Sikit-Sikit Merajuk. Ingat Bukan Semua Rajuk Anak Kena Pujuk Bila Dah Usia 3 Tahun Ke Atas

Share

Bukan semua rajuk anak kita nak kena pujuk. Jika kita pujuk semuanya itulah yang menjadikan dia lenja.

Masa anak baru 3 tahun ke bawah, bolehlah kita pujuk-pujuk untuk dia tidak menangis begitu kuat.

Namun, bila anak sudah lebih bijak dan faham, maka perlulah ada batas dalam memujuk.

Pujuklah dia jika dia memang tidak bersalah dan anda termarah lebih. Sebab yang salah adalah anda yang kurang bijak mengawal diri.

Pujuklah dia jika anda yang tersalah sangka. Anak tak buat anda tersilap tuduh.

Namun, jika anda sudah beri guideline, sudah terangkan, sudah beri amaran lebih dari 3 kali, tapi dia buat juga dan anda marah berpatutan, dan anak merajuk, maka tidak perlukah nak memujuk. Memadai anda tenang dan melayannya dengan baik. Dan tunjuk kasih sayang anda dengan bercakap dengan nada yang lembut dengan dia dan melayan mesra. Waktu makan, beri makan dsbnya.

Anak perlu tahu bila dia salah, maka dia salah dan perlu menerima natijahnya.

Namun, dalam menghukum perlu berpada. Dan bila sudah menghukum tidak perlu memujuk sehingga hilang muka.

Be kind, be gentle. Tapi tidak perlu sehingga berasa bersalah tidak terhingga. Kan anda sudah beri amaran!

Tapi ingat ya, hanya mulakan setelah anak 3 tahun ke atas. Sebelum tu anak masih belum faham apa-apa.

Dan bermula tiga tahun pun, mulalah perlahan-lahan memberi dia faham kesan dan natijah, disiplin dan hukuman.

Perangkap yang sering ibu bapa termasuk ialah menyangka anak sudah cukup besar untuk dihukum keras. Contohnya anak baru 1 tahun lebih sudah nak pukul kuat-kuat atau kurung dalam bilik gelap.

Atau anak terlalu kecil untuk dihukum. Contoh sudah 8 tahun, masih nak memujuk anak yang marah kerana dihukum kerana menendang mak ayah.

Sumber: Ibu Rose

Published by
Wan Amy