangan terlalu berkira dengan isteri. Sekali sekala apa salahnya gembirakan hati isteri yang berpenat lelah menguruskan anak-anak selain isteri juga diibaratkan pembawa rezeki.
Itu yang dipegang oleh pelakon Aeril Zafrel apabila berkongsi pendapatnya setelah menjalani liku-liku kehidupan sebagai suami selama tujuh tahun.
Dalam rezeki suami, ada rezeki isteri
Aeril berkahwin dengan pelakon Wawa Zainal pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayya Soffya.
Sumber: Twitter & ig Aeril Zafrel
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang tahu kemelut rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah suatu ketika dahulu. Meskipun terluka namun Bella sentiasa kuat untuk memaafkan suaminya dengan hati terbuka dan ramai mengagumi kekuatan penyanyi dan pelakon itu.
Sebagai seorang isteri, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, sentiasa kuat untuk memberi kemaafan dan menerima semula Aliff.
Prinsipnya jangan cari kesalahan
Susulan itu, ramai para isteri diluar sana yang kagum dengan kekuatan Bella sambil mendedahkan prinsip dipegang ketika menghadapi dugaan rumah tangga.
“Ketika Bella membesar ada beberapa kesalahan yang Bella lakukan terhadap kedua ibu bapa, namun mereka sentiasa memaafkan segala kesalahan saya.
“Kita suka duduk dan berbincang, kita tiada nak fokuskan siapa lagi banyak melakukan kesalahan,” katanya.
Sifat pemaaf kunci kebahagiaan
Bella yang juga berkata, sifat pemaaf penting bagi meneruskan kelangsungan hidup dan alam rumah tangga yang lebih bahagia.
“Berbalik kepada diri sendiri, kita pun tidak sempurna dan banyak cacat cela. Jadi saya fikir siapalah saya untuk terus menghukum Aliff, baik saling membantu antara satu sama lain.
“Jika saya berterusan tidak memaafkan Alif, apa yang saya akan dapat. Ramai merasakan itu perkara yang susah namun jika kemaafan itu daripada hati yang ikhlas, kita sendiri akan rasa tenang,” ujarnya.
Bahagia dengan anak-anak
Dalam pada itu, pasangan sama cantik, sama padan ini dilihat semakin bahagia dengan kehadiran sepasang cahaya mata dan kedua-duanya mengaku banyak mendekatkan diri dengan belajar ilmu keagamaan.
Sementara itu, kejayaan Aliff menjadi juara Gegar Vaganza Musim Ke-8 (GV8) ini juga satu perjalanan baru dalam karier seninya. Aliff juga memberitahu wang kemenangan RM100,000 yang diperolehnya itu akan digunakan untuk keluarganya dan aktiviti jemaah dakwahnya.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, agihan bermula 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.