Tidak dinafikan, perjalanan menjadi seorang ibu sebenarnya banyak mengajar kita dalam pelbagai perkara. Malah turut merubah diri perlahan-lahan. Bukan hanya fizikal, bahkan emosi turut sama terkesan. Naluri keibuan semakin ketara.
Bagi pelakon Tasha Shilla, dia sendiri mengakui dirinya menjadi lebih sensitif selepas bersalinkan anak sulungnya pada April lalu.
Kata Tasha menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3 semalam, dia bersyukur kerana dapat menjalani tempoh berpantang dengan baik.
Pun begitu kata Tasha, dia sering mengalami situasi perasaan dan emosi yang mudah sensitif dalam kebanyakkan perkara sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang.
“Saya berasa lebih sensitif, kalau ada apa-apa sahaja yang berlaku mesti saya rasa akan cepat tersentuh sebab ada naluri seorang ibu.
“Tambahan pula kalau bab anak, memang akan cepat sensitif sebab kita nak semua yang terbaik untuk anak kita. Perasaan sensitif tu masih ada walaupun dah bersalin, sikit-sikit rasa nak menangis,” kongsi Tasha.
Pun begitu kata Tasha lagi, dia merasa amat gembira sepanjang melalui fasa kehamilan sehingga detik bergelar ibu. Baginya ia adalah proses yang begitu bermakna dan amat merubah dirinya sendiri.
“Sejujurnya dari awal proses mengandung, bersalin dan berpantang saya sebenarnya cukup seronok.
“Malah saya amat bersyukur suami banyak membantu menguruskan pelbagai hal malah sangat memainkan peranan sebagai suami. Jadi sebab itulah perjalanan saya untuk menjadi ibu ini, alhamdulillah semuanya seronok,” luahnya lagi.
Biarpun tidak mudah namun perjalanan menjadi ibu sememangnya cukup indah dikenang, apa lagi saat melihat anak mula membesar di depan mata. Momen paling berharga bagi seorang ibu.
Terdahulu, Tasha mendirikan rumah tangga pada 28 Februari tahun lalu dan pasangan ini cukup teruja menyambut kelahiran bayi sulung mereka, Raees Zander yang dilahirkan pada 24 April lalu.
Menarik: Rasa Sedih & Kehilangan, Layanan Istimewa Sampai Penutup Pantang, Tasha Shilla Berpisah Dengan CL
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @tashashilla