Sesibuk mana pun kita sebagai suami, jangan sampai isteri rasa macam dia tak wujud.
“Saya cari rezeki, bukan buat benda bukan-bukan”
Ya, faham…
Tapi lepas habis cari rezeki, terus la balik rumah, dah sampai rumah, jangan sibuk dengan hp pulak. Luang masa untuk anak isteri pulak walaupun kita sampai rumah dah lewat malam.
Ads
Walaupun ada 30 minit sebelum tidur, gunakan 30 minit tu untuk tanya keadaan isteri, apa yang dia buat hari tu, anak-anak macam mana dan sebagainya.
Ambil tahu, ambik peduli hal rumahtangga sendiri terutamanya apa yang isteri rasa.
Ada suami kerja bawa lori, dalam seminggu, mungkin sehari dua je di rumah, maka gunakanlah sehari dua tu sebaiknya untuk bersama keluarga.
Ads
Ada suami kerja syif 12 jam, campur masa pergi dengan balik kerja, jadi dah 14 jam digunakan untuk keluar dari rumah untuk mencari rezeki. Baki lagi 10 jam, 8 jam guna untuk tidur, kita masih ada masa 1 jam sebelum dan selepas tidur untuk anak isteri.
Maka guna 1 jam tu dengan berkualiti. Kerja ‘on call’ ke, kerja standby ke, outstation ke, apapun jenis pekerjaan kita, kita kena cari juga masa untuk keluarga sendiri.
Ads
Jangan asbab kita sibuk cari rezeki, kita hilang anak isteri.
Ramai di antara kita yang memasang car seat di seat hadapan dengan harapan agar mudah untuk menguruskan bayi ketika memandu. Namun sedarkah kita bahawa perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya kepada bayi jika berlaku kemalangan?
ELAK PASANG CAR SEAT DI SEAT DEPAN.
Kalau dah pakaikan carseat untuk anak bagus dah. Kalau pakaikan secara rear facing untuk anak bawah 2 tahun, bagus dah.
Tapi, elak pasang car seat di seat hadapan, sebab:
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi yang popular menerusi filem Ketika Cinta Bertasbih ini sering berkongsi kisah kehidupannya bersama tiga anaknya di instagram miliknya.
Terbaru, Oki tidak lokek berkongsi kisah hidupnya yang mahukan ketiga-tiga anaknya sentiasa dekat dengan Al Quran. Malah anak sulungnya, Maryam dilihat pandai mengalunkan ayat-ayat Al Quran malah sudah boleh menghafalnya sejak kecil.
Bukan itu sahaja malah Oki sebelum ini juga turut membina sebuah pusat tahfiz yang dikenali dengan rumah al-Quran berhampiran rumahnya di Jakarta kira-kira empat tahun lalu demi memenuhi impiannya untuk melahirkan anak generasi al-Quran.
Menerusi satu entri di instagramnya, Oki berkongsi lima tip yang dilakukannya kepada anak sulungnya Maryam.
“Alhamdulillah banyak sekali yang bertanya, bagaimana kakak Maryam bisa menghafal Qur’an sejak dini.
“Saya ingin berbagi tips untuk semua Umma-umma yang sedang sama sama proses mengajarkan anak untuk menghafal Qur’an.
1. Luruskan niat kita hanya karena Allah SWT.
2. Membiasakan dan sering untuk berinteraksi dengan Al-Quran dari sejak kehamilan.
3. Konsisten untuk murajaah dan tetapkan target hafalan.
4. Membuat metode belajar Al-Qur’an menjadi menyenangkan untuk anak.
5. Membiasakan lingkungan yang selalu di naungi Al-Quran.
Bukan hanya berkongsi tip malah kata Oki lagi, biasakanlah anak-anak kita dengan Al Quran sejak mereka kecil lagi. Mudah-mudahan katanya, anak-anak kecil ini akan menerima dan menjadikan Al Quran sebahagian dalam hidup mereka. Begitu kongsinya.
“Mudah-mudahan dengan berbagi tips Menghafal Qur’an untuk anak sejak kecil bisa membiasakan anak kita mencintai Al-Quran.
“Hiduplah bersama Al-Quran,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Oki Setiana Dewi berkahwin dengan suaminya, Ory Vitrio Abdullah pada tahun 2014.
Hasil perkahwinan itu, mereka kini dikurniakan tiga orang cahaya mata, dua orang cahaya mata perempuan iaitu Maryam Nusaibah, 5, dan Khadeejah Fatimah, 4 serta seorang anak lelaki, Ibrahim Muhammad Abdullah, 3 tahun.
Setiap pasangan suami isteri pasti menginginkan anak-anak yang baik akhlak, hormat orang tua, mudah dengar kata dan menjadi saham akhirat untuk ibu bapa kelak. Bagaimanapun sejauh mana kita harapkan, ingatlah hati anak-anak Allah yang pegang.
