Di awal tahun ini pasti masing-masing punya misi yang kuat untuk menabung. Menabung menggunakan duit berwarna seperti RM5, RM10 dan RM20 seakan menjadi trend namun sejauh mana keberkesanannya bila tiba hujung tahun.
Seorang pengguna media sosial, Noir Ida Johnny yang dikenali sebagai Miss Kitty antara insan yang pastinya berjaya menaikkan semangat kita untuk menabung di tahun baru ini.
Inspirasi untuk semua, menurut Ida, tabungan yang dibuatnya bukan berseorangan sebaliknya bersama suaminya.
Bukan biasa-biasa, hasilnya cukup lumayan iaitu RM27, 700. Semuanya dengan hanya teknik menabung menggunakan wang RM20 & RM50 Dan RM100 sahaja. Hebat!
“Miss Kitty dan husband menabung duit RM20 & RM50 dan RM100.
“Selama 1 tahun 2022 gumpul duit ni sebanyak RM27,700 untuk 2 tin tabung,” tulisnya berkongsi di facebook.
Bukan calang-calang, memang lumayan bila mana terus istiqamah dalam menyimpan. Malah kata Ida lagi, setiap hari kalau dapat duit RM20, terus sahaja disimpan ke tabungan mereka.
“Setiap hari kalau ada RM20 kami simpan terus di tabung.
“Kalau RM100 dan RM50 tu kami simpan bila ada duit lebih di wallet,” ujarnya berkongsi.
Tidak hanya berhenti di tahun ini sahaja, bahkan pasangan ini turut sama memasang impian untuk menabung sebanyak 5 tin lagi di tahun 2023 ini.
“Next Year kita sambung Lagi menabung gais. Couple saving Goals,” tulisnya lagi.
Cara keduanya juga pastinya memberi inspirasi untuk kita menyimpan. Inspirasi untuk semua!.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Sumber: Noir Ida Johnny