Boleh dikatakan setiap rumah mesti ada cili api atau cili besar untuk digunakan dalam masakan. Biasanya paling sikit dibeli pun segenggam. Ini kerana jika beli banyak risau ia mudah busuk walaupun disimpan dalam peti sejuk.
Kadang rasa rugi juga beli kalau tiba-tiba nak guna dah rosak kan? Biasanya kebanyakan daripada kita menyimpan dengan alas tisu dan diletakkan bawang putih sebelum diletakkan dalam bekas untuk kekal segar.
Namun kali ini tip yang dikongsikan oleh Puan Haslinda yang menyimpan cili dalam botol dan kesegarannya terjamin sehingga 8 bulan benar-benar wow!
Cara menyimpannya simple sangat. Hanya guna botol air mineral atau minuman.
Berikut antara perkongsiannya:
Ads
Jiran berkebun tuai berkilo-kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar. Tips untuk simpan cili besar agar tahan lama.
Menjengah di ruangan komen pula, penulis mendapati Puan Haslinda telah membalas pertanyaan-pertanyaan dari pengikut laman tersebut berkenaan penyimpanan cili yang lebih terperinci.
Malahan, bukan hanya cili besar sahaja tetapi cili api pun boleh ikut cara ini dan rasanya masih sama walaupun disimpan lama. Ini cara-caranya yang dapat disimpulkan:
CARA-CARA SIMPAN CILI DALAM PETI SEJUK
Ads
1. Basuh cili terlebih dahulu, kemudian di tos sehingga kering.
2. Sediakan sebuah botol mineral dan masukkan cili tadi ke dalamnya.
3. Cili tidak perlu dibuang tangkai dan tidak perlu dimasukkan air juga.
Ads
4. Kemudian tutup botol dengan penutup botol.
5. Simpan botol berisi cili di dalam peti sejuk di bahagian bawah iaitu tempat simpanan sayur.
Ibu, bersediakah anda untuk mengandung lagi? Sebenarnya ada beberapa perkara perlu difikirkan sebelum membuat keputusan menambah jumlah anak.
6 perkara perlu dipertimbangkan sebelum mengandung lagi
Memutuskan untuk ingin menambah zuriat lagi atau tidak boleh menjadi perkara yang sukar kerana ia bukan sahaja melibatkan diri dan pasangan tetapi juga anak yang sudah ada dalam keluarga.
Tidak kiralah menambah anak kedua, ketiga atau seterusnya, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam membantu anda membuat keputusan terbaik.
Amnya, merancang keluarga adalah perkara yang sangat peribadi. Perancangan sama ada menjadi ibu bapa buat kali pertama, kedua atau seterusnya, ia bukanlah keputusan mudah.
Banyak perkara perlu dinilai sebelum sebarang keputusan diambil seperti usia anda dan anak sulung (jika merancang untuk anak kedua) dan keadaan kewangan.
1. Pendapat pasangan sebelum mengandung lagi
Anda dan pasangan perlu mempunyai pandangan yang sama mengenai isu menambah zuriat ini. Mungkin anda mahukan 2 orang anak, tetapi pasangan sebaliknya. Sekiranya pasangan masih tidak bersedia, apa kata beri mereka sedikit masa.
Menjadi kewajipan untuk setiap ibu bapa memberikan kehidupan yang stabil dan selamat kepada anak-anak. Jika keadaan kewangan semasa tidak mengizinkan untuk menambah bilangan ahli keluarga, tahan keinginan anda buat sementara.
Kos untuk membesarkan anak semakin meningkat saban tahun. Anda perlu menilai kos dan sekiranya mampu untuk menyediakan kehidupan yang selesa dengan pertambahan anak lain, teruskanlah perancangan tersebut.
3. Bersediakah anak untuk mendapat adik baharu?
Sekiranya si sulung masih terlalu kecil serta memerlukan perhatian dan bantuan sepanjang masa, keadaan tersebut pastinya akan menimbulkan sedikit kesukaran untuk anda menguruskan anak yang lain.
Umumnya, jurang ideal antara dua orang anak adalah 3 tahun, tetapi dalam beberapa kes, walaupun jaraknya 7 tahun, ia masih tidak mencukupi. Anak mungkin berasa teruja untuk mengetahui mereka bakal mempunyai adik atau rasa dikhianati. Jadi amat penting untuk memastikan anak sulung anda bersedia dengan kehadiran adiknya.
