Membedung bayi telah diamalkan dalam masyarakat kita sejak berabad lamanya. Kebanyakannya bersetuju bahawa dengan membedung bayi, ia akan memberi rasa aman kepada bayi.
Ada juga yang menganggap bahawa membedung bayi adalah salah satu cara untuk mendapatkan bentuk kaki bayi yang lurus dan tidak ‘kengkang’.
Dr. Nicholas Clarke, melalui Archives of Disease in Childhood menekankan bahawa setiap ibu bapa perlu mengetahui cara membedung bayi dengan betul. Masih ramai yang mungkin kurang sedar mereka melakukan cara yang salah semasa membedung bayi.
6 PERKARA IBU MESTI TAHU TENTANG CARA BEDUNG BAYI
Beberapa perkara yang harus diperhatikan dalam cara bedung bayi adalah seperti berikut.
1. BIARKAN ADA RUANG UNTUK KAKI BAYI BERGERAK
Mungkin kebanyakan ibu yang menarik dan menekan kaki bayinya sebelum melilitkan kain bedung kerana mempercayai cara ini mengelakkan kaki bayi ‘pengkar’.
Menurut pakar, apabila kaki dan pinggul bayi tidak bebas untuk bergerak, ia akan meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia, iaitu gangguan pembentukan sendi pinggul di mana bahagian atas tulang peha tidak berada tepat di soketnya. Untuk jangka masa panjang, ia dapat menyebabkan masalah perkembangan pada persendian kaki dan pinggul bayi.
2. PENTINGNYA MENGEMASKAN BAHAGIAN ATAS BEDUNGAN
Ads
Sesetengah ibu terlalu memberi perhatian kepada bedungan bawah (bahagian kaki) dan memberi kelonggaran pada bahagian atas. Sebenarnya, cara ini adalah terbalik daripada yang sebetulnya.
Sepatutnya, ibu perlu memastikan lengan bayi dibedung dengan kemas dan terlilit rapi. Hal ini penting kerana bedungan atas yang terlepas tanpa disedari boleh menjadi faktor bayi lemas atau risiko SIDS (sudden infant death syndrome).
3. PASTIKAN SEMUA KEPERLUANNYA TELAH DIPENUHI TERLEBIH DAHULU
Jika anda mahu membedung bayi, pastikan dahulu bahawa bayi sudah menyusu dan lampinnya tidak basah.
Ads
Apabila keperluan ini tidak dipenuhi, bayi mungkin akan meragam dan tidak rasa selesa ketika dibedung.
4. SAMPAI BILAKAH BAYI PATUT DIBEDUNG?
Menurut The American Academy of Pediatrics, bayi sebenarnya tidak perlu dibedung lagi apabila mereka sudah boleh berguling, iaitu sekitar usia 2-3 bulan. Apabila bayi sudah kuat untuk berguling, mereka mungkin boleh tertiarap sendiri tanpa dapat melepaskan lengan, lalu menghalang pernafasan.
Dalam usia ini juga, biasanya refleks ‘terkejut’ atau ‘startle reflex’ akan berkurang dan bayi akan dapat tidur dengan lebih lena.
5. ELAKKAN MEMBEDUNG TERLALU LAMA
Ads
Namun jika bayi kelihatan tidak selesa dan sukar tidur tanpa dibedung, bolehlah anda terus membedungnya untuk beberapa bulan lagi untuk membantunya tidur. Apapun, elakkan membedung terlalu lama kerana sesetengah sumber berpendapat selepas usia tersebut, bedung mungkin menghalangnya daripada bergerak-gerak dan mengganggu perkembangannya.
Tanpa bedung, skin-to-skin contact antara bayi dan ibu dapat berlaku dengan lebih kerap, lalu membantu mengeratkan hubungan serta memberi rasa selesa kepada bayi.
Kini telah terdapat pelbagai produk yang dijual di pasaran khas untuk membedung bayi. Dengan rekaan dan corak yang comel, ibu-ibu mesti rambang mata untuk memilih!
Perlu diingat, faktor penting dalam pemilihan kain bedung ini antaranya adalah kesesuaian fabrik tersebut dengan suhu di negara kita. Pastikan kain tidak terlalu tebal sehingga membuat bayi terlalu panas dan tidak selesa apabila dibedung.
Penderitaan adik Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan di bahagian mulut sebelum ini dan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia, kini mula menunjukkan perkembangan yang baik setiap hari.
Perjalanan bayi istimewa ini ibarat begitu dekat di hati orang ramai bermula dari Ainul sakit hinggalah kini mampu melemparkan senyuman manis. Selepas hampir dua bulan menjalani pembedahan, perubahan dan aura positif dalam diri Ainul buatkan ramai yang tertunggu-tunggu perkembangan barunya.
Pandai peluk bantal sendiri
Hari demi hari ada sahaja berita menarik mengenai perkembangan Ainul yang menjadi perhatian seluruh negara. Selepas pulang dari London dan ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur, Ainul terlihat sangat ceria dan tiada lagi berita menyayat hati mengenainya.
Terbaru bapa Ainul, Ahmad Safiuddin telah memuat naik satu video anaknya yang sudah genap setahun berbaring sambil memeluk bantal peluk sendiri. Situasi comel tersebut telah menunjukkan bahawa Ainul tidak lagi mengalami sebarang komplikasi.
Pada muat naik susulan selepas posting video tersebut, Safiuddin turut menyertakan gambar terkini Ainul. Jelas sekali wajahnya telah kelihatan normal dan semakin berisi.
Terus sihat sayang!
Sehubungan dengan itu, rata-rata rakyat Malaysia telah meninggalkan komen di ruangan instagram bapanya dengan memuji perkembangan positif Ainul yang semakin bijak.
Mereka juga seperti biasa tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan doa agar bayi kesayangan negara ini terus sihat seperti sedia kala.
Sumber: ig Ahmad Safiudinn
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tengok keletah comel Maryam pasti ramai yang geram. Mana tidaknya dia sentiasa cool bila jumpa dengan orang dan tak banyak kerenah.
Mawar akui ramai yang bertanyakan macam mana dia ajar Maryam supaya sentiasa relax dan mudah diurus.
“Tiada apa-apa rahsia pun cuma sejak dalam kandungan lagi Mawar dah rangsang Maryam dengan selalu bercakap dengannya seolah-olah dia ada di depan mata.
“Kita bercakap hari-hari dengannya dan baby pun dah kenal suara ibu. Cakap je yang baik-baik dan hasilnya memang sangat berkesan. Saya tengok Maryam sejak mula-mula dia keluar hinggalah sekarang memang sangat mudah diurus,” katanya di ruangan ig storynya.
Lagi satu rahsia yang Mawar buat pada anaknya adalah sentiasa panggil Maryam ‘Good Girl’. Ia ibarat doa dari mulut seorang ibu.
Sebab tu kalau Mawar balik kampung atau pergi mana-mana sekalipun tanpa Fizo, tiada masalah nak bawa Maryam berseorangan.
Jadi mana-mana ibu pun boleh buat cara macam ni. Tak kisahlah nak panggil good girl atau good boy ke, anak soleh atau apa saja gelaran yang baik untuk anak.
Didikan awal sebenarnya penting untuk membentuk keperibadian anak sejak dari kecil kerana ia adalah harta yang sangat bernilai buat semua yang bergelar ibu bapa.
Sumber: Mawar Karim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BABY baring MELENTANG dan helpless tu.
Umur baby tentunya 0-3 bulan ke bawah. Baby tak tahu buat apa-apa, mungkin mengagah sahaja.
Selalunya, ibu bapa akan biarkan saja. paling-paling bagi susu, salin lampin dan biarkan saja baby sendirian.
ANAK HANYA ADA MINDA BAWAH SEDAR
Namun, ibu bapa yang bijak, tahu, pada usia ini anak TIADA MINDA SEDAR. Yang wujud HANYA MINDA BAWAH SEDAR. Diserapnya semua perkara yang berlaku di kelilingnya.
Bayangkan ibu bapa yang tidak prihatin tinggalkan anak dengan orang yang mulutnya asyik memaki dan mencela orang, itulah yang diserap. Orang di sekeliling anak itu pula asyik bergaduh dan bekelakuan kasar….serap lagi!
ANAK SERAP SEMUANYA, TIADA FILTER!
Aduh! mama papa bercakap penuh berbudi bahasa….sedar-sedar bila anak pandai bercakap…akhlaknya kasar dan perkataannya kasar…dari mana datangnya?..Ya! dari apa yang dia serap semasa 0-3 bulan!
Kalau si ayah selalu memarahi si ibu atau si ibu memarahi si ayah di hadapan anak, maka terseraplah tenaga marah ke dalam diri anak itu. Bila dia besar sikit, si ibu dan bapa hairan kenapalah si anak ni cepat sangat marah dan mempunyai perangai cepat marah.
Emmmm….jangan pandang rendah lagi apa yang boleh dibuat pada anak anda yang berumur 0-3 bulan.
BAGI INPUT POSITIF, ELAKKAN GAJET
Ambil masa, cium, agah dan yang penting bercakap dengan anak itu. Tunjuk itu dan ini. Beri input…bacakan buku yang banyak gambar…janganlah pula bagi ipad atau tengok TV. Kesian sel otaknya!
Anak umur 0-3 bulan, sangat memerlukan input positif anda. Lapangkan masa bagaimana sibuk pun. Cari jalan untuk bercakap dan bersembang dengannya.
Bersembang? Ya bersembanglah dengannya. Kata nak anak cepat bercakap.