Tak salah untuk ibu bapa ikhtiar cara yang terbaik asalkan ia menjadi pegangan untuk anak sejak dari awal.
Melalui perkongsian ibu kepada 7 orang anak ini, Rohamiah Muda, salah satu amalan yang dilakukannya ialah menyapu air lebihan wuduk pada wajah dan kepala anak-anak.
Ada yang tanya saya macam mana saya handle anak tujuh orang. Ada yang anak baru dua pun dah kelam kabut. Rumah tak siap, nak buat sarapan tak sempat, terkejar-kejar dengan masa pula.
Saya hanya senyum mendengar komen daripada kawan dan sahabat tentang perkara ini.
Sebenarnya, ketika saya anak dua dahulu pun begitu juga. Saya kagum dengan ibu-ibu yang dikurniakan anak yang ramai.
Tetapi, apabila saya sendiri dikurniakan anak yang ramai, terasa mudah. Dan, hakikatnya ketika anak pertama hingga ketiga masih kecil terasa agak susah dan agak penat
Namun, apabila anak pertama, kedua dan ketiga semakin membesar, urusan saya sebagai ibu semakin mudah.
Kenapa?
Kerana anak pertama sudah boleh diharap untuk menolong kita apa yang patut.
Kemudian, anak kedua dan ketiga semakin besar, mereka dapat adik lagi. Urusan juga semakin senang.
Hinggalah sekarang, apabila semua anak semakin besar, mereka sudah pandai urus diri dan berdikari.
Saya sebagai ibu memberi tunjuk ajar dan arahan sahaja.
“Baju sekolah jangan lupa gosok!”
“Baju lipat sendiri!”
“Kemas ruang tamu!”
Alhamdulillah, jika kita sebagai ibu memberi contoh teladan yang baik, anak-anak mudah mengikut arahan yang diberi.
Mudah, kan?
Jika kita fikir mudah, ia akan menjadi mudah. Jika kita fikir susah, ia akan menjadi susah.
Begitulah cara mendidik anak yang seterusnya.
Bahkan, anak ramai ni mereka sudah ada kawan bermain di rumah. Tidak perlu keluar rumah lagi untuk mencari kawan.
Seperkara lagi, ibu-ibu yang mempunyai anak yang ramai mesti ada satu sifat iaitu sabar, sabar dan terus sabar. Itulah yang Islam ajar.
Setiap hari, ibu-ibu berhadapan dengan kerenah anak-anak yang sama seperti bermain, bergaduh, bergurau dan juga usik-mengusik. Sekejap ketawa, sekejap lagi menjerit. Telinga yang mendengar pun rasa sakit. Lama-lama ibu juga bertempik.
Itulah rutin saya setiap hari. Saya angggap ia sebagai suara-suara yang sedang menyanyi. Kerana saya fikir, tanpa mereka, pasti rumah akan sunyi. Itulah dunia untuk mereka nikmati.
Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tip dalam pendidikan anak:
1. Selepas berwuduk, lapkan air basahan wudhuk pada wajah dan kepala anak-anak sambil membaca selawat.
2. Mengulang zikir ‘Ya Latif Ya Latif ketika membuat air dan memasak.
3. Memeluk dan mencium mereka ketika mereka bergaduh.
4. Ucapkan mama sayang ….(sebut nama anak)
5. Doakan anak-anak dan sebutkan nama setiap anak.
6. Sebelum mereka ke sekolah atau ke asrama, bacakan surah Ar-Rahman ayat 1-4 ke ubun anak-anak. Kemudian zikirkan “Ya Hafiz Ya Muhaimin”. Boleh juga letakkan tangan di kepala mereka sambil membaca ayat dan zikir di atas.
7. Setiap hari, sedekahkan A-fatihah untuk setiap anak.
8. Sentiasa berkata yang baik dan tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
9. Jika anak-anak bergaduh, sama ada di dalam rumah atau di dalam kereta, ibu boleh laungkan azan di hadapan anak. Kerana anak yang sedang bergaduh, sebenarnya sedang diganggu syaitan. Apabila azan, syaitan akan lari. Tapi, dengan syarat lafaz azannya mesti betul ya.
10. Ilmu ini saya dapat daripada seorang ustazah di sekolah anak saya. Ketika anak tidur, bacakan ayat Qursi dan surah Al-Insyirah serta tiupkan pada ubun-ubun anak.
Insya-Allah, Allah akan mudahkan urusan kita dalam menjaga anak-anak. Sebagai ibu, kita bukan sahaja menjaga fizikal anak, bahkan rohani dan jiwa mereka perlu diberi keutamaan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!