4. Besarkah rumah jika anda ingin menambah jumlah anak?
Menambah bilangan ahli keluarga bermakna anda perlu menyediakan ruang untuk mereka juga. Perhatikan jika keadaan rumah memerlukan sebarang perubahan atau perlu berpindah.
Sekiranya mempunyai bajet yang mencukupi untuk menyediakan ruang buat anak baharu, teruskan perancangan anak.
5. Bersedia untuk melakukan perubahan dalam gaya hidup
Sekiranya anda dan pasangan bekerja, mungkin sukar untuk menjaga bayi baru lahir kerana mereka memerlukan lebih perhatian dan penjagaan. Berbincanglah sama ada kalian berdua bersedia berkongsi tanggungjawab dan melakukan perubahan dalam gaya kehidupan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak anda nanti.
6. Mengandung lagi? Layanan tidak akan sama seperti kali pertama
Semasa hamil anak pertama, dunia seperti meraikan anda. Namun keadaan akan menjadi berbeza pada kehamilan kedua. Bahkan, ada kalanya anda sendiri mungkin terlupa bahawa diri sedang mengandung.
Jangkakan perubahan ini
Untuk menambah jumlah anak dan menjaga lebih daripada seorang anak dalam 1 masa menimbulkan rasa yang bercampur baur. Membuat perancangan awal sebelum bayi dilahirkan adalah pertaruhan terbaik yang boleh dilakukan, walaupun keadaan mungkin menjadi agak mencabar.
Anda akan menjadi lebih sibuk dan jadual harian akan menjadi lebih padat. Di samping itu, anda juga akan mudah letih, walaupun sebelum bayi dilahirkan kerana menjaga anak semasa sedang hamil memerlukan banyak tenaga serta kesabaran yang tinggi.
Selepas bersalin pula, jangkakan untuk berdepan 6-8 minggu pertama yang penuh cabaran. Anda akan bergelut untuk memastikan si kecil dapat mengikut jadual penyusuan dan tidur yang mencukupi serta dalam masa yang sama memenuhi keperluan anak lebih tua. Kelebihannya di sini adalah kehadiran anak kedua akan meningkatkan keyakinan terhadap kebolehan, pengetahuan dan pengalaman diri.
Tambah jumlah anak atau tidak?
Terdapat perkara asas perlu ditanya dan difikirkan setiap pasangan sebelum merancang menambah bilangan ahli keluarga.
Tanyakan kepada diri mengapa anda mahukan bayi lagi?
Adakah kerana anda mahukan anak pertama mempunyai adik-beradik? Apakah anda mengalami tekanan untuk mempunyai bayi kecil kembali? Mungkinkah anda risau bahawa ini peluang terakhir sebelum terlalu tua?
Apabila tiba masanya, fikirkan sebaiknya mengapa anda mahu atau tidak mahukan bayi lagi. Ada perkara baik tentang mempunyai bayi yang perlu anda ingati, begitu juga dengan kesan pemulihan selepas bersalin, keletihan dan tekanan menjaga bayi.
Bayi adalah perkara hebat yang boleh berlaku dalam kehidupan, tetapi bersediakah anda untuk berdepan pelbagai cabaran sebelum, semasa dan selepas kehamilan?
Tiada jawapan betul atau salah dalam hal ini. Segalanya bergantung kepada diri dan juga pasangan untuk menentukan keputusan yang terbaik buat keluarga kalian.
_
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2014 (berumur 6 tahun pada 2020), yang lahir pada 2015 (berumur 5 tahun pada 2020) atau yang lahir pada 1.1.2016 (berumur 4 tahun pada 1.1.2020) wajib ambil tahu!
Sebaran info yang dikongsi oleh ibu ini tentang pendaftaran online murid tahun satu untuk sesi 2021 & 2022. Ibu bapa perlu alert kerana sistem pendaftaran dalam talian KPM (SPATKPM) bakal dibuka pada 1 mac ini. Jangan ada yang terlepas untuk mendaftar pula ya. Sebarkan pada ibu bapa lain.
Guideline nya begini :-
📌1) Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)
📌2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2020 https://public.moe.gov.my
📌3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.
📌4) Dokumen yang diperlukan
– sijil lahir anak (salinan + asal)
– kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
– surat nikah / cerai (salinan + asal)
– bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
– sampul surat standard dan setem
– laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
– semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah
📌5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera.
Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang anaknya bakal bersekolah rendah di tahun hadapan.
Susah bila suami isteri tidak sepakat dan dalam masa yang sama nak mendidik anak-anak. Siapa setuju?
Apakah diantara kesannya bila keadaan ini berlaku. Ikuti perkongsian Ibu Rose;
-Anak-anak payah memberi kerjasama dengan ibu bapa. Hormat pun tidak ada sebab ayah dan ibu tidak hormat satu sama lain.
-Anak tak suka dengar cakap. Sebab mak ayah sering bertelagah diantara satu sama lain.
-Anak mudah bergaduh dan tidak rapat diantara satu sama lain.
-Anak mencari kawan-kawan yang senasib dengannya dan kebanyakan mereka ini adalah anak-anak bermasalah.
Penting mak ayah bersefahaman dan menghormati pendapat satu sama lain. Tak bersetuju pendapat tu ok. Kita manusia mesti ada pendapat yang berbeza, namun hormatlah.
Kalau suami nak jadi ketua, jadilah ketua yang layak dihormati. Kalau di rumah tidak mahu melakukan kerja langsung, itu bukan ketua namanya. Maaflah, jika bunyinya kasar sikit. Tapi, itulah hakikatnya.
Ketua bukanlah seorang yang setakat mengarah dan menyuruh sahaja tetapi tidak melakukan apa yang disuruh.. Itu jenis ketua yang sudah lapuk. Tiada siapa yang hormat ketua begitu.
Ketua yang dihormati hari ini adalah ketua yang menunjukkan teladan yang baik. Nak rumah bersih, sama-sama membersihkan rumah dengan isteri dan anak-anak. Nak anak rajin, si ayah pun rajin melakukan kerjanya. Nak isteri cantik, si suami rajin memuji isteri dan ringankan tugas isteri di rumah.
Oops, pasal tugas isteri di rumah. Dari mana kita dapat kefahaman yang masak, membersih baju, menyidai, membuang sampah, mengesahkan anak-anak itu tugas isteri semata-mata? jauh ke laut dah kefahaman ramai ni.
Kisah rumah tangga, ada-ada sahaja…
Isteri pergi kerja bantu suami cari rezeki. Itu tak wajib baginya, tapi dia lakukan sebab sayangkan keluarga. Tidak logik, bila balik rumah dia sorang-sorang perlu hadap semua kerja di rumah dan didik anak-anak. Tidak cukup dengan itu, siap dimarah dan dikomen buruk jika tidak sempurna.
Bila seorang suami lakukan perkara ini pada isterinya, maka jatuhlah kualiti kepimpinannya. Apa yang lagi menyedihkan anak-anak lelakinya pula melihat lalu menyangka begitulah untuk dia hidup sebagai seorang lelaki!
Ibu ramai berjumpa para suami yang mengkagumkan Ibu. Balik kerja bantu isteri dengan kerja rumah walaupun si isteri sendiri tidak berkerja di luar. Bila ditanya kenapa perlu lakukan semua itu sedangkan isteri mu bukankan duduk di rumah sahaja? Jawapan mereka inilah yang memberi Ibu harapan yang berbunga ” Isteri saya sibuk dengan kerja yang tidak sudah-sudah. menjaga anak-anak kecil bukan mudah. Saya bantu dia kerana saya ini suami dia dan saya mahu dia tahu, she is appreciated.”
Wow, kan best macam tu.
Ibu doakan lebih ramai suami yang begini. Dan Ibu yakin para suami yang membaca ini, adalah dari golongan yang prihatin dan mempunyai kepimpinan yang membanggakan.
Bagi ibu dan ayah yang sedar ni, please pastikan anak-anak lelaki mu menjadi lelaki yang berwibawa dan bertanggung-jawab. Jangan biarkan dia malas membuat kerja di rumah. Biasakan dia membasuh pinggan, basuh kain, mop lantai dan buat kerja-kerja yang perlu dilakukan di rumah. Anak lelaki jangan dibiasakan menjadi tuan dan menunggu sahaja dihidangkan dan dibersihkan pinggannya oleh adik beradik perempuannya. Itu akan melemahkan dia sebagai seorang lelaki yang bakal memimpin rumah tangganya.
Sumber: Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!