Selepas bergelar ibu, ada waktunya fokus untuk kecantikan diri terutamanya kami sering kita abaikan. Masalah kulit kaki merekah menjadi sebahagian masalah ibu yang selalu kita abaikan.
Bukan tidak pandai menjaga diri tetapi banyak faktor lain yang menyebabkan bahagian tumit kaki ini sering kering dan pecah. Apatah lagi jika selalu pijak lantai, tumit makin teruk dan rekahan makin dalam.
Ditambah pula dengan kesan kehitam-hitaman yang mengganggu penampilan kita. Apa nak buat?
Tip mudah yang dikongsikan oleh Siti Norshafika Amran untuk mengatasi masalah tumit merekah ini mama kena cuba. Tak perlukan masa yang lama, kaki kembali bersinar dalam masa lima minit sahaja. Wow!
“Jangan pandang rendah tumit merekah. Tumit pun ada nak kena lawa dan flawless juga,” katanya.
Bahan-bahan:
Limau nipis atau lemon
Garam
Berus gigi
1. Celupkan limau ke dalam garam.
2. Sapu limau dengan sedikit tekanan pada tumit yang kasar dan hitam.
3. Gosok perlahan hingga tumit menjadi licin kembali.
4. Anda boleh menggunakan berus gigi selepas limau habis digunakan.
Lihatlah hasilnya, memang cantik!
Punca Kulit Mereka Sebab Kurang Air
Menurut Dr Zubaidi Ahmad, punca utama masalah kulit kaki merekah biasanya disebabkan oleh kekurangan air dalam badan.
Antara fungsi air dalam badan manusia adalah untuk melembapkan permukaan kulit. Kulit kaki yang kering memudahkan terjadinya rekahan di tapak kaki terutama tumit.
Lantai bukan punca utama terjadinya masalah tumit merekah namun bekerja terlalu lama di permukaan lantai yang panas tanpa sebarang alas kaki, stoking atau kasut boleh mendorong berlaku rekahan pada tumit.
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma