Ada anak kecil, memang kena sentiasa beringat. Kadang sesuatu perkara yang tak dijangka boleh berlaku sekelip mata. Begitu juga yang berlaku kepada bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi Wan Mohd Noh dan isteri apabila bayinya berusia dua minggu jatuh dari ketinggian satu meter.
Menurut perkongsian Najdi di Mstar, dia hanya mampu menyalahkan dirinya sendiri kerana bayi keempatnya, Wan Mishary yang ditinggalkan atas meja di tingkat bawah kira-kira dua minit jatuh setelah ditinggalkan sekejap.
“Lepas tukarkan baju baby, saya biar atas meja. Sepatutnya letak atas katil dulu. Isteri waktu tu sedang mandi.
“Saya naik atas sekejap untuk tukar baju. Baru sekejap tinggalkan, tiba-tiba dengar baby menangis dan jatuh.
Ads
“Saya orang terakhir yang pegang, kesilapan datang daripada saya. Lepas kejadian itu saya dan isteri hanya mampu berdoa dan menangis. Kami saling salahkan diri, ” katanya dalam keadaan kesal.
Setelah kejadian itu, terus bawa bayi ke Hospital Kajang untuk dapat rawatan. Alhamdulillah, pakar buat ultrasound dan syukur tiada pendarahan. Cuma masa tu tetap kena monitor 24 jam.
“Setakat ini, keadaan bayi nampak okey cuma bila bangun nampak bayi sedikit terkejut. Ada kesan bengkak di kepala bahagian kiri,” kongsinya dengan memaklumkan anaknya sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Ads
Tambah Najdi, kejadian berlaku pada pagi Hari Raya Aidiladha benar-benar menginsafkannya.
Menurut bapa kepada empat cahaya mata ini, ia berlaku ketika anak keduanya ingin menarik kain lampin yang digunakan membalut bayi.
“Saya tak salahkan sesiapa cuma agak terkilan keadaan ini berlaku.
Ads
“Harap dengan apa yang berlaku ini boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa lain terutama dalam menguruskan anak yang masih kecil,” katanya.
Najdi dan Dr Norazreen mendirikan rumah tangga pada 2016 dan hasil perkongsiannya hidup selama lima tahun dikurniakan empat cahaya mata, Wan Nur Maisarah, 5, Wan Mustapha, 3, Wan Medina, 2, dan Wan Mishary, 2 minggu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerajaan Selangor akan mengadakan pertemuan khas bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berhubung kemungkinan penutupan taska, tadika dan pusat jagaan harian di negeri itu, susulan peningkatan kes mingguan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Menteri Besar Amirudin Shari, berkata setakat ini beliau belum memperoleh maklumat terperinci dan laporan terbaharu mengenai penyakit terbabit.
“Kita akan bermesyuarat dengan JKNS minggu ini bagi memperincikan statistik kes terbaharu HFMD.
“Keputusan sama ada untuk menutup sekolah atau tadika akan diputuskan selepas perbincangan khas itu nanti,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Sehingga 7 Mei, jangkitan HFMD di Selangor berjumlah 6,748 kes dengan kes mingguan melebihi paras amaran.
Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Dr Sha’ari Ngadiman dilaporkan, berkata daripada bilangan berkenaan, 4% daripadanya dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan lanjut dan selebihnya menerima rawatan pesakit luar.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, pihaknya akan meminta kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) bagi membincangkan isu berkenaan kelak.
“Bagaimanapun, ia bergantung sepenuhnya kepada tindakan dan saranan lanjut oleh JKNS kelak.
“Kita tahu kes penyakit berjangkit amat membimbangkan dan berharap ia terkawal,” katanya.
Beliau berkata, sesi mesyuarat khas itu turut akan memfokuskan isu Covid-19, denggi dan penyakit rabies.
Anda pasti sudah tahu tanda-tanda bayi demam, kan? Badannya panas, dia rasa tidak selesa dan asyik merengek.
Waktu itu, semua ibu bapa akan mula risau. Lebih-lebih lagi kalau suhu badan mereka pula makin meningkat.
Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.
Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Kalau anak demam panas boleh guna cara nie. Tak kisahlah anak masih bayi atau dah menginjak usia kanak-kanak.
Perkongsian dari Puan Hani ini boleh dicuba. Menurutnya cara ini memang cepat menurunkan suhu panas anak.
Biarlah orang kata mama cerewet sangat pun, tapi hakikatnya untuk kesihatan anak semua itu tak dihiraukan. Lagi-lagi dengan penularan virus HFMD yang semakin membimbangkan.
Begitu juga dengan pelakon Hanez Suraya yang bimbang dengan penularan virus HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut) pada anak perempuannya, Putri Aleesya apabila dia mendapati ada ulser di dalam mulut anakya.Hanez bagaimanapun bersyukur kerana Aleesya bebas daripada penyakit itu.
“Dapat je tahu Aleesya ada ulcers dalam mulut terus paranoid bawak pergi hospital check. Lagi sekarang tengah virus HFMD.
“Bila dah check darah Alhamdulillah takde symptoms tu. Cuma ulcers sebab panas,” tulisnya menerusi entri di laman Instagram (IG) miliknya.
Selain itu, Hanez turut meminta ibu bapa di luar sana supaya lebih berjaga-jaga supaya virus tersebut tidak terus merebak.
“Tadi baru dapat berita ada yang kena terus tak berani nak hantar Aleesya ke school.. Takut…… so ibu bapa di luar sana, check lah tapak tangan, kaki, lidah anak-anak ya.
“Kadang2 ada 1 spot je dah bole merebak teruk. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT. Amin,” tulisnya lagi.
Kredit: ig Hanez Suraya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantal lama yang jarang dicuci boleh menyebabkan kulit bantal menggelupas atau mengelupas akibat habuk, kelembapan, dan kulat.
Keadaan ini bukan sahaja membuatkan bantal kelihatan lusuh,...