Figura yang satu ini sememangnya cukup dikenali sebagai seorang bapa yang cukup penyayang. Malah keakraban pengacara popular, Awal Ashaari bersama dua anak perempuannya, Lara Alana dan Lila Amina sememangnya tak mampu disangkal lagi. Melekat bagaikan magnet.
Mengenali bapa penyayang yang cukup hebat ini di atas pentas pengacaraan, siapa menyangka Awal Ashaari tidak mampu untuk berpisah lama dengan dua anak perempuannya, malah cukup sensitif bila berbicara soal anak.
Malah untuk berpisah lama dengan dua orang kesayangannya itu terasa cukup sukar buat Awal. Berkongsi cerita meninggalkan Lara dan Lila ketika mengerjakan umrah beberapa bulan yang lalu, Awal yang terpilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Papa Millenial 2023 ini berkongsi kisah dua buah hatinya menerusi sesi Live yang cukup menyentuh hati semua.
Akui Awal, dia punya cara sendiri bagi mengawal emosinya yang terlalu rindukan anak ketika berjauhan.
“Sebenarnya Awal dengan Scha ni kami ada dua ‘coping mechanism’ yang berbeza. Macam Scha kalau dia nak pergi ke mana-mana dia sedih waktu nak berpisah tapi dia ok sebab dia sentiasa call anak-anak,” ujar Awal memulakan bicara.
Lain pula kisahnya dengan bapa kepada dua cahaya mata ini yang punya terapi sendiri bila terlampau rindukan Lara dan Lila.
“Bagi Awal pula, saya sensitif dan sangat beremosi, lebih-lebih lagi nak berpisah dengan anak. Bila berpisah dengan anak, saya tak nak ada drama dan tak nak nampak kesedihan itu.
Ads
“Bila pergi umrah hari itu, jujurnya saya buat video call hanya tiga kali sahaja. Masa Scha buat video call dengan anak-anak pun saya akan cuba mengelak untuk cakap dengan anak-anak.
“Setiap kali kalau tinggalkan anak, ada benda yang saya buat. Contoh hari ini hari terakhir dengan anak, saya akan ambil baju dia masukkan dalam zip lock dan zip supaya bau tak hilang.
“Bila dekat sana, malam-malam kalau rindu, saya akan bukak dan bau dalam-dalam. Barulah saya rasa tenang. Lepas tu saya akan terus rasa ok. Itu cara saya dan saya buat ni dari Lara kecil dulu sampailah sekarang,” ujar Awal bercerita.
Berbeza tapi saling melengkapi
Akui Awal lagi, dia dan Scha sememangnya berbeza dalam mendidik anak-anak namun saling melengkapi. Scha sememangnya lebih tegas dan menjaga disiplin rutin harian anak-anak manakala dia sendiri lebih santai namun bertegas bila perlu.
“Saya ni kalau dengan anak saya lebih suka go with the flow. Saya lebih relaks dan lebih banyak terapkan bermain, bergurau dan body contact dengan anak-anak. Anak-anak kalau tak ada satu hari saya jadi macam resah.
Ads
“Perasan tu macam nak cepat balik, nak bau dan gomol anak tu lebih sebab kita buat semua itu hari-hari.
“Saya tak tegas tapi garang, kalau menjerit dari atas semua akan menikus hilang. Semua dah tahu kalau daddy datang maksudnya serius,” ujar Awal lagi ketika ditanya sisi kebapaannya bersama anak-anak di rumah.
Awal yang menjadi penerima anugerah Pa&Ma Gala Award bersama 19 selebriti mama dan papa lain turut berkongsi rasa kesedihan hatinya bila anak-anak semakin membesar.
“Bila kita ada anak ni, kita rasa masa berlalu sangat pantas. Saya rasa macam tak cukup dan masih tak puas lagi spent time masa dengan mereka. Kalau boleh saya nak ulang balik masa, saya nak kurangkan kerja, kurangkan keluar dan nak duduk dengan mereka.
Ads
“Saya dan Scha juga paling takut tunggu masa anak-anak ada life sendiri itu nanti datang dalam hidup kami. Kalau boleh nak simpan anak-anak duduk dengan kami sampai bila-bila tapi kami tahu semua itu tak mungkin akan terjadi,” luah Awal sebak.
Terdahulu, Awal dan Scha Al Yahya mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan, Lara Alana dan Lila Amina.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Anak dianggap penyeri dalam rumah tangga. Semestinya bagi pasangan yang berkahwin mengharapkan kehadiran si kecil sebagai pelengkap hidup suami isteri. Namun rezeki anak semuanya ketentuan ilahi.
Apa yang penting, usaha dan tawakal itu kunci segala-galanya. Mungkin bagi sesetengah pasangan, kahwin beberapa bulan dah hamil, namun ada yang bertahun-tahun menunggu pun masih belum ada rezeki sehingga tak mahu berharap lagi.
Bagaimanapun, dalam satu perkongsian di TikTok, kisah pasangan dari Indonesia ini menunggu selama 10 tahun kehadiran cahaya mata akhirnya tercapai. Apa yang mengejutkan adalah wanita berkenaan dikatakan tidak tahu pun dirinya sedang hamil 9 bulan ketika itu.
Wanita yang dikenali sebagai Riri itu berkata, mulanya dia dah pasrah belum ada rezeki menimang cahaya mata walaupun dah 10 tahun kahwin. Bagaimanapun, tanpa disangka-sangka, pagi buat ujian kehamilan, malamnya dah melahirkan anak.
Macam tak logik tapi hakikatnya memang sangat mengejutkan si ibu ini. Ia dianggap anugerah terindah yang tak disangka sama sekali, seperti bermimpi!
Petang sakit kontraksi, malam bayi selamat dilahirkan
Dalam pada itu di TikTok Bidan Zulfa, dia berkongsi bahawa Riri sempat membeli ujian kehamilan pada waktu pagi dan tidak menyangka yang dia disahkan positif hamil.
Walau bagaimanapun, pada sebelah petang, Riri mula merasakan sakit kontraksi seperti nak bersalin dan pada sebelah malam akhirnya dia selamat melahirkan seorang bayi yang sihat sempurna.
Dalam perkongsian tersebut, Riri menasihatkan kepada ‘pejuang garis dua’ yang menantikan kehadiran anak, jangan berputus asa. Sentiasalah berdoa, pasti di akhirnya ada kemanisan.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja nama Jebat Jayden, pasti sudah terbayangkan kepetahan Jebat dengan aksi spontannya menjawab pelbagai soalan.
Si comel Jebat yang kini berada di Tanah Suci bersama seluruh keluarganya tetap menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, ada sahaja aksi comel Jebat sepanjang berada di sana.
Salah satu video yang dikongsikan oleh ibunya adalah telatah comel Jebat yang berkongsi perkongsian ketika sedang beristirehat di sana.
“Kalau kita minum banyak, muscle kita jadi yembek yembek,” kata Jebat melalui videonya.
Bahkan aksi dan celoteh Jebat yang sempat bertazkirah turut dimuat naik oleh ibunya di Insta Story. Memang petah dan comel.
Anak cilik itu petah bercerita mengenai manfaat minum air zam- zam kepada keluarga. Malah, ketika ahli keluarga bertanyakan soalan berkenaan solat, Jebat terus menjawab dengan yakin. Langsung tidak kekok.
“Letak tangan atas peha, auto macam Baba dia”
Paling menarik perhatian pastinya gaya bersahaja Jebat yang seakan-akan gaya ayahnya ketika berceloteh panjang.
Dengan tangan yang diletakkan di peha, aksi comel Jebat tak ubah seperti ayahnya Sharnaaz yang dikenali dengan gaya bersahaja ketika bercakap. Sama!
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Jebat Jayden yang begitu petah malah begitu baik sepanjang berada di Tanah Suci.
Bahkan wargamaya turut memuji kecerdikan kanak- kanak 5 tahun itu walaupun sedikit pelat, namun berusaha untuk bercakap dengan orang sekeliling.
Kehilangan insan tersayang pastinya memberi kesan kepada kita. Rasa rindu yang tidak berkesudahan ketika mengenang segala memori ketika bersama akan membuatkan kita menjadi sedih.
Bukan mudah untuk melupakan terutamanya jika anak yang masih kecil kehilangan ibu atau ayah. Mungkin sedikit sukar untuk memahami situasi jadi sering teringat dan terkenangkan insan yang telah ‘pergi’.
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @omokgendut18, kelihatan seorang kanak-kanak sedang melihat sesuatu di handphone sehingga mengalirkan air mata.
Tidak berkata apa-apa, dia hanya senyap dan matanya fokus melihat di skrin handphone. Kemudian air matanya mengalir menunjukkan betapa dia sedang merindukan seseorang.
“Mokkk.. Kamu rindu ayah ke? Dikkk… Kamu rindu ayah ke?”.
Tidak menjawab soalan yang diajukan, dia hanya mengangkat mukanya sambil menangis. Menurut kapsyen pada video, dia sedang menonton video arwah ayahnya.
Memang jelas sekali kerinduan adik ini terhadap ayahnya. Pasti banyak kenangan mereka sekeluarga yang menjadi pengubat rindu sekiranya mereka teringat pada arwah.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Semoga mereka sekeluarga tabah menjalani ujian berat ini. Bukan mudah melalui saat-saat kehilangan insan tersayang, pasti sentiasa merindui. Menurut perkongsian ibunya, adik ini sudah mulai faham mengapa ayahnya tidak akan pulang. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham ayah adik ini.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.