Selepas kemelut rumah tangga yang kecoh diperkatakan baru-baru, pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar sepakat memilih untuk kembali bersama demi anak mereka, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar yang kini berusia 10 bulan.
Namun selepas berbaik semula, pasangan ini kembali mendapat perhatian selepas Lesti dikatakan hamil anak kedua.
Pun begitu, baik Lesti mahupun suaminya, masih sebarang tiada pengumuman yang dibuat oleh pasangan ini. Malah Lesti juga sekadar hanya mengukirkan senyuman kala ditanya mengenai perkhabaran gembira itu.
Pasangan yang kini kembali mengecap bahagia bersama dilihat semakin bertambah baik malah keduanya berusaha untuk memperbaiki hubungan yang diuji sebelum ini.
Bahkan beberapa hari lalu, Lesti juga dilihat menemani Rizky bermain bola dan pasangan berkenaan dikatakan sedang cuba memperbaiki hubungan mereka menjadi lebih baik.
ARTIKEL BERKAITAN:
Peguam yang mewakili Lesti iaitu Sandy Arifin enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan terbaharu berkenaan. Malah Sandy hanya membalas dengan senyuman ketika ditanya soalan sama ada Lesti sedang hamil atau sebaliknya.
“Setiap hari saya hubungi dia dan semuanya baik-baik sahaja. Lesti juga memaklumkan dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja,” kongsinya lagi.
Manakala pengurus Lesti dan Rizky Billar yang dikenali sebagai Aril Lobster turut memaklumkan tidak mengetahui tentang berita gembira itu namun meminta turut mendoakan keduanya.
“Saya tidak tahu tentang itu, kita doakan sahaja mereka,” ujarnya.
Terdahulu, pasangan selebriti popular Indonesia ini menggegarkan industri seni bila mana Rizky didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap Lesti sehingga memaksanya membuat laporan polis.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!