Penggunaan botol susu memang keperluan si manja. Ibu ayah perlu tahu langkah yang betul untuk memastikan cara bancuh susu betul dan mencucinya. Salah cara boleh buat anak jatuh sakit!
Kerap kali perkara ini mungkin diabaikan atau dipandang remeh tanpa mengetahui perkara yang ringkas sebegini boleh menjadi punca masalah kesihatan anak!
Jururawa,t Puan Bel Nawhen telah berkongsi tentang perkara ini. Perkongsian ini sama sekali tidak bertujuan untuk menggalakkan pemberikan susu formula dan menidakkan penyusuan susu ibu. Ia adalah sekadar perkongsian panduan oleh beliau.
Anda harus ingat.
Info tambahan:
#1 KERAP MENCUCI PUTING BOTOL SUSU ANAK
Semasa mencuci puting susu , anda perlu bersihkan ia dengan span lembut supaya ia tidak mengoyakkan puting. Pastikan setiap sudut dicapai hingga ke hujung puting susu. Asingkan setiap bahagian dan komponen botol susu.
#2 ELAK BIARKAN SISA SUSU TIDAK HABIS BERLAMA-LAMA DIDALAM BOTOL
Sisa susu perlu terus dibuang kerana ia boleh menjadi medium pembiakan kuman dan bakteria, menjadi basi dan menimbulkan bau yang kurang enak. Ini secara automatik akan menyebabkan kebersihan botol susu menjadi terganggu.
#3 PASTIKAN BOTOL SUSU SENTIASA KERING
JANGAN simpan ia terus dalam keadaan basah dan tertutup, botol yang basah dan tidak kering dengan sempurna serta dibiarkan tertutup akan menjadi perumah kepada bakteria dan kuman. Segera keringkan botol setelah dibersihkan atau anginkan ia dengan meletakkan di tempat rak yang dikhaskan bagi mengeringkan botol dan puting.
#4 STERILKAN BOTOL DAN PUTING SECARA BERKALA
#5 GUNA CECAIR PEMBERSIH BOTOL
Gunakan cairan pembersih botol susu yang betul dan berus yang betul. Bukannya menggunakan cairan pencuci pinggan mangkuk dan mencampur span cuci pinggan. Pastikan botol dibilas sempurna.
#6 MESTI ADA SEKURANG-KURANGNYA 3 BIJI BOTOL
Pastikan anda mempunyai lebih dari tiga botol susu untuk anak. Minimum dicadangkan adalah 5-8. Lagi banyak botol susu, lagi peluang jagaan botol boleh ditingkatkan. Bertukar-tukar botol susu boleh membenarkan botol bergilir-gilir dibersihkan sempurna.
#7 PASTIKAN IA TIDAK ROSAK
Buang botol dan puting jika kelihatan merekah, koyak, pecah kerana bakteria mampu kekal hidup dan membiak dipermukaan yang telah rosak dan mamlu bertahan dengan lama.
#8 PERLU DITUKAR
Tukar botol sekurang-kurang setiap 3bulan-6bulan sekali atau sekurang-kurang apabila botol telah berubah warna, kelihatan kekuningan dan bercalar sana sini.
Justeru, jika anak yang mengambil susu formula menggunakan botol susu mengalami cirit birit, perhatikan cara pengendalian botol susu dan puting sebelum melihat kepada faktor penyumbang yang lain.
Masih ada yang melakukan kesalahan dalam menyediakan susu formula untuk anak. Ingat, susu perlu dibancuh ikut sukatan yang betul seperti arahan pada tin.
Nota kaki:
Post ini bukan menggalakkan penyusuan susu formula kepada bayi tetapi lebih kepada pemberian info bancuhan yang betul.
Sumber: Bel Nawhen