“Kami sepakat pilih nama Jihady Nasywan.” Keluarga kepada Jahidah Nordin, 43, wanita koma yang melahirkan anak secara pembedahan malam tadi mencadangkan meletakkan nama bayi itu Jihady Nasywan.

Jihady daripada perkataan jihad dari segi bahasa bermaksud berjuang bersungguh-sungguh dipilih keluarga kerana kekuatan dan semangat bayi serta Jahidah yang bersama-sama berjuang meskipun berada dalam keadaan koma.

ARTIKEL BERKENAAN [“Kak Jahidah Stabil, Baby Sihat.” Wanita Koma Dipukul Suami, Selamat Bersalin]

Simbolik Kekuatan Kakak, Keluarga Jahidah Pilih Nama Baby, Jihady Nasywan

Berat bayi 2 kilogram

Adik kepada Jahidah, Fazariah Nordin, 38, berkata, kakaknya selamat melahirkan bayi dengan berat dua kilogram di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban kira-kira jam 9 malam dan dua beranak itu kini berada dalam keadaan stabil.

“Buat masa ini pihak keluarga belum mendapat tahu jantina bayi berkenaan kerana kami tidak dibenarkan untuk melawat kedua-duanya. Berdasarkan imbasan sebelum ini doktor memaklumkan bayi berkenaan adalah lelaki.

“Mungkin ini prosedur pihak hospital bagi memastikan jantina bayi disahkan oleh waris sebenar,” katanya.

Simbolik Kekuatan Kakak, Keluarga Jahidah Pilih Nama Baby, Jihady Nasywan

Ads

Lahir ketika kandungan 37 minggu

Fazariah berkata, berdasarkan makluman pihak hospital sebelum ini, Jahidah sepatutnya menjalani pembedahan 1 Disember, namun keluarga mendapat panggilan memaklumkan air ketuban pecah malam 30 November sebelum dimasukkan ke dewan pembedahan.

“Doktor menghubungi kami jam 11.30 malam memaklumkan kakak sudah selamat bersalin. Kakak dan bayi dalam keadaan stabil. Usianya baru 37 minggu dalam kandungan dan lahir lebih awal atau pra-matang,” katanya.

Semangat bayi kuat

Fazariah berkata, memandangkan imbasan sebelum ini menunjukkan kandungan Jahidah adalah bayi lelaki, keluarga berkira-kira meletakkan bayi berkenaan dengan nama Jihady Nasywan yang bermaksud kegembiraan perjuangan.

Ads

“Ketika kakak koma, kandungan baru berusia enam minggu. Meskipun dengan keadaan kakak yang tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya bagi ibu mengandung, namun bayi membesar dengan sihat.

Simbolik Kekuatan Kakak, Keluarga Jahidah Pilih Nama Baby, Jihady Nasywan

“Semangatnya kuat kerana sebelum ini kami pernah mengusap perut kakak, bayi sangat aktif bergerak. Perasaan saya sendiri bercampur baur ketika ini, gembira, bersyukur, sedih dan takut,” katanya.

Mengulas mengenai perancangan masa hadapan, Fazariah berkata, dia dan kakaknya Fauziah Nordin, 40, akan menjaga bayi berkenaan di Seremban kerana tidak mahu anak saudaranya itu berpisah jauh dengan ibunya.

Simbolik Kekuatan Kakak, Keluarga Jahidah Pilih Nama Baby, Jihady Nasywan

Ads

Sebelum ini, pada Mei lalu media melaporkan penjawat awam berusia 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor dilaporkan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei lalu.

Mangsa parah di kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.

Kredit: Metro; FB Fazariah Nordin

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Simbolik Kekuatan Kakak, Keluarga Jahidah Pilih Nama Baby, Jihady Nasywan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI