Betul ke sikap ibu bapa punca anak-anak sukar di kawal dan sentiasa menang? Jawapannya Ya. Tingkah laku anak kadang-kala dipengaruhi oleh ibu bapa itu sendiri.

Jadi sebelum terlambat, ibu bapa perlu kawal sebelum mereka hilang kawalan. Kawalan yang macam mana?

Melalui perkongsian Liyana Raya yang menjalankan terapi untuk anak-anak yang bermasalah ini, dia menyatakan ramai yang takkan setuju dengan caranya yang sangat tegas, bukan sahaja dengan anak sendiri, malah dengan kanak-kanak lain yang dia jumpa (terutama sekali yang ada masalah developmental delay + sensory processing disorder).

TAPI, TAHUKAH ANDA???
Bila mana anak anda tantrum atau mengamuk kerana selama ni kemahuan mereka diikuti, anda banyak mengalah sebab tak nak layan amukannya, dan tiba-tiba bila saya ‘mencabar’ keinginan mereka, mereka mengamuk dan terus berubah menjadi seorang yang ganas, akibat daripada sikap ibu bapa yang selama ini mengiakan saja kemahuan anak mereka.. Dan saya berharap saya tidak harus disalahkan kerana tiba-tiba menaikkan kemarahan anak anda.

Sikap Mak Ayah Punca Anak Sukar Di Kawal? Bertegas Sebelum Anak ‘Menguasai’ Kita!

LET ME TELL YOU ONE THING!

Just one thing. I’m sure ramai yang takkan suka.

Tuan/puan yang bergelar ibu ayah. Dunia ini banyak cabarannya.
Kita mungkin boleh mengalah dengan setiap keinginan anak, tapi bolehkah nanti, apabila mereka berhadapan dengan dunia luar yang penuh cabaran, orang di luar sana boleh melayani seluruh kemahuan anak anda??

TIDAK, & TIDAK, DAN TIDAK SAMA SEKALI!
Di sekolah, anak-anak harus dengar cakap cikgu, bukan cikgu yang dengar cakap anak, setuju?

IKLAN

Ketika bersosial, konsep sharing dan turn taking harus dititiberatkan.

Dah kalau saya bagi simple arahan, just a simple arahan, suruh simpan mainan saja… Anak mengamuk macam satu bangunan boleh dengar, is it proper?

Hanya kerana saya nak share main sekali permainan yang dia mainkan, ditolaknya saya sampai saya terjatuh, is it normal? TIDAK!

Anak yang ada masalah tingkah laku di bawah harus mendapatkan rawatan segera:

– Langsung tak boleh diusik perkara yang dia tengah khusyuk main

– Suka grab barang dari tangan orang lain, instead of meminta ‘nak’/ ‘i want’

IKLAN

– Mengamuk yang melampau sehingga anda sendiri berasa sukar untuk bawa anak keluar ke mana-mana.

– Tingkah laku luar kawalan di mana suka hati berlari ke sana ke mari tanpa memikirkan bahaya sekeliling.

– Langsung tidak mahu mendengar cakap. Hanya cakap dia sahaja yang betul

– Selalunya memilih makan yang amat sangat (gustatory processing disorder)

– Tak boleh tolerate dengan benda yang dia tak suka. Yang dia tak suka, that’s it. Jangan bagi. Kalau bagi, for sure mengamuk (contohnya gunting rambut, tengok cerita tertentu dan sebagainya).

Anak-anak seperti di atas adalah common case of behavior problem (masalah tingkah laku) yang saya jumpa kebelakangan ini. Mereka harus diberikan rawatan dengan kadar segera.

IKLAN

Untuk kanak-kanak dalam kategori ini rawatan yang dikenali sebagai ‘behavior modification’ adalah yang terbaik.

Rawatan ini memerlukan saya untuk bersikap tegas dengan perbuatan yang salah, tidak melayan kehendak anak, dan memuji melambung bila anak buat perkara yang betul.

Sikap Mak Ayah Punca Anak Sukar Di Kawal? Bertegas Sebelum Anak ‘Menguasai’ Kita!

Tapi untuk menjalankannya, ia adalah sangat sukar dan saya memohon ibu bapa supaya bersabar sebab saya nak ajar anak. Kalau tak bermula dengan saya, harus dimulakan dengan siapa lagi??

Pernah ada ibu bapa menitik air mata, melihat saya bertegas dengan anak mereka sewaktu sesi terapi yang saya jalankan.. Macam-macam saya jumpa.

Tapi jangan risau. Saya ada cara saya tersendiri. Biasanya memang ambil masa. Tapi percayalah, it’s truly worth it.

Bawa bersabar dengan cara saya. Dalam hati saya doa juga banyak-banyak.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI