Menabung adalah amalan yang wajib dididik pada anak-anak kita. Disaat kecemasan, tabungan inilah yang bakal menyelamatkan kita dari pelbagai kesukaran. Bagi ibu bapa yang baru pertama kali bergelar ibu dan ayah, tabungan haruslah diwujudkan demi masa depan anak-anak.

Atas keprihatinan ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Program Bulan Menabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Oktober lalu bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Program sempena Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun itu dilaksanakan bertujuan bagi memberi galakan dan membudayakan perancangan kewangan serta membuktikan manfaat penabungan untuk pendidikan tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Simpan Demi Masa Depan Anak, Bulan Menabung SSPN Galak Ibu Bapa Menabung!

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata, sehingga 31 Ogos lalu, sebanyak 4.6 juta akaun SSPN telah dibuka dengan deposit berjumlah RM6.76 bilion.

“Kajian menunjukkan bahawa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mempunyai wang simpanan walaupun untuk jangka masa pendek.

“Walaupun lapan daripada 10 rakyat Malaysia mengatakan mereka mempunyai simpanan secara tetap, simpanan tersebut kebiasaannya dikeluarkan pada akhir bulan untuk menampung perbelanjaan harian setelah mereka gagal mengikut bajet yang dirancang.

IKLAN

“Jadi, ibu bapa amat perlu membuat perancangan awal seawal usia anak-anak untuk persediaan pendidikan tinggi mereka. Mengambil semangat kuasa menabung ini, masyarakat harus bijak merancang kewangan sebagai persediaan masa hadapan,” katanya ketika melancarkan perasmian Bulan Menabung SSPN 2020 di sini.

Simpan Demi Masa Depan Anak, Bulan Menabung SSPN Galak Ibu Bapa Menabung!

Tema Superhero & Aktiviti Atas Talian

PTPTN sebelum ini telah pun mengadakan Program Minggu Menabung SSPN secara tahunan semenjak tahun 2018. Jika sebelum ini, program ini dijalankan secara on-ground event, namun kali ini ditukar kepada atas talian pula.

Program bertemakan Superhero ini berlangsung selama sebulan sehingga 31 Oktober 2020. Mengulas lanjut, Wan Saiful menyeru agar ibu bapa mengambil kesempatan bulan menabung ini untuk memperolehi lebih ganjaran ketika menabung bersama SSPN.

IKLAN

Malah katanya lagi, melalui Bulan Menabung ini, ibu bapa dan kanak-kanak berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan secara dalam talian.

Simpan Demi Masa Depan Anak, Bulan Menabung SSPN Galak Ibu Bapa Menabung!

Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang bulan ini adalah seperti Tabung DIY, Kuiz Kahoot, Happy Hour, SSPN Got Talent, Teka dalam Tabung, Bento SSPN Chef Junior, WOW!, SSPN Challenge, Cabutan Bertuah, Kongsi Gambar Tabung serta penampilan istimewa bersama Didi & Friends yang merupakan rakan strategik PTPTN dan SSPN.

” Tabungan bukan sahaja dapat membantu membangunkan ekonomi negara, tetapi juga akan meningkatkan kualiti hidup dan menjamin masa depan individu.

IKLAN

“Menjadi hasrat dan harapan saya agar SSPN terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia membuat perancangan kewangan untuk pendidikan anak-anak.

“Amalan menabung untuk pendidikan ini perlu dijadikan instrumen bagi mendepani kos hidup yang semakin mencabar dan kompleks,” katanya lagi yang menyeru ibu bapa agar memulakan langkah melalui program ini bersama SSPN.

Simpan Demi Masa Depan Anak, Bulan Menabung SSPN Galak Ibu Bapa Menabung!

Paling istimewa, menabung bersama SSPN bukan hanya diberikan pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun bahkan melalui SSPN-i juga membolehkan pendeposit menerima perlindungan takaful serta paling utama melalui SSPN-i Plus pendeposot layak memenangi hadiah Cabutan WOW! 2020.

Sementara itu, pada majlis yang sama, turut diadakan penyampaian hadiah untuk para pemenang yang bertuah. Antaranya merupakan pemenang Jom Beraya Jom Menyimpan, Jom Beraya Buka Akaun SSPN (Siri 1) serta Cabutan WOW! SSPN-i Plus bagi bulan Julai dan Ogos. Tahniah kepada semua peserta.

Jadikan kejayaan para pemenang ini sebagai inspirasi untuk terus menyimpan demi masa depan anak-anak kita. Mulakan langkah sekarang untuk masa depan lebih cerah.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI