Betul ke sikap ibu bapa punca anak-anak sukar di kawal dan sentiasa menang? Jawapannya Ya. Tingkah laku anak kadang-kala dipengaruhi oleh ibu bapa itu sendiri.
Jadi sebelum terlambat, ibu bapa perlu kawal sebelum mereka hilang kawalan. Kawalan yang macam mana?
Melalui perkongsian Liyana Raya yang menjalankan terapi untuk anak-anak yang bermasalah ini, dia menyatakan ramai yang takkan setuju dengan caranya yang sangat tegas, bukan sahaja dengan anak sendiri, malah dengan kanak-kanak lain yang dia jumpa (terutama sekali yang ada masalah developmental delay + sensory processing disorder).
TAPI, TAHUKAH ANDA???
Bila mana anak anda tantrum atau mengamuk kerana selama ni kemahuan mereka diikuti, anda banyak mengalah sebab tak nak layan amukannya, dan tiba-tiba bila saya ‘mencabar’ keinginan mereka, mereka mengamuk dan terus berubah menjadi seorang yang ganas, akibat daripada sikap ibu bapa yang selama ini mengiakan saja kemahuan anak mereka.. Dan saya berharap saya tidak harus disalahkan kerana tiba-tiba menaikkan kemarahan anak anda.
LET ME TELL YOU ONE THING!
Just one thing. I’m sure ramai yang takkan suka.
Tuan/puan yang bergelar ibu ayah. Dunia ini banyak cabarannya.
Kita mungkin boleh mengalah dengan setiap keinginan anak, tapi bolehkah nanti, apabila mereka berhadapan dengan dunia luar yang penuh cabaran, orang di luar sana boleh melayani seluruh kemahuan anak anda??
TIDAK, & TIDAK, DAN TIDAK SAMA SEKALI!
Di sekolah, anak-anak harus dengar cakap cikgu, bukan cikgu yang dengar cakap anak, setuju?
Ads
Ketika bersosial, konsep sharing dan turn taking harus dititiberatkan.
Dah kalau saya bagi simple arahan, just a simple arahan, suruh simpan mainan saja… Anak mengamuk macam satu bangunan boleh dengar, is it proper?
Hanya kerana saya nak share main sekali permainan yang dia mainkan, ditolaknya saya sampai saya terjatuh, is it normal? TIDAK!
Anak yang ada masalah tingkah laku di bawah harus mendapatkan rawatan segera:
– Langsung tak boleh diusik perkara yang dia tengah khusyuk main
– Suka grab barang dari tangan orang lain, instead of meminta ‘nak’/ ‘i want’
Ads
– Mengamuk yang melampau sehingga anda sendiri berasa sukar untuk bawa anak keluar ke mana-mana.
– Tingkah laku luar kawalan di mana suka hati berlari ke sana ke mari tanpa memikirkan bahaya sekeliling.
– Langsung tidak mahu mendengar cakap. Hanya cakap dia sahaja yang betul
– Selalunya memilih makan yang amat sangat (gustatory processing disorder)
– Tak boleh tolerate dengan benda yang dia tak suka. Yang dia tak suka, that’s it. Jangan bagi. Kalau bagi, for sure mengamuk (contohnya gunting rambut, tengok cerita tertentu dan sebagainya).
Anak-anak seperti di atas adalah common case of behavior problem (masalah tingkah laku) yang saya jumpa kebelakangan ini. Mereka harus diberikan rawatan dengan kadar segera.
Ads
Untuk kanak-kanak dalam kategori ini rawatan yang dikenali sebagai ‘behavior modification’ adalah yang terbaik.
Rawatan ini memerlukan saya untuk bersikap tegas dengan perbuatan yang salah, tidak melayan kehendak anak, dan memuji melambung bila anak buat perkara yang betul.
Tapi untuk menjalankannya, ia adalah sangat sukar dan saya memohon ibu bapa supaya bersabar sebab saya nak ajar anak. Kalau tak bermula dengan saya, harus dimulakan dengan siapa lagi??
Pernah ada ibu bapa menitik air mata, melihat saya bertegas dengan anak mereka sewaktu sesi terapi yang saya jalankan.. Macam-macam saya jumpa.
Tapi jangan risau. Saya ada cara saya tersendiri. Biasanya memang ambil masa. Tapi percayalah, it’s truly worth it.
Bawa bersabar dengan cara saya. Dalam hati saya doa juga banyak-banyak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Buat keje sikit dah lari, Duduk kejap je dah bangun,Kita pergi dekat je dia lari, Dia tak nak main dengan saya,Panggil nama pun tak respon, panggil banyak kali baru pusing, Anak saya kalau tengok tv dia fokus lama”
Jika ada tanda macam ni, jangan buat tak kisah dan ibu bapa kena bertindak seperti yang dikongsikan Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim.
Macam-macam masalah biasa saya dengar dari ibu bapa. Sebenarnya kebanyakan kanak-kanak yang lambat bercakap memang mempunyai masalah untuk fokus atau memberi tumpuan pada aktiviti, komunikasi atau apa sahaja yang dilakukan.
Fokus atau daya tumpuan merupakan komponen yang sangat sangat sangat (x10) penting untuk pembelajaran. Kita belajar masak memerlukan tumpuan, belajar melukis perlu tumpuan, belajar main piano, belajar matematik, belajar main bola semuanya perlukan fokus. Lebih baik fokus yang diberikan, maka lebih baiklah hasilnya. Begitu juga dengan belajar bercakap atau berkomunikasi, sememangnya memerlukan fokus yang baik.
Disebabkan saya Speech Therapist, jadi saya akan terangkan fokus di dalam komunikasi.
Untuk kanak-kanak bercakap dan berinteraksi dengan orang lain, pertama sekali mereka mestilah mempunyai fokus kepada orang lain itu. Di sebabkan itulah dalam pembelajaran bahasa, fokus pada TV, Ipad atau bermain seorang BUKAN fokus yang baik.
Fokus yang baik untuk belajar berkomunikasi adalah “berapa lama kanak-kanak boleh tahan dalam situasi interaksi dengan orang lain (ibubapa, guru, kawan atau sesiapa sahaja)”. Contohnya:
Apabila kita membaca buku bersamanya, berapa lama mereka boleh duduk dan memberi fokus kepada apa yang kita ceritakan tentang buku tersebut.
Apabila bermain puzzle, adakah mereka boleh menghabiskan puzzle tersebut dengan kehadiran kita bermain bersama
Jadi, secara asasnya, untuk mengajar bahasa pada kanak-kanak, daya tumpuan inilah yang patut digilap dan diajar.
Tip Meningkatkan Daya Tumpuan Untuk Berkomunikasi
Kenalpasti jangkamasa anak anda boleh duduk dan melakukan aktiviti bersama anda
Jangan biarkan anak bermain seorang dan fokus pada permainan itu
Selalu tarik perhatian anak untuk melihat dan berinteraksi dengan kita
Pilih mainan yang sesuai dan disukai oleh kanak-kanak dan anda perlu bermain bersamanya
Elakkan makanan manis dan bergula kerana ianya akan memberikan kesan pada tumpuan kanak-kanak
Daya tumpuan yang baik akan memudahkan kanak-kanak untuk belajar bahasa dan bercakap serta berkomunikasi dengan orang lain.
Sifat anak-anak ni sangat seronok untuk diperhatikan. Kadang-kadang memanglah rasa macam geram nak rotan-rotan je anak-anak ni kan..
Tapi sebagai ibu bapa, ada momen yang kita kena layan perangai mereka ni.
Bukan untuk menggalakkan mereka melampau-lampau terhadap kita. Tapi sebagai medium untuk membantu perkembangan mereka secara holistik.
Bagaimana ibu bapa nak layan anak-anak supaya mereka rasa dihargai dan disayangi. Berikut perkongsian dari saudara Fakhrani Hayyun yang juga seorang bapa yang selalu berkongsi tip keibubapaan.
Ketika menaip posting ni, saya gelak tak habis-habis sebab terkenangkan momen ini dengan anak ketiga saya.
Namanya Husam. Dia baru discover perkara baru. Iaitu dia dah pandai membutang baju tadikanya sendiri.
Apa yang berlaku, biasanya waktu pagi memang saya akan bantu butangkan bahagian atas dan masukkan separuh butang di bahagian bawah sekali & Husam akan habiskan.
Tapi, pada satu pagi yang indah, ketika nak butang baju macam biasa, Husam jerit dengan nyaringnya…. “HUSAM NAK BUAT!!”
Sambil pusingkan badan dia & lari dari saya.. Saya tergamam kejap, pandang isteri & kami gelak dekah-dekah.. Hahaha.. Ayah kena marah dengan anak kecik.
Saya jengah kejap apa jadi dengan Husam.. Fuhh.. Power.. Tinggal 1 je lagi butang yang dia sedang butang (dalam gambar ni la.. nasib sempat ambil gambar)
Sepanjang dalam kereta, saya bincang dengan isteri, ada 3 masa, memang kita kena layan anak yang tengah action.
1. BILA ANAK NAK MULA BELAJAR SESUATU SKILL
Part ni kritikal sebab inilah momen yang akan menentukan adakah anak akan teruskan belajar atau akan terhenti setakat tu je.
2. BILA ANAK DAH MAHIR SESUATU SKILL
Macam kes Husam ni, dia akan sangat action dengan skill membutang yang dia boleh buat dengan mahirnya. So, ibu bapa perlu layan sebaiknya supaya skill ini boleh terus di develop dengan lebih baik lagi.
3. BILA ANAK BUAT SALAH
Ni ramai yang lepas pandang. Sebenarnya, ni lah momen yang anak akan paling banyak belajar. So, jika ibu bapa salah bertindak pada waktu ini, kemungkinan banyak implikasi besar akan berlaku kepada anak anda.
Saya yakin, ibu bapa yang ada anak dan dah start masuk sekolah, mesti ada momen kena ‘game’ dengan anak juga kan?
Biasanya perangai anak berdasarkan apa yang dilihat melalui ibu bapanya sendiri. Ibu bapa adalah orang yang diperhatikan setiap hari oleh anak-anak. Bukan setakat perhati tapi juga meniru tingkah laku ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika ada anak yang usianya 3 tahun ke atas, yang dah pandai memerhati dan meniru perlakuan.
Bukan setakat tingkah laku, tapi bahasa dan tutur kata juga turut ditiru. Menakutkan bila difikir-fikir. Yelah kadang-kadang kita sendiri tak dapat kawal perkataan yang keluar dari mulut.
Jadi setiap keputusan yang kita buat, setiap perkataan yang kita ucap, setiap tindakan yang kita ambil semuanya di bawah pemerhatian. Oleh siapa? Anak kita sendiri. Anak kita belajar dari kita. Sama ada positif atau negatif semuanya ditiru. Melalui blog Puan Nurul Aziyana, beliau telah berkongsi maklumat yang berguna untuk peringatan kita sebagai ibu bapa.
7 perangai anak akan belajar atau tiru dari ibu bapa adalah:
Bagaimana cara bapa layan ibu
Jika bapa adalah jenis yang loving, caring, supportive layan ibu dengan hormat dan bermaruah, anak-anak akan buat benda yang sama pada isterinya nanti.
Tetapi kalau sebaliknya, memang tak mustahil dia akan buat seperti itu pada isterinya. Bila dia di ajar dengan keganasan, tak mustahil dia pun akan jadi ganas.
Bagaimana ibu bapa menguruskan wang
Kalau kita ni jenis boros, belanja ikut suka, anak pun insya-Allah jenis suka boros juga. Tapi kalau kita ajar mereka menyimpan duit sejak kecil dan uruskan wang dengan bijak, sampai besar pandailah mereka uruskan perbelanjaan.
Bagaimana ibu bapa layan orang lain
Kalau kita suka merendah-rendahkan orang dan memarahi dengan bahasa kasar tak mustahil anak akan berperangai sama apabila dah besar. Terutamanya apabila dalam kereta dan kita terperangkap dalam jem, lepas tu maki orang sebab bawa kereta terlalu perlahan.Awas! anak akan dengar apa yang keluar dari mulut kita. Sama juga bila kita herdik orang di restoran kerana servis yang lambat.
Bagaimana ibu bapa tunjukkan tanda hormat pada orang lebih tua
Jika kita kurang ajar pada orang yang lebih tua dan berumur atau sentiasa melemparkan kata-kata kasar anak-anak kita juga akan membesar dengan kurangnya rasa hormat kepada orang yang lebih dewasa termasuklah kita sendiri sebagai mak ayahnya.
Kejujuran ibu dan ayah
Anak-anak akan tahu kalau kita menipu. Mereka tahu jika kita cakap lain tapi buat lain. Cakap tak serupa bikin. Kalau sentiasa cakap tak betul, lama kelamaan anak-anak juga akan mula menipu kerana mereka sudah terbiasa dengan perlakuan yang tidak jujur.
Ukuran disiplin dalam menjalani kehidupan
Kalau kita makan banyak, selalu membazir, anak-anak juga akan terbiasa dengan keadaan macam tu. Mereka tidak akan menghargai yang sedikit. Lambat laun perasaan tamak juga mungkin akan bersarang dalam kehidupan mereka.
Walau bagaimanapun, jika kita pilih untuk menjalani kehidupan yang berdisiplin, anak-anak kita akan buat pilihan lebih baik (dan sihat) dengan kehidupan mereka.
Sifat pemurah
Kalau kita selalu terlibat dengan kerja-kerja amal, bersedekah, amalan-amalan baik ini juga akan diikuti oleh anak-anak.Apa lagi kalau kita turut libatkan anak-anak dalam perkara ini contohnya hasil pengumpulan duit tabungan mereka, kita agihkan untuk tujuan sedekah.
Kesimpulannya, rumah adalah sekolah pertama anak. Sebetulnya memang segala personaliti kita lahir dari asuhan dan didikan dari mak dan ayah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.