Sekejap saja masa berlalu, tanpa kita sedari anak-anak pun dah makin membesar. Rasanya seperti baru semalam mengandung, hari ni anak dah bersekolah pun. Ada sesetengah orang yang suka mengumpul barangan tertentu kerana ia memberi nilai sentimental untuk dilihat semula pada masa hadapan.
Selain gambar anak, ada banyak lagi barangan lain yang boleh disimpan rapi sebagai kenangan. Bila anak dah besar, bolehlah ditunjuk semula padanya. Seperti ibu ini, Hani Mynis, yang mengumpul semua kertas dan buku-buku yang dibawa pulang oleh anaknya untuk tahun tersebut.
Ibu ini serta suaminya menyediakan kotak khas untuk menyimpan segala kenangan yang ada. Bukan itu saja, mereka juga mengadakan sebuah fail khas untuk menyimpan foto anak mereka ketika awal dan akhir tahun tersebut.
Baca Juga:
“Pregnant? Lagi?”. Terkejut Nak Dapat Adik Baru, Ramai Terhibur Tengok Reaksi Spontan Kakak!
Anak Selalu Panggil Appa, Maryam Excited Lari Satu Rumah Bila Rina Sebut Omma. Comel!
“Baby B Nak Mommy Sha Je, Tak Nak Lepas.” Fasha Kongsi Momen Dengan Bunga, Comelnya!
Ikuti perkongsian ibu ini;
Suka Simpan Barang Dalam Bentuk Fizikal Berbanding Digital
Antara rutin Hani bila Aqil tamat sesi persekolahan setiap tahun ialah kemas semua kertas dan buku2 yang Aqil bawa balik dari sekolah untuk tahun tersebut.
Hani memang suka simpan barang-barang sentimental zaman persekolahan Aqil. Bagi Hani selagi ada ruang penstoran khas untuk barang-barang begini memang Hani suka simpan dalam bentuk fizikal berbanding digital. Cuma bila ada bekas penstoran khas begini, kena pilih barang yang betul2 ada nilai sentimental.
Bila Anak Besar, Boleh Tengok Semula Barang-Barang Dia
Lagi satu Hani memang suka simpan benda-benda yang melibatkan Aqil mcm ni sebab nanti dia dah besar dia boleh tengok balik barang-barang ni. Harapnya dia akan hargai usaha ibu ayah simpan barang-barang dia dengan kemas begini hahaha..
Idea Simpan Barang-Barang Sentimental Zaman Sekolah Anak
Untuk ibubapa yang mencari idea cara nak simpan barang-barang sentimental zaman persekolahan anak boleh lah tiruvasi cara hani ni ya. Hani kongsikan cara Hani.
Barang yang hani perlukan hanyalah storage box dan fail akordian. Dua-dua boleh dibeli di Shopee. Tengok link dalam gambar ya. Storage box yang Hani guna mmg muat2 dengan saiz fail accordian ni taw. Kalau guna storage box lain takut tak muat 🙏🏼 Hani sblm jumpa box ni ada beli dua tiga box lain semua tak muat. Haha so guna box yg dlm gmbr ya 🤗
Antara benda-benda yang hani simpan dalam kotak ini ialah:
✅ school memory binder (tengok gambar utk bhgn dalam binder, Hani dah kongsikan template dalam channel telegram worksheet Aqil)
✅ album gambar passport (rutin setiap awal tahun Aqil ambil gambar passport)
✅ frame gambar untuk first / last day picture (gambar first and last day pun ada dalam telegram worksheet Aqil ya : https://t.me/worksheetAqil )
✅ accordian file untuk simpan dokumen ikut tahun/tingkatan (shopee)
✅ hadiah atau apa2 yang dia dapat sepanjang tahun baik dari Hani/kawan atau cikgu
Antara dokumen yang Hani simpan:
✅ sijil-sijil
✅ kertas peperiksaan
✅ apa-apa surat / resit yang berkaitan
✅ art work
✅ basically apa-apa kertas yang ada sentimental value. Hani simpan first “love letter” yang dia dapat dr kawan sekolah. Hahah dan juga first surat cinta yang dia tulis untuk Hani 🥰
Dah lama Hani tak buat sesi perkongsian kan haha sekali sekala post buat post panjang lebar terus. Hopefully perkongsian Hani lengkap 🤗
Siapa yang baca sampai habis angkat tangann haha..
Semoga bermanfaat 🤗
Untuk ibu ayah yang masih mencari-cari idea untuk menyimpan segala barangan anak bolehlah jadikan cara ibu ini sebagai inspirasi. Ia boleh dibuat, hanya memerlukan ketekunan dan kerajinan untuk menyusun semula semua barangan tersebut. Tip yang dikongsikan sangat bagus dan semua barang akan tersimpan rapi dan kemas. Selamat mencuba!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI