Kenapa masih ada ibu bapa yang menakutkan anak-anak mereka dengan ‘ada hantu’ semata-mata untuk memudahkan urusan parenting. Kesannya, anak-anak akan menjadi seorang yang sangat penakut.
Menurut Najmi Nawawi, teknik parenting dengan cara menakutkan anak-anak akan hantu akan memberi kesan buruk pada mereka. Ingatlah anak-anak mempunyai daya imaginasi yang sangat hebat. Cerita-cerita yang diada-adakan akan dibayangkan oleh anak-anak dengan 100% benar dalam minda mereka.
Bahkan ia juga boleh membawa kepada kesan jangka masa panjang terhadap ‘psychological consequences’ khususnya ketakutan kepada tempat-tempat gelap secara melampau.
Ia umpama sebuah ‘psychological scars’ yang akan memberi kesan kepada anak sampai bila-bila seumur hidup mereka. Kasihanilah anak-anak, kenapa kita perlu takut-takutkan mereka dengan hantu, semata-mata untuk memudahkan urusan kerja kita.
Ads
Jika kita berterusan menakutkan minda kecil mereka itu dengan hantu, ia akan terus mempengaruhi minda ‘subconscious’ dan ‘unconscious’ anak-anak yang seterusnya boleh membawa kepada risiko penyakit mental yang lebih menyedihkan.
Kita tidak tahu kemampuan penerimaan anak-anak terhadap apa yang kita ceritakan kepada mereka. Lebih-lebih lagi cerita-cerita itu datang daripada mulut ibu bapa mereka sendiri.
Ads
Umpama melontarkan batu ke dalam laut, kita tidak tahu sedalam mana batu itu akan tengelam. Maka berhati-hatilah dalam bercerita atau menakutkan anak-anak.
Ads
Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari. Kerana antara kesan menakutkan anak dengan hantu ialah insomnia, tidur dengan tv terbuka dan lampu tidak ditutup. Masalah dalam akademik kerana anak gagal untuk fokus di dalam kelas dan banyak lagi.
p/s : Ibu bapa perlu kreatif dalam mendidik anak-anak. Banyak lagi cara lain untuk pastikan anak mendengar kata, tolong jangan guna cara takutkan anak dengan hantu.
Walau macam mana disiplin pun, ada waktunya kita tersasar juga setiap kali menabung setiap bulan. Jangan putus asa sebaliknya cuba usahakan konsep menabung 52 minggu seperti yang dikongsikan oleh Pn Ena Roslinawati ini.
Idea tabung dengan jadual 52 minggu ini boleh mama ikuti disertai dengan tip dan usaha. Yang penting perlu sasarkan apa yang kita mahukan! Nak gelang? Jom menabung sekarang!
SUSAH SANGAT NAK SIMPAN DUIT?
Kak Ena ada satu tabung. Tabung 52 minggu nama dia. Kak Ena mulakan pada minggu pertama RM10 je.
Setiap minggu dia meningkat RM10 lagi
Setiap pagi isnin, Kak Ena transfer duit ke akaun tersebut. Tabung ni kita boleh mulakan ikut kemampuan kita. Boleh buat RM5, atau RM10 atau RM50 sebagai permulaan. Amaun tu bertambah setiap minggu.
Cth mula RM10
Minggu depan RM20
Minggu ketiga RM30
dan seterusnya RM40, RM50, RM60
Tapi, nak buat tabung ni ada masalah juga. Kak Ena buat dah masuk tahun ke 5, ada tahun terkandas tengah jalan, ada tahun sukses! Ada tahun hangat taik ayam.
Sebenarnya, tabung ni, ada 2 penyakit.
1. PENYAKIT OVERYAQIN
Hahaha saja aku bagi nama pelik sikit. Sebenarnya, OVER CONFIDENT ~ terlebih yakin haha.
Oleh kerana amaun dia kecil, kita rasa senang je nak buat tu. Akibatnya, kita tak disiplin hehe
Biasala, yang simple kan kita suka ambil enteng.
2. HANGAT TAIK AYAM
Ni memang penyakit semua lapisan masyarakat baik muda atau tua. Baik yang pernah jatuh atau tak pernah jatuh hehe. Orang kaya ke miskin ke semua ada penyakit ni. Beza dia berlarutan atau tidak je hehe…
Perangai mula-mula je bersemangat ni, memang ada. Cuma, kena tawan la penyakit taik ayam ni.
MACAM MANA NAK TAWAN KAK ENA OIIII??
Ok nah Kak Ena share apa kak ena amalkan.
Tips yang mendorong kak ena terus konsisten menyimpan tanpa mengelat setiap minggu.
1. Mesti ada JADUAL simpanan.
Rujuk gambar. Kalau nak file excel, PM kak ena. Kak Ena bagi soft copy.
Korang isi. Cuba isi kotak 1 tu amaun yang korang nak mula.
Try la kalau RM10, hujung tahun ada berapa.
Kalau letak RM30 permulaan, pastu print je.
2. Set REMINDER
Seminggu sekali, pilih mana-mana hari. Set ALARM. Kak Ena masukkan duit kat tabung tu setiap Isnin pukul 9 pagi.
Ada sebab kak ena set ISNIN. Ok dah set hari, So kita set alarm biar ada peringatan supaya bayar oi bayar.
Dulu aku rimas.
Sebab macam orang mintak hutang haha. Tapi kalau tak buat, tak ingat kan? So? Biar handphone kita mainkan peranan sebagai Mak Kutu haha.
3. Mesti ada matlamat.
Kita ni perlukan SEMANGAT dan INSPIRASI untuk buat sesuatu. Biasalah. Baru semangat sikit.
Jadi, kita shopping dulu kat google ke Lazada ke Shopee ke Ikea ke, pastu cari gambar tu, print.
Contoh:
Kalau korang tengok jadual kak ena tu, Kak Ena dah tulis kat atas tu, nak beli gelang emas bernilai RM12,000.
So aku print gambar gelang tu, siap laminate kauuuuu hahaha. Pastu kak ena letak kat tepi meja mekap. Setiap pagi aku tengok. Insipirasi katanya.
Sebenarnya tengok setiap hari tu, bikin panas kan. Bakar diri sendiri bila tengok tu. Semangat nak gi kerja setiap pagi. Semangat nak tunggu Isnin sampai sebab tak sabar nak masukkan FUND minggu ini.
Tak sabar nak fund ni cukup. Tak sabar nak kumpul RM12,000 ni tahun ni.
Haaaa automatik kak ena tak mengelat la nak isi tabung tu!!
Semangat lagi ada la haha. Tak sabar-sabar nak isi sebab nak gelang wuu.
Ok
Itu inspirasi kak ena.
Inspirasi korang apa?
Nak beli rumah ke?
Nak buat beli tanah ke?
Nak pergi Maldives ke
Atau nak handphone baru ke hehehe..
Lekas google sekarang pastu print ok?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Para ayah tahu ke tak? Ada ibu terdetik cemburu tatkala wajah si anak yang dikandungnya selama 9 bulan lebih menyamai ayahnya berbanding ibu. Percayalah.
Gambar Hiasan
Para ayah tahu ke tak? Anak-anak juga lebih cenderung mengikut perilaku ayahnya berbanding ibunya.
Inilah hakikat! Rapatlah mana pun dengan ibu, ayah juga yang akan dicontohinya, Maka:
1. Ayah perlihatkan, ajarkan, dedahkan. Nak beri duit pada isteri, beri depan anak, puji masakan isteri, puji depan anak, bila isteri minta tolong kemas rumah, ajak anak sekali. Menunjuk-nunjuklah perilaku baik bila dihadapan anak walaupun anda terpaksa berpura-pura.
2. Sorokkan, elakkan, jangan sesekali membiarkan anak-anak melihat perilaku negatif anda. Nak merokok, merokoklah diluar. Marahkan sesuatu, jangan bagi anak nampak. Soroklah selagi boleh sorok, tahanlah selagi boleh tahan, lepaskan yang negatif jauh daripada pengetahuan si anak.
Baju anak kecil sebenarnya ambil masa lama untuk melipat. Ibaratnya ‘bercinta’ jugalah nak lipat. Tambah pula nak cari seluar dan baju yang sama. Kadang bila lipatan baju tak kemas ia mudah terlerai. Lagi satu bila dah elok mama melipat dan susun, tengok-tengok anak dah lembang dan keluarkan dari bakul atau almarinya.
Jadi bagi memudahkan kerja mama apa kata cuba teknik lipatan ‘tuck in’. Walau diselongkar atau dikeluarkan oleh anak sekalipun, baju anak tetap dalam keadaan berlipat.
Caranya dikongsi oleh Ojie Ismail yang turut mengalami pengalaman yang sama.
Konsep lipat baju ‘tuck in’
Baris depan: baju tanpa lengan+seluar pendek Baris tengah dan belakang: baju lengan pendek+seluar pendek
Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju. Guna konsep lipat dan ‘tuck in’ memang terbaik sebab selongkarlah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.
Bila anak dah puas selongkar sampai laci kosong, ibu-ibu hanya perlu susunkan semula saja. Dah tak payah lipat baju balik. Cuma kemaskan lipatan jika perlu.
Step by step lipatan
1. Butangkan butang paling atas dan bawah. Kalau rajin butangkan semua pun boleh.
2. Terbalikkan baju.
3. Letak seluar, lipat kaki seluar ikut panjang baju.
4. Lipat bahagian badan baju. Pastikan bahagian bahu lurus untuk buat ‘pocket’
5. Lipat lengan baju.
6. Lipat lagi sebelah.
7. Lipat 1/3 baju.
8. Masukkan kan hujung baju ke bahagian belakang baju.
9. Dah siap dan kemaskan lipatan.
Nak tengok size dan jenama apa pun senang sebab boleh tengok label baju. Nak pilih baju pun senang. Ini baju petang dan malam.
Teknik lipatan tuala, kain lampin, selimut, sapu tangan
Ini pula teknik lipatan untuk kain segi empat sama.
Susunlah ikut kreativiti & citarasa masing-masing lepas lipat baju tu, yang penting nampak kemas, teratur dan mudah diambil.
A terrible two! Istilah ini selalu kita nampak dalam mempelajari ilmu parenting. Pada usia anak dua tahun, anak sudah mula meneroka pelbagai perkara di sekelilingnya.