Hati ibu ayah mana yang tidak sebak apabila anak tunggal kesayangan pergi dahulu diusia yang masih muda. Itulah situasi yang perit yang dilalui oleh ibu bapa kepada mangsa kanak-kanak tadika yang baru berusia lima tahun yang ditemukan maut tertinggal dalam van sekolah.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam van berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari.
“Mangsa yang bersekolah di sebuah tadika di Taman Bukit Indah dikatakan menaiki van dari kediaman keluarganya sebelum tiba di hadapan tadika sekitar jam 7.30 pagi.
“Bagaimanapun, mangsa dipercayai tertinggal di dalam van selepas pemandu menurunkan kanak-kanak lain di hadapan tadika tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Kumarasan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Manakala seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang bekerja sebagai pemandu van sekolah itu telah ditahan di kawasan Taman Bukit Indah pada jam 2.40 petang hari yang sama.
Ads
PIHAK TADIKA MAKLUM JAM 1 TENGAHARI
Gambar sekadar hiasan
Dalam pada itu, Bapanya, Teo Jia, 37, berkata, beliau dan isteri hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila menerima panggilan daripada guru tadika kira-kira jam 1 tengah hari yang meminta mereka segera ke sebuah hospital swasta.
“Cikgu telefon suruh saya dan isteri datang segera ke hospital swasta berhampiran rumah kerana anak dalam kecemasan.
“Apabila sampai, anak saya sudah terbaring kaku. Doktor cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Yu Zie yang merupakan satu-satunya anak kami.”
Ads
Menurutnya, anaknya menaiki van dari rumah mereka di Taman Bukit Indah pada jam 7.15 pagi dan biasanya tiba di tadika sekitar jam 8.15 pagi.
Katanya, mungkin anaknya tertidur ketika itu yang akibatkan pemandu van mungkin tidak menyedarinya.
Jenazah mendiang Yu Zie akan dikebumikan di Nirvana Memorial Park Christian Kong Kong, Masai.
Ads
SIKAP CUAI SEHINGGA MERAGUT NYAWA
Sementara itu, dia meluahkan rasa kecewa sikap cuai pemandu van yang seharusnya memaastikan semua kanak-kanak turun sebelum boleh tutup pintu atau beredar.
Teo yang bekerja di Singapura turut menyuarakan kekecewaan terhadap pihak tadika yang menurutnya gagal memantau kehadiran murid serta tidak menghubungi ibu bapa lebih awal.
Beliau berharap siasatan terperinci dilakukan dan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab agar insiden tragis itu tidak berulang.
Semoga kejadian ini menjadi iktibar buat semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Negara sekali lagi dikejutkan dengan insiden tragis melibatkan seorang pelajar yang terjatuh dari bangunan asrama sekolah. Hati ibu mana yang tidak luluh melihat keadaan anak yang terlantar tidak sedarkan diri.
Lantaran kejadian itu, polis kini membuka kertas siasatan berhubung kejadian pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam, semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata siasatan masih dijalankan dan beberapa individu telah dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk kakitangan sekolah.
Datuk Shazeli Kahar, Ketua Polis Selangor. – Gambar fail/BERNAMA
“Siasatan masih berterusan. Rakaman percakapan individu-individu juga telah diambil bagi membantu siasatan polis, termasuk daripada pihak sekolah,” katanya.
Menurut beliau, siasatan merangkumi pelbagai sudut, antaranya aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama serta latar belakang sosial mangsa dan rakan-rakan.
Katanya lagi, sebarang spekulasi mengenai punca kejadian, termasuk dakwaan unsur buli, masih terlalu awal untuk disahkan.
Sebelum ini, media melaporkan mangsa dikenali sebagai Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, seorang pelajar aktif yang turut memegang jawatan dalam biro agama asrama. Mangsa mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan di bahagian kiri dan kanan otak, rahang patah serta paru-paru cedera berdasarkan hasil imbasan CT scan.
Bapa saudara mangsa, Muhammad Aidil Mansor, 34, memaklumkan keadaan anak saudaranya kini kritikal dan masih dalam pemantauan doktor.
“Anak saya masih dalam pemantauan doktor, keadaannya kritikal. Sekarang saya tidak mampu berkata-kata tetapi harapan kami biarlah dia selamat,” luah ibu mangsa dengan sebak.
Kejadian ini bukan sahaja meruntun hati keluarga mangsa, malah turut menjadi peringatan buat semua pihak agar aspek keselamatan, kesejahteraan serta kebajikan pelajar di asrama sentiasa diberi perhatian. Doa orang ramai kini mengiringi Ahmad Irfan agar terus kuat berjuang melawan saat getir ini.
Pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif disukai ramai orang kerana kesederhanaan mereka. Tidak terlalu menonjol di media sosial, kehidupan mereka sekeluarga juga tidak selalu dikongsikan. Sebab itulah ramai peminat yang sentiasa ternanti-nanti perkembangan terbaru mereka.
Sumber foto: Instagram Harris Alif
Dikurniakan cahaya mata perempuan, Evie Khadeeja, sekejap saja anak mereka telah mencecah usia setahun pada penghujung Januari yang lepas. Terbaru, Harris Alif telah memuatnaik beberapa keping foto yang memaparkan suasana ketika sambutan birthday dan majlis akikah Evie.
Intan dan Harris memilih warna merah jambu sebagai tema, mereka sekeluarga tampak serasi di dalam persalinan rona itu. Memang comel sungguh Evie!
Sumber foto: Instagram Harris Alif
Tambah menyerikan majlis adalah dekorasi dengan tewa warna yang sama dengan sentuhan ala-ala Alice In Wonderland. Hiasan belon yang menghiasi ruangan nampak cantik dan kek sambutan hari lahir Evie juga sangat kemas pembuatannya.
Sumber foto: Instagram Harris Alif
Sekadar recap, pasangan ini telah bernikah pada awal Februari 2021 dengan sekali lafaz di Pejabat agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Biarpun mempunyai jarak usia selama 17 tahun, ia tidak menghalang pasangan dua sejoli ini melayari bahtera perkahwinan yang bahagia.
Didoakan semoga keluarga kecil mereka terus dirahmati dan dilindungi Allah SWT. Buat Evie Khadeeja, happy birthday! Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik, cerdik dan sentiasa membanggakan kedua-dua orang tuamu.
Seorang pelajar Fakulti Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi kebanggaan kita apabila diberi kepercayaan menjadi imam solat tarawih di Masjid Manukau Islamic Youth Centre, Auckland, New Zealand.
Anak muda, Muhammad Hanif Zakaria, 24, mencipta sejarah tersendiri apabila terpilih untuk menjadi imam di sana selepas lulus temuduga pemilihan menyertai Program Mobiliti Antarabangsa.
“Terkejut juga tetapi saya sangat bersyukur kerana ini peluang keemasan, sekali seumur hidup.
“Saya telah memulakan tugas sebagai imam tarawih bermula 2 lalu hingga 26 Mac ini,” katanya pada Rabu.
Ujar Hanif lagi yang mengikuti pengajian dalam program Qiraat, dia menyifatkan pemilihannya sebagai satu kejutan kerana persaingan yang sengit dalam sesi temuduga.
Bertugas di negara asing bukan sesuatu yang mudah malah kata Hanif lagi dia perlu memastikan hafazannya lancar bagi memimpin solat dengan sempurna.
“Menariknya, ini merupakan pengalaman pertama saya di pentas antarabangsa, menjadikan tanggungjawab ini lebih mencabar namun penuh dengan pelajaran berharga,” katanya.
Selain memimpin solat, Muhammad Hanif turut mengajar al-Quran kepada jemaah setempat menjadikan pengalamannya di bumi Auckland lebih bermakna.
Sebagai wakil pertama USIM yang berkhidmat di New Zealand, Hanif juga berharap penglibatannya menjadi pembuka jalan kepada pelajar lain pada masa akan datang.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.