Siikit-Sikit Mengamuk. Jangan Marah Anak, Selawat & Hembus Di Ubunnya

Share

Biasanya bila anak mengamuk, buat itu tak kena, ini tak kena ibu ayah kena tahu apa puncanya. Elak sesekali menyalahkan anak sebab asyik nak buat perangai. Sebaliknya sama-sama selesaikan masalah itu.

Jika diikutkan mudah untuk nak lembutkan hati anak. Hanya melalui kata-kata dah boleh meresap ke jiwa mereka. Tak perlulah nak menghukum mereka setiap masa.

Perkongsian dari Puan Norlina Ali mengenai cara dia ambil hati anaknya yang mula marah dan memberontak boleh diamalkan oleh semua ibu bapa.

Bila anak-anak mula marah dan memberontak, itu tandanya kita kurang duduk bersama dengan mereka.

Tip untuk kurangkan tantrum anak-anak:

  1. Selawat sebanyak yang mungkin. Hembuskan pada ubun-ubun anak
  2. Peluk dan cium dahi anak sambil gunakan ayat untuk melunturkan hati mereka.
    “Ummi sayang Abang, Ummi sayang Abang kerana Allah “
  3. Tanya soalan wajib
    “Kenapa Abang marah ?”
  4. Dengar penjelasan dengan baik, cuba atasi dengan baik ( jadi lah pendengar setia)

Insyaallah proses ini sangat membantu untuk tenangkan anak-anak.

Selamat mencuba semoga ilmu ini menyenangkan serba sedikit ibu ayah diluar sana

Kaedah ini sesuai untuk anak-anak dari usia 3 bulan sehingga anak-anak remaja.

Sumber: Norlina Ali

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy