Anak-anak kecil kita sememangnya cukup peka dengan benda-benda di sekelilingnya. Semut yang merayap pun dia nampak inikan pula silica gel yang bertaburan di lantai. Awas, jangan biarkan gel ini bertaburan di atas lantai. Banyak kesannya pada anak, jika termakan gel ini.
‘Silica Gel’ yang selalunya kita jumpa dalam kotak kasut atau beg tangan adalah sama fungsinya dengan ‘Oxygen Absorber’ di dalam bekas vitamin atau pek makanan lain.
Menurut perkongsian daripada Pusat Racun Negara, kedua-dua gel ini adalah berbahaya kepada anak-anak kecil. Pusat Racun Negara seringkali menerima laporan kes termakan kedua-dua bahan ini terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Pernahkah anda menjumpai bungkusan kecil yang mengandungi biji-biji kecil lutsinar yang tertulis ‘Silica gel’ di dalam kotak kasut yang baru atau ‘Oxygen absorber’ di dalam botol vitamin yang baru dibuka?
Ada di antaranya disebabkan oleh rupa ‘Silica gel’ yang seakan-akan gula-gula dan menarik perhatian kanak-kanak untuk membuka bungkusan dan memasukkan kandungannya ke dalam mulut.
Ads
Pusat Racun Negara seringkali menerima laporan kes termakan kedua-dua bahan ini terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Percaya atau tidak? Ada juga orang dewasa yang termakan ‘Oxygen absorber’ dengan mi segera kerana bungkusannya menyerupai bungkusan perencah mi segera.
Fungsi kedua-dua bahan ini?
‘Silica gel’ adalah penyerap lembapan manakala ‘Oxygen absorber’ adalah penyerap oksigen dan mempunyai FUNGSI YANG SAMA.
Ads
Kedua-duanya diletakkan di dalam bungkusan produk supaya sesuatu produk itu tidak mudah rosak, tidak teroksida atau tidak berkulat, dan memanjangkan jangka hayat produk.
Namun, apakah perbezaan antara penyerap lembapan dan penyerap oksigen?
Perbezaan Penyerap Lembapan Dan Penyerap Oksigen
Ads
#1 KEGUNAAN
Kegunaannya mungkin berbeza mengikut kesesuaian produk. Penyerap lembapan biasanya diletakkan dalam produk pembungkusan seperti kasut atau beg tangan. Manakala penyerap oksigen pula biasa didapati dalam pembungkusan produk-produk makanan dan ubat-ubatan.
#2 KERACUNAN Kebiasaannya kandungan penyerap lembapan adalah gel silika. Secara umum, gel silika tidak beracun namun berpotensi menyebabkan saluran pemakanan tersumbat jika termakan dengan jumlah yang sangat banyak terutamanya oleh kanak-kanak kecil.
Penyerap oksigen pula kebiasaannya diperbuat daripada serbuk besi (‘iron’) yang berwarna hitam. Bahan ini adalah toksik dan jika seseorang keracunan besi, ia akan menyebabkan simptom-simptom seperti muntah-muntah, cirit-birit (najis berwarna hitam) dan sakit perut.
Malah, keracunan yang teruk boleh menyebabkan muntah darah, tekanan darah rendah, paru-paru berair dan kerosakan hati.
Oleh itu, berhati-hatilah menyimpan produk yang mempunyai kedua-dua bahan ini. Sentiasa pastikan bahan ini disimpan jauh daripada capaian kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dugaan ketika hamil sudah cukup banyak untuk ditanggung para isteri. Kemudian apabila bersalin, bukan mudah bertarung nyawa untuk melahirkan anak. Sebagai seorang suami yang bertanggungjawab dan prihatin akan keadaan isteri, berilah sokongan terbaik kepadanya.
Tahukah anda, dalam sesetengah kes terdapat suami yang meminta doktor untuk membuat daddy stitch untuk kepuasannya sendiri?
Dr Sandra berkongsi akan hal ini di akaun TikToknya memberitahu tujuan jahitan ini adalah untuk kepuasan seks selepas bersalin kerana para suami percaya ia akan membuatkan faraj menjadi ‘ketat’ semula.
Terdapat kesan sampingan seperti kesakitan dan rasa perit akibat jahitan ini. Lebih teruk lagi, daddy stitch boleh menyebabkan pendarahan serius. Dalam sesetengah kes, isteri juga tidak dimaklumkan tentang hal ini dan hanya tahu tentang hal ini apabila membuat pemeriksaan dengan doktor.
“Daddy stitch ni adalah sesuatu yang menyedihkan untuk wanita ye.”
Di dalam videonya juga, Dr Sandra menyarankan agar jahitan ini tidak dilakukan kerana ia akan menyebabkan kesakitan pada fizikal dan emosi si isteri. Dalam sebuah video lain, Dr Sandara juga mengatakan isteri tidak mungkin akan meminta untuk diberikan jahitan ini. Kebiasaannya ia dilakukan di luar pengetahuan mereka.
“Bila buat check up, baru tahu ada jahitan tambahan. Sebab selalu rasa sakit bila ‘bersama’.”
Semoga dengan perkongsian Dr Sandra ini dapat memberi ilmu dan manfaat kepada para suami dan juga isteri tentang daddy stitch ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Demi menyahut seruan kerajaan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 di negara kita, Ummi Nazeera mengikut sarana kerajaan untuk kuarantin diri selama 14 hari selepas pulang dari luar negara. Dia juga telah menjalani ujian saringan di sebuah hospital swasta secara drive thru sahaja.
Melalui akaun Instagram, Ummi berkongsi video ketika dia menjalani proses ujian saringan serta slip keputusan ujian tersebut.
Tambah Ummi, jika ada kemampuan untuk pergi luar negara, tidak salah rasanya untuk memperuntukkan wang melakukan ujian saringan ini. Ummi memberitahu proses saringan ini tidak lama, sekitar 10 minit sahaja. Walaupun sedikit pedih, tetapi katanya berbaloi untuk mengetahui tentang kesihatan diri.
Selain melahirkan rasa syukur kerana bebas dari jangkitan virus itu, Ummi juga menitipkan pesanan agar rakyat Malaysia yang ada ke luar negara untuk bersikap jujur serta mengkuarantin diri mereka bagi membantu mengatasi penularan wabak ini.
Berikut Pa&Ma kongsikan cara membasuh tangan dengan cara yang betul seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini pun penting juga kerana salah satu aspek yang penting bagi mengelakkan jangkitan virus ini adalah untuk kita menjaga kebersihan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai suami yang takut untuk menemani isteri mereka bersalin. Tapi sebenarnya, anda tidak perlu takut dan jangan biarkan isteri anda bersalin seorang diri tanpa ditemani. Kerana saat sukar itu kadang-kadang memerlukan suami di sisi. Jadi temanilah isteri anda.
Bila suami di sisi, isteri akan dapat lebih kekuatan untuk bersalin. Kesakitan memang tidak boleh dikurangkan, tapi dengan adanya emotional support dan physical support dari suami akan membuatkan isteri lebih kuat. Ikuti perkongsian dari Dr. Taufiq razif di facebooknya;
Kenapa Saya Tengok Isteri Bersalin?
Ni gambar tangan saya yang baru dipulas pulas dan diremas remas oleh isteri yang sedang bertarung di dewan bersalin.
Ya Rabbi! Sakit!
Tapi entah kenapa makin dia pulas pulas dan remas tangan saya ni, saya jadi makin sebak dan bahagia.
Setiap kali saya nampak matanya terpejam menahan sakitnya kontraksi, makin saya hulur tangan saya ni.
Pulas-lah!
Remas-lah!
Gigit-lah sayang!
Asalkan ia boleh mengurangkan kesakitan sayang!
Tapi hakikatnya tak berkurang pun. Dia tetap bertarung dengan kesakitan tu sendirian. Habis tu, kenapa saya berdegil juga nak tengok sendiri proses isteri saya bersalin tu??
– Saya nak bagi ’emotional support’ pada isteri saya sebenarnya. Walaupun saya tak mampu nak bagi painkiller pada jasadnya tetapi kehadiran saya tu sendiri adalah painkiller pada emosinya
– Saya nak tingkatkan Empati diri saya juga sebenarnya. Simpati semata-mata tak cukup. Ada masanya lelaki macam saya ni terlalu sibuk. Kesibukan terlampau boleh butakan mata hati kita sendiri sebenarnya.
– Tanpa empati, saya takkan boleh rasakan keletihan dan kesakitan isteri saya yang menjaga anak anak saya ketika saya jauh daripada rumah
– Saya juga nak bantu isteri saya ketika dalam dewan bersalin tu. Alhamdulillah semalam sempat juga la saya ‘wudhukkan’ dan bantu isteri saya solat Zuhur beberapa minit sebelum dia bersalin
– Saya juga bertanggungjawab nak bagi ‘physical support’ pada isteri saya masa kat dalam tu. Bayangkan masa tu isteri saya boleh nak gigit jari dia sendiri. Hampir berdarah jarinya! Mujur saya gantikan tangan dia dengan tangan saya!
– Masa tu isteri saya tengah mengalami ’emotional hijacking’ akibat kesakitan melampau. Dia dah tak boleh fikir rasional dah masa tu.
Saya sebagai suami la yang kena bantu. Tu la kenapa kami dicipta berpasangan. Untuk saling membantu dan melengkapkan!
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56.