Sikit-sikit tapi kerap. Demikian konsep yang digunakan oleh kaunselor laktasi ini dalam memberikan bayi susu perahan. Tak semestinya 4-5oz baru kenyang. Dengan 2oz mungkin bayi nampak tak puas, tapi sebenarnya dah cukup.
Menurut Kaunselor Penyusuan Susu Ibu, Puan Ziela Juzaila, memberikan susu ibu perahan atau lebih dikenali sebagai expressed breast milk (EBM) kuantiti yang sederhana tetapi kerap boleh digunakan bagi membantu menjayakan penyusuan susu ibu sehingg 2 tahun.
Perkara ini dipraktikkan olehnya sendiri dimana anaknya diberikan oleh pengasuh (ketika beliau bekerja) sebanyak 2oz setiap kali sesi penyusuan. Formula ini digunakan bersama dengan paced bottle feeding yang.
Menyusukan anak dengan tenang ?, ini yang saya aturkan untuk pemberian susu perahan melalui botol susu.
2oz/60ml sudah cukup untuk Ammar. Memang saya pilih beri 2oz sekali feeding. Syukurlah pengasuh faham handle susu ibu. Bila Ammar dah habis menyusu, disedawakan dan ajak bermain. Menggunakan posisi paced feeding ketika memberikan susu sangat membantu Ammar tenang dan mudah dibawa bermain selepas habis 2oz.
SIKIT-SIKIT TAPI KERAP
Saya pilih sikit-sikit tapi kerap. Sebenarnya 2oz bukan sikit. 2oz itu cukup sebenarnya.Kenapa saya perlu bagi sikit-sikit tapi kerap? Itulah yang menyamai corak penyusuan direct feeding . Diberikan 2oz sekali minum ada baby nampak tidak puas kerana fitrah baby ingin melekap di dada lebih ingin mengempeng.
Saya teruskan pemberian begitu. Pada saya, jangan kerana nak anak senyap, terdiam, termenung mengah, disumbat susu selagi ada sepenuh botol sedangkan perut baby kecil saja. Kebanyakkan baby boleh muntah diberi susu lebih dari sepatutnya.
Overfeed bahaya kerana boleh mengundang tersedak susu dan paling merisaukan tersedak semasa tidur tanpa disedari.
Bila diajar minum sikit-sikit kerap, perut baby akan biasa dengan amaun itu. Saya bermula 2oz sekali feeding (menyusu) sejak kali pertama bersalin dan kerjasama pengasuh yang faham bahawa baby membesar bukan hanya dengan menyusu tetapi diajar bermain selepas menyusu dapat beri peluang baby explore sesuatu yang baru.
Ads
Baby kita memang berbeza-beza. Tapi kitalah boleh mengajar mereka. Diajar minum 4-5oz per feeding bukanlah satu kesalahan, cuma perlu beringat selalu, hormon prolaktin bukan sentiasa mencanak tinggi dan ia akan berkurang dan berkurang apabila semakin bertambah usia anak.
BOLEH AJAR PENGASUH KUANTITI SUSU YANG SESUAI DENGAN BAYI
Pada ketika itu, apabila 4-5oz yang biasa dibekalkan sudah kita tidak mampu penuhi makan susu formulalah menjadi pilihan. Sedangkan sebenarnya baby perlukan susu untuk tumbesarannya, badan kita yang normal boleh hasilkan 19-30oz dalam tempoh 24jam.
Menurut pemerhatian saya, mereka yang mengatakan susu tidak cukup kebanyakkan yang saya temui bukannya memenuhi demand baby tetapi memenuhi demand pengasuh/taska. 2-3oz sekali minum dikatakan tidak mencukupi sedangkan amuan itu memang sesuai untuk kebanyakan baby.
KENAPA BAYI NAMPAK TAK PUAS MENYUSU? KERANA DIA NAK MENGEMPENG, NAK PELUK-PELUK
Ads
Okay.
Kenapa bila bagi 2oz per feeding baby ‘macam tak cukup’ ‘macam tak kenyang tak puas’ ?
Sebab fitrah baby nak melekap lebih mengempeng lebih sebenarnya. Nak hangat ibunya. Nak peluk-peluk. Flow botol laju. Tidak perlu bersusah payah stimulate seperti mana direct feeding. Sekejap sahaja sudah berasa perut berisi. Lebih-lebih lagi apabila apabila baby diberikan susu secara berbaring, dipangku. Tidak menggunakan posisi paced feeding.
BERMAIN SEBENTAR SELEPAS MENYUSU
Kita perlukan kerjasama pengasuh dalam sama-sama menguruskan pemberian susu perahan. Baby kita seronok sebenarnya apabila dapat bermain-main sebentar selepas menyusu. Bukannya diharap lepas menyusu kena tidur bagi tanggapan sesetengah orang.
Baby membesar bukan dengan tidur dan kenalilah light sleep, deep sleep. Dengan dibawa bermain-main baby yang bijak pasti boleh lupakan tabiat mengempeng selepas habis 2oz.
Ads
Susah nak dapat kerjasama pengasuh? Senjata orang mukmin adalah doa. Berdoalah banyak2 agar dapat pengasuh yang boleh jaga anak kita sepertimana yang kita dah aturkan. Allah yang pegang jiwa setiap hambaNya.
JANGAN LUPA DIRECT FEEDING
Melihat dengan direct feeding. Baby perlu stimulate untuk mengeluarkan susu. Dalam pada stimulate dan menyusu tu baby biasanya nampak macam rasa khayal rasa tenang, itulah yang baby mahukan.
Ye. Memang hari ni kita memerah punya lah meriah sampai 30-40oz seharian . Anak baru 4-5 bulan. Hormon prolaktin kita sangat tinggi. Ingatlah kita, perjalanan penyusuan bukan sampai 6 bulan saja bukan setahun saja.
Anyway, terpulang pada masing-masing ye. Saya hanya berkongsi. Semoga usaha kita Allah permudahkan. In shaa Allah.
P/s: Cuba bayangkan kita minum air 3 jam sekali, alamat haus dulu lah. Dengan cuaca panas sekarang ni, bagusnya Ammar dapat menyusu kerap sekerap direct feeding.
Makan rambut atau kelakuan yang dipanggil pica dan bacaan hemoglobin turun sehinga ke 5 g/dl adalah petanda malnutrisi yang dialami si anak. Perkongsian ibu ini dalam rancangan TV Pa&Ma tentang anaknya yang mengalami malnutrisi boleh memberikan kesedaran tentang masalah pemakanan yang serius yang boleh terjadi kepada si manja anda.
Puan Adila Azurin Abu Bakar muncul dalam episod ‘Kesan Anak Malnutrisi’ rancangan TV Pa&Ma yang disiarkan di saluran Astro Prima & Astro Maya HD. Dalam rancangan berdurasi 30 minit ini, dia telah mengimbas kembali tatkala anak keduanya, Adra Hanania yang disahkan malnutrisi ketika berusia 2 setengah tahun.
DEMAM BERPANJANGAN
“Awalnya saya tak sangka dia mulnutrisi, sebab dia menyusu susu ibu dan dalam masa yang sama dia masih makan dan menyusu seperti biasa. Tapi anak saya kerap sakit. Boleh dikatakan setiap bulan dia jatuh sakit.
“Pernah sekali dia demam yang berpanjangan dan sebulan tu sampai dua kali. Masa tu saya terus bawak dia untuk buat blood test. Dari situ doktor memaklumkan yang bacaan hemoglobin anak saya sangat rendah. Paras normal untuk kanak kanak adalah 13g/dl tetapi anak saya hanya 5g/dl ,” ujar ibu muda ini ketika di ditemuramah dalam rancangan TV Pa&Ma.
MAKAN RAMBUT
Adra ditahan di wad selama 3 hari. Masa tu doktor buat further check up dan maklumkan dia kekurangan zat berdasarkan tabiat pemakanan dia tidak seimbang. Apabila doktor periksa, bawah mata dia pucat, tapak tangan & kaki pucat. Doktor terus assume dia ada masalah dengan darah. Bila keputusan keluar, memang anak saya alami kekurangan zat besi dan sebab itu si kecil ini mengalami simptom pica. Adila juga mendedahkan dalam rancangan TV yang Adra juga disahkan anemia.
Menurut Adila, Adra juga mula melakukan tabiat memakan rambut atau pica. Ia hanya disedari semasa pulang dari hospital. “Balik dari wad saya nampak dia ada tabiat yang pelik suka makan rambut. Setiap kali dia tarik rambut tu saya akan halang. Tapi semasa ketiadaan saya di rumah, susah untuk pengasuh mengawal tindakannya. Setiap kali dia tidak melakukan apa apa aktiviti dia akan leka mencabut rambut dan makan,” kata Adila.
BUKAN PICKY EATER
Menurutnya Adra bukanlah picky eater atau yang suka memilih makan. “Biasanya saya hidangkan dan dia akan makan. Kegemaran Adra ialah makanan bersup. Setiap hari bila kita suap dia akan makan tanpa menolak. Cumanya, kekerapan saya memfokuskan saya kepada 1 makanan sahaja jadi dia alami kekurangan nutrisi dan tidak cuba kepelbagaian makanan lain dan sebab itu dia tidak mendapat khasiat daripada,” akui Adila.
PELBAGAIKAN JENIS SUP
Oleh kerana tahu Adra sukakan menu bersup, jadi ibu ini menyediakan sup untuk buah hatinya. Cuma kali ini, Adila cuba mempelbagaikan bahan utama sup tersebut misalnya daging, ayam dan ikan di samping ditambah dengan sayur-sayuran yang lain seperti lobak merah & brokoli. Selain itu, Adila juga memberikan Adra 2-3 hidangan buah-buahan sehari.
HIDANGKAN PELBAGAI BUAH &SAYUR
Adila juga turut mengimbas kembali ketika mendapatkan rawatan untuk Adra dahulu. “Saya pernah explain kepada pakar yang anak saya mengelak untk makan selain daripada makanan bersup. Pakar tersebut mengajarkan saya beberapa cara untuk tambah selera anak. Sekarang ni, kami telah mempelbagaikan makanan yang diberikan kepada Adra. Selain nasi, buah juga turut diberikan.
PILIHAN BISKUT BERKHASIAT
Bagi menghidangkan biskut untuk Adra, Adila memberikan biskut yang berkhasiat seperti biskut jenis mil penuh atau whole meal.
PESANAN KEPADA IBU BAPA LAIN
Dalam rancangan TV Pa&Ma juga, Adila memberitahu yang dalam masa 3 bulan selepas ditahan di wad, tahap kesihatan Adra semakin baik. Katanya bacaan HB Adra naik daripada 5 kepada 10.
Adila menasihatkan ibu bapa yang mungkin melihat anak yang mempunyai simptom seperti lemah untuk tidak menunggu dan bertangguh mendapatkan rawatan. Ini kerana keadaan seperti anemia ini tidak akan dapat dilihat dengan mata kasar, mesti diperiksa.
Bagi anda yang terlepas siaran, boleh ikuti siaran ulangannya 27 November 2018, Selasa jam 9 malam.
Sumber: Pa&Ma TV Episod Kesan Anak Malnutrisi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu yang tengah hamil disarankan untuk mengambil vaksin Covid jika masih dalam tempoh yang sesuai dengan usia kehamilan. Tak perlu nak risau kerana kajian membuktikan vaksin ini selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.
Melalui perkongsian di instagram Dr Amalina Bakri, beliau juga menasihatkan ibu hamil mendapatkan secepat mungkin vaksin ini dalam keadaan kes yang semakin meningkat.
Kepada ibu mengandung, saya mengalakkan anda untuk dapatkan COVID vaksin secepat mungkin. Kajian menunjukkan, mereka yang mendapat jangkitan COVID semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk (severe illness) & increased hospital admission berbanding dengan mereka yang tidak mengandung dan risiko lebih tinggi untuk ‘preterm birth & stillbirth’ (Gurol-Urganci et al 2021).
Kajian (7530 vaccinated vs 7530 matched unvaccinated women) menunjukkan ibu mengandung yang mendapat vaksin mendapat perlindungan dan risiko lebih rendah untuk mendapat jangkitan berbanding mereka yang tidak vaksin (Goldshtein et al 2021).
Setakat ini ~ 130 000 ibu mengandung di US dan ~50 000 di UK sudah mendapat vaksin tanpa ada isu keselamatan terhadap ibu dan bayi (RCOG 2021). Data menunjukkan vaksin adalah selamat untuk ibu mengandung dan kandungan (Male et al 2021).
Data dari UK menunjukkan ibu mengandung yang mendapat 2 dos lengkap tidak dimasukkan ke hospital kerana COVID kerana mereka sudah mendapat perlindungan dan mereka yang mendapat jangkitan teruk adalah mereka yang tidak divaksin atau belum mendapat dos kedua (RCOG guideline 2021).
Vaksin tidak menyebabkan masalah kesuburan (infertility) (Moris 2021). Vaksin juga tidak meningkatkan risiko keguguran (miscarriage) (Shimabukuro et al 2021).
RCOG guideline mengatakan vaksin boleh diberi kepada ibu mengandung tidak kira di mana stage pregnancy (with informed consent) dan pakar mengatakan wanita mengandung perlu melengkapkan 2 dos sebelum melahirkan atau sebelum masuk third trimester kerana ini adalah peringkat yang paling genting dimana risiko paling tinggi adalah semasa third trimester.
Ibu mengandung tidak kira gestation age digalakkan untuk mendapat vaksin kerana risiko yang sangat tinggi kepada mereka. (RCOG guideline 2021).
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adik dan abang berkongsi tarikh lahir sama. Rezeki 29 Julai! Itu kegembiraan dan rasa syukur yang diluahkan oleh Nur Nabila Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai MUA Bellaz yang selamat melahirkan anak keempatnya hari ini.
Kebetulan pula tarikh 29 Julai adalah tarikh lahir anak ketiga Bellaz, Muhammad Aisy Ean Yusuf.
Berita gembira itu dikongsi di laman instagramnya dengan mengucapkan Allahuakbar dan alhamdulillah atas kelahiran anak perempuan kedua daripada empat beradik.
“Sedap & unik namanya..”
Dalam perkongsian itu juga, Bellaz turut berkongsi nama bayi perempuannya, Nur Aisywara Nealofa dan ramai yang memuji pemilihan nama tersebut.
Walaupun baru nampak sipi-sipi saja wajah Nur Aisywara Nealofa, tetapi ramai yang boleh agak wajahnya iras Bellaz dan kakak sulungnya. Ibu ayah elok, mesti anak pun lawa kan! Lagipun Bellaz juga ada kacukan Turki-Melayu.
“Merahnya bibir dia..”
Terdahulu, MUA Bellaz mempunyai tiga orang cahaya mata, Iris Arisya, Mohd Aidil Mikhali dan Ean Yusuf.
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...