Geram sampai tahap kesabaran tak boleh nak dikawal boleh berlaku bila anak buat perangai. Tambahan pula dengan kepenatan selepas seharian bekerja antara salah satu punca ibu bapa tak boleh nak kawal kemarahan sehinga terpaksa naik tangan.

Sampai bila nak berterusan? Di sini pentingnya ibu bapa mencari penyelesaian di sebalik masalah ini. Berdasarkan perkongsian Dr Rozanizam Zakaria persoalan kenapa anak kecil buat perangai bukan disebabkan sikap anak itu sahaja tetapi melibatkan ibu bapa dan persekitaran.

Sikap Marah Dan Stres Ibu Bapa Boleh Berjangkit Pada Anak? Inilah Punca Si Kecil Kuat Mengamuk

IKLAN

Berikut antara persoalan dan penyelesaian yang boleh dijadikan panduan

Salam doktor, anak saya umur 2 tahun selalu buat perangai, mengamuk, tak nak dengar kata, kacau adik. Kalau saya marah dia menjerit. Kadang-kadang tak dapat control sampai terpaksa naik tangan. Macam mana nak handle? – Puan M –

IKLAN

Sebelum kita pecah kepala fikir ‘magic solution’ kepada ‘masalah dunia’ ini, let’s consider this. Kerana dalam banyak keadaan, bagi saya persoalan yang lebih tepat bukan bagaimana, tetapi mengapa.

IKLAN
  1. INGINKAN PERHATIAN – kanak-kanak perlu bersaing untuk mendapat perhatian dari ibu bapa dengan anak-anak lain, kerjaya, urusan rumahtangga, gajet dan internet dan pelbagai lagi distraction yang menyebabkan kanak-kanak rasa tidak mendapat perhatian yang diingini. Adakalanya tingkah laku yang tidak disenangi itulah satu-satunya cara untuk mereka mendapat perhatian yang diinginkan.
  2. CEMBURU DAN PERSAINGAN – Kanak-kanak pada usia 2-4 tahun mula belajar tentang konsep ‘my way, my things, myself’ dan kehadiran orang lain seperti adik beradik dan kawan-kawan adakalanya menguji ‘territory’ ini.
  3. PERASAAN KECEWA – ‘frustration’ adalah emosi yang tercipta bila mereka tidak dapat memenuhi keinginan mereka sendiri disebabkan ketidakmampuan mereka. Contohnya tak dapat ambil barang yang diingini, tak berjumpa dengan mainan yang dicari, tak dapat menonton cerita yang diingini.
  4. PERASAAN TAKUT/GELISAH BIMBANG DITINGGALKAN ATAU BERJAUHAN DARI TEMPAT BERGANTUNG – Reaksi ini adalah tindak balas normal terhadap ketidak pastian mereka atau apa yang mereka pelajari dari pengalaman sebelumnya. Mereka tidak memiliki kematangan komunikasi untuk meluahkan perasaan mereka melainkan dengan tingkahlaku.
  5. REAKSI NORMAL TERHADAP KESAKITAN, KELETIHAN DAN GANGGUAN EMOSI – Seperti mana orang dewasa, mereka juga mengalami situasi sebegini. Cumanya, mereka lebih kerap meluahkannya dengan tingkah laku (Orang dewasa pun ada juga berperangai sebegini)
  6. KEHENDAK IBUBAPA YANG SUKAR DIPENUHI – Jangan expect kanak-kanak untuk berperilaku sempurna seperti dewasa pada setiap ketika (dewasa pun tak mampu penuhi expectation ini). Adakalanya ibubapa perlu terima hakikat sesetengah tingkahlaku adalah simply kerana mereka masih kanak-kanak.
  7. DRAMA IBU BAPA – Stress boleh berjangkit! Bila ibubapa tidak mengurus emosi dengan baik, tekanan dan bebanan yang mereka hadapi singgah pada anak-anak. Drama mereka disambung oleh anak-anak dengan watak dan jalan cerita yang berbeza.

Banyak tenaga, suara, masa dan emosi dapat dijimatkan bila kita dapat kenal pasti punca dan selesaikannya dari puncanya dengan lebih rasional. Dalam hiruk pikuk cabaran mendidik anak-anak, ada ketika kita perlu mengambil beberapa langkah kebelakang dan berfikir…”kenapa agaknya anak bertuah ini jadi sebegini?” Mungkin jawapannya ada pada kita..

Sumber: Dr Rozanizam Zakaria

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI