Sebuah video tular di media sosial di mana seorang kanak-kanak memotong rambutnya yang disimpan panjang bertujuan untuk melangkah ke alam persekolahan.
Menurut ibunya, Illa Abd Rahman,Muhammad Dariss, 7 tahun dibawa ke kedai gunting rambut pada kahmis memandangkan dia mula bersekolah pada hari ahad.
“Rambut Darris tak pernah dipotong sejak kecil. Dulu masa masuk tadika, pernah trim sikit. Tapi tak pernah potong sampai macam ni. Dia tadika swasta, boleh simpan rambut panjang.”
“Persiapan lain semua saya dah selesaikan. Gunting rambut ni merupakan persiapan terakhir kami untuk Darris”
Menurut ibunya, Darris sangat seronok dengan gaya rambut terkini kerana sudah lama mengimpikan gaya rambut seperti abang-abangnya.
Ads
“Dia seronok dapat potong rambut. Sebelum ni Darris selalu ikut dua abangnya pergi gunting rambut. Dia kata teringin nak buat rambut macam abang”
“Tapi saya kata nanti-nantilah. Tunggu masuk sekolah baru potong. Dia memang tak sabar-sabar, dia menanti hari untuk dibawa ke barber untuk gunting rambut.
“Selepas potong, dia asyik bawa sikat rambut je. Keluar pun bawa sikat. Sebelum ni saya tak bagi dia sikat, takut habus curl tu.” Ujar Ilah berseloroh
“Saya masa potong, kalau ikutkan tak mahu potong, tapi sekolah ada undang-undang. Kami simpan rambut Dariss sebab teringin anak perempuan. Anak saya tiga orang semuanya lelaki.”
Rata-rata warga maya memuji penampilan terbaru dan kemas adik Darris. Tak kurang juga ada yang menyamakan adik Darris seperti model lelaki terkenal.
Sering kita lihat gambar-gambar ataupun video yang tular di sosial media apabