Bakal menimang cahaya mata kelima, isteri kepada Fad Bocey, Syaheera Rahman meluahkan rasa lega selepas kini berjaya melepasi trimester pertama kehamilannya.
Mana tidaknya, akui Syaheera, dia mengalami alahan yang teruk di awal trimester pertama kehamilannya seperti tiga kandungannya sebelum ini.
“Sikit lagi perjalanan anak ke-5 mommy.
“Rasa macam tak percaya dah selesai fasa morning sickness yang teruk,” luahnya berkongsi.
Ads
Akui ibu kepada empat cahaya mata ini lagi, setiap kali hamil dia akan berdepan dengan alahan yang teruk dan muntah.
Namun dia kini bersyukur berjaya melepasi tempoh sukar itu dan kini berada di trimester kedua kehamila sebelum melahirkan anak kelimanya tidak lama lagi.
Ads
“Tak ada beza sebab semuanya memang teruk muntah. So cuba teka sekarang mommy dah berapa bulan?,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Fad Bocey dan isteri mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dab Favian Adrazin Zayyan, 6, Nur Aminah Mishall, 5 dan Ibrahim Jibriel, 3 tahun.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Da’i Syed dan Hana Ismail yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Perkongsikan khabar gembira itu dikongsikan Dai Syed pada 1 Syawal apabila memuat naik gambar isterinya yang menampakkan baby bump yang comel.
Bukan itu sahaja bahkan menerusi perkongsian di Insta Story, Syed berkata tahun depan mereka bakal beraya bertiga pula. Namun tidak didedahkan usia kandungan bayi sulung mereka.
“Tahun depan Insya-Allah sudah tidak berdua lagi,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta mendoakan agar dipermudahkan urusan kehamilan.
Tahun lalu, Syed berkongsikan khabar duka apabila isterinya mengalami keguguran ketika kandungan mencecah 10 minggu.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 2 Disember 2022 yang lalu.
Cepat penat dan selalu rasa mengantuk adalah normal bagi wanita yang sedang melalui trimester awal kehamilan. Ia bukanlah disebabkan berat badan anda bertambah banyak dan anda menjadi semakin berat. Sebenarnya situasi ini dipengaruhi oleh perubahan hormon yang berlaku.
Kadang-kadang tu, bila di pejabat sampai terlelap. Punyalah letih dan mengantuk, bukan biasa-biasa. Tak dapat ditahan! Kalau di rumah, bolehlah juga berehat dan tidur sekejap. Untuk ibu hamil yang bekerja, terpaksa juga menahan kantuk. Seksa rasanya.
Tugas utama badan adalah membentuk sistem penyokong hidup bayi dalam kandungan iaitu plasenta. Seterusnya, hormon progesteron yang biasanya mengatur kitaran reproduksi wanita, mengalir lebih pantas dalam badan wanita sehingga membuatkan wanita hamil mudah berasa pening.
Metabolisme juga berubah dengan cepat, kadar gula menjadi lebih rendah, begitu juga dengan tekanan darah. Ini yang mengakibatkan bakal ibu mudah berasa letih di awal kehamilan. Untuk mengurangkan rasa mengantuk atau letih ini, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan:
4. Jika berasa mengantuk ketika di pejabat, cuba berjalan seketika atau buat senaman ringan di meja sambil mengatur pernafasan. Kalau di rumah, anda boleh berehat dalam mandian air suam di tab mandi (jika ada) yang airnya dicampur dengan sedikit minyak aromaterapi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kacang merupakan makanan ringan yang elok dimakan oleh ibu hamil. Kacang antara makanan yang mengandungi pelbagai nutrisi penting untuk ibu hamil. Bukan sahaja baik untuk ibu hamil, kacang juga membekalkan nutrisi untuk bayi dalam kandungan.
Kacang mengandungi folat dan protein. Menurut beberapa kajian, folat dan asid folik diketahui dapat mencegah kecacatan kelahiran, terutama dalam otak dan tulang belakang (spina). Selain itu, protein memainkan peranan penting dalam tumbesaran bayi semasa trimester kedua dan ketiga.
Jadi, apakah jenis kacang yang baik untuk wanita hamil dan bayi dalam kandungan? Berikut adalah pelbagai jenis kekacang yang baik untuk dimakan semasa hamil antaranya:
1. Badam
Badam adalah sejenis kekacang yang mempunyai rasa yang enak, sehingga sering ditambah dalam pelbagai makanan terutama makanan manis. Selain lazat, badam memberi manfaat kesihatan kerana ia mengandungi banyak lemak sihat, serat, protein dan vitamin E.
Badam mengandungi mineral yang tinggi seperti tembaga, mangan dan fosforus, dan merupakan sumber vitamin E. Kandungan nutrisi ini dapat membantu mengawal gula darah dan tekanan darah.(yang penting untuk mengurangkan risiko preeklampsia pada wanita hamil), dan penghadaman.
2. Kacang Gajus
Makan kacang gajus semasa hamil memberi banyak manfaat sepert membekalkan vitamin penting dan nutrien lain yang diperlukan oleh bayi semasa fasa pertumbuhannya, mencegah kerosakan gusi dan gigi semasa hamil dan membantu mengekalkan tahap profil lipid. Sangat bagus untuk wanita hamil yang terdedah kepada diabetes semasa hamil.
Bentuk walnut menyerupai bentuk otak, yang sesuai kerana ia kaya dengan omega-3, nutrien yang membantu meningkatkan kesihatan otak. Walnut juga mengandungi banyak arginine, asid amino yang membantu melegakan saluran darah yang sempit dan merangsang aliran darah. Oleh itu, ia mengurangkan risiko tekanan darah tinggi (hipertensi) dan juga menguruskan tahap kolesterol dalam badan. Ciri-ciri ini adalah sebab mengapa walnut adalah kacang yang baik untuk wanita hamil.
4. Kacang Macadamia
Kandungan protein yang tinggi dalam kacang macadamia mempunyai manfaat untuk ibu hamil. Salah satunya mampu meningkatkan pengeluaran darah yang diperlukan oleh ibu hamil sebanyak dua kali semasa hamil.
Susu macadamia juga tinggi serat, elemen penting yang diperlukan oleh wanita hamil. Serat dalam susu macadamia dapat mengelakkan sembelit yang biasa dialami oleh ibu hamil akibat masalah peralihan organ semasa hamil. Selain itu, kandungan serat dalam kacang macadamia juga dapat melindungi ibu hamil daripada masalah usus yang mungkin berlaku.
5. Pistachio
Kandungan nutrisi dalam pistachio sangat bermanfaat semasa hamil dan membantu perkembangan bayi yang sihat. Ini kerana kandungan protein adalah baik untuk perkembangan tisu dan otot janin, serta mengekalkan berat badan di bawah kawalan dengan mengawal paras gula dalam darah.
Pistachio juga mengimbangi tahap lipid. Ini kerana kepekatan tinggi asid lemak tak tepu dalam pistachio membantu menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan tahap kolesterol baik, seterusnya mengimbangi lipid.
Pecan adalah sejenis kacang yang baik untuk ibu hamil. Ini kerana kacang ini mengandungi vitamin B, termasuk folat, yang membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran. Kandungan tembaga pecan juga menggalakkan perkembangan otak janin yang sihat, membantu metabolisme badan, dan mengurangkan keradangan.
7. Buah Berangan
Berangan atau chestnut, adalah kacang yang mengandungi khasiat penting untuk ibu hamil. Sebahagian daripadanya ialah protein, lemak, kalsium, zat besi, fosforus, zink dan vitamin yang membantu mengawal aliran darah dan membekalkan nutrisi kepada otot. Mengambil buah berangan semasa mengandung secara kerap juga boleh membantu anda mempunyai tulang yang lebih baik dan mengurangkan keletihan.
8. Kacang Pea (Pis)
Kacang yang diketahui sebagai sumber asid folik, sangat baik untuk sintesis DNA sel. Dengan cara itu, makan kacang semasa mengandung akan membantu mengelakkan kecacatan genetik dalam tiub saraf bayi. Kacang polong juga mengandungi serat, lykopena dan lutein yang berfungsi untuk fungsi jantung yang maksimum.
Lycopene adalah antioksidan yang boleh menghalang kerosakan sel. Bukan itu sahaja, kacang polong mengandungi khasiat yang membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan paras kolesterol HDL dalam badan. Ini boleh mengurangkan keupayaan jantung untuk mengepam darah dengan betul. Jantung yang sihat sangat penting untuk ibu hamil.
Adakah terdapat jenis kacang yang tidak boleh dimakan semasa mengandung?
Walaupun tiada jenis kacang yang perlu dielakkan semasa kehamilan (melainkan anda mempunyai alahan), kacang adalah makanan yang pakar mengesyorkan pengambilan secara sederhana. Daripada mengelakkan kacang tertentu kerana ia tinggi lemak, lebih baik makan kacang secara sederhana.
Elakkan makan terlalu banyak kacang masin kerana ia boleh menyebabkan lebihan garam dalam badan. Lebih baik makan kacang asli tanpa garam. Kacang-kacang ini bukan sahaja sedap, malah sangat menyihatkan untuk ibu hamil dan juga janin dalam kandungan.
Kisah tragis bayi 8 bulan meninggal dunia pengasuh ini menyentuh hati ramai, memberi peringatan penting kepada ibu bapa tentang keselamatan anak di bawah jagaan orang lain.