Sikap Kepimpinan Anak Lelaki Dibentuk Melalui Apa Yang Dilihat Dari Ayahnya. Jika Baik, Baiklah!

Share

Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak, tidak kira sama ada anak lelaki ataupun perempuan sangat besar cabarannya.

Namun demikian, terdapat perbezaan dalam mendidik anak lelaki dan juga perempuan. Tidak dinafikan, ibu bapa memang mempunyai peranan yang berbeza dalam mendidik anak-anak, khususnya bapa dalam memberikan perhatian dan bimbingan yang Islamik secara berterusan kepada anak khasnya anak lelaki. Antara didikan utama untuk anak lelaki adalah seperti berikut :

1) Latih sifat kepimpinan dalam diri

2) Dekatkan  dengan institusi masjid

3) Lebihkan gerak kerja yang lasak, outdoor dan berpanas

4) Latih menjadi imam solat berjemaah

5) Ajar ilmu yang patut diketahui oleh anak lelaki seperti membaiki, memotong rumput, bertukang dan sebagainya.

6) Elak membeli permainan anak perempuan

7) Galakkan anak-anak sertai kerja-kerja kesukarelawan

Walaubagaimanapun, menurut Dr. Harlina Halizah Siraj atau lebih dikenali sebagai Dr. Har, antara peranan ibu bapa dalam mendidik anak lelaki ialah :

Peranan Bapa

– Balik awal dari tempat kerja dan mandikan anak jika masih dibawah umur 5 tahun.

– Bawa anak bersiar-siar dan luangkan waktu bersamanya. Biasanya kanak-kanak suka dibawa ke taman-taman permainan.

– Ajak anak bergasak ataupun bergumpal. Ini kerana anak lelaki lebih sukakan aktiviti lasak berbanding anak perempuan. Aktiviti begini boleh menguatkan lagi tali ikatan (bonding) di antara bapa dan anak.

– Kebiasaannya bapa adalah idola atau ‘role-model’ kepada anak lelaki. Oleh yang demikian, apa sahaja yang bapanya lakukan akan diikuti oleh anak. Jika bapanya seorang perokok, maka kebarangkalian anaknya juga menjadi seorang perokok adalah sangat tinggi berbanding anak kepada bukan perokok. Oleh itu, seorang bapa perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik buat anak-anak.

– Dukung anak atas bahu bagi membolehkan anak memandang melalui pemandangan bapanya.

Peranan ibu

– Ibu hendaklah menunjukkan kasih sayang dan berlemah lembut kerana biasanya anak lelaki belajar MENGASIHI melalui ibunya.

– Bagi mengeratkan lagi ikatan (bonding) antara ibu dan anak lelaki, ajaklah anak berbual mengenai apa sahaja. Ceritakan apa yang ibu lakukan dan minta pendapatnya dalam beberapa perkara.

– Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.

Semoga kita sebagai ibu bapa, memberikan yang terbaik dalam mendidik anak-anak tak kira sama ada lelaki ataupun perempuan.

Sumber: ibubapaislamcemerlang.com
 

Published by
Wan Amy