Silap cakap dan perbuatan ibu bapa akan menyebabkan anak kurang yakin diri .Sebenarnya apabila ibu ayah memberi pujian dan tidak membandingkan anak, ia adalah cara untuk bentuk yakin diri anak, sekali gus beri kesan kepada sikap anak untuk lebih berdikari apabila dewasa nanti.
Nyata untuk menjadi ibu bapa yang hebat tentunya memerlukan cara yang betul dalam mendidik anak. Jika salah didikan akan memberi kesan negatif pada keyakinan anak.
Ibu bapa diharap ambil perhatian dengan apa yang dikongsikan oleh Pendidik Ilmu Keibubapaan Dr Taufiq Razif.
5 CARA MUDAH NAK NAIKKAN SELF ESTEEM ANAK KITA
Saya pernah jumpa kanak-kanak yang rendah diri sangat. Budak tu tak banyak bercakap sangat.
Dia ingat dirinya bodoh, tak berguna, tak setanding dengan orang lain. Bila saya puji kepandaian dia congak soalan matematik dengan sangat cepat budak tu tersengih riang macam tak percaya ada orang yang hargai kemampuan dan bakat dia.
Perlahan-lahan saya dapat rasakan self esteemnya semakin naik. Ya, hanya dengan pujian simple je.
Sebak pulak saya!
Jadi saya rasa saya kena kongsi pada korang semua 5 cara paling mudah untuk naikkan self esteem anak kita sendiri :
- Puji usaha anak kita, bukan cuma hasilnya
▪Ada anak kita belajar siang malam kita tak nampak pun
▪Kita cuma nak nampak skor A je. Sepatutnya kita nampak juga pengorbanan anak kita yang struggle siang malam tu
▪Usaha keras anak tu la nanti yang akan berguna untuk anak survive bila dah dewasa nanti
- Bagi anak kita pilihan
▪Kadang kadang kita terlalu Authoritarian ataupun Bossy sehingga anak kita kena ikut je apa kita nak. Dah la tak bagi anak kita pilihan pula tu
▪ Lama kelamaan anak kita rasa dirinya tak layak untuk bagi pendapat dan buah fikir walaupun dah dewasa nanti
- Bagitahu anak kita tak semua orang sempurna
▪ Anak-anak yang terdedah dengan Instagram dan media sosial yang mengetengahkan kesempurnaan ‘image & lifestyle’ sangat mudah develop self esteem yang rendah
▪ Jangan sampai kita pula yang mekap dan dandankan anak kita secara berlebihan hanya kerana nak dilihat ‘insta-worthy’ hingga anak akhirnya menjadi ‘mini adult’
▪ Bagitahu je anak kita macam ni ” alaah kat insta je cantik macam tu. Duk rumah pakai baju kelawar jugak tu nak “
▪ Bagitahu anak kita semua ada kelemahan dan kekurangan. Kita manusia. Kelemahan dan kekurangan adalah sesuatu yang normal
- Bagitahu anak kita yang dia istimewa di mata kita
▪ Bagitahu anak kita biarlah apa pun orang nak kata, dia tetap yang paling istimewa di mata kita
▪Bagitahu dia juga yang pandangan orang lain tak penting. Yang penting adalah bagaimana pandangan dalaman dia tu terhadap diri sendiri ( self image )
- Jangan bandingkan anak anak kita
▪Bagitahu anak kita yang masing-masing ada potensi unik masing-masing
▪Ada anak tu Word Smart. Petah betul bercakap dan berpidato tapi bukannya Body Smart. Suruh lari dan main bola sikit dah mengah dah
▪Ada anak tu dia Logic Smart. Subjek Math dan Sains semua dia tapau A tapi bila suruh menyanyi lagu Boboiboy Galaxy hancur lebur tempo dan liriknya sebab dia bukannya Music Smart
Tolong sampaikan info ni pada semua mak ayah ye. Bagi saya benda ni semua mak ayah wajib tahu
p/s : Ajak juga mak ayah yang lain join Telegram saya untuk belajar cara mendidik anak dengan lebih dalam. Klik je link ni t.me/NotaTaufiqRazif
Sumber: Taufiq Razif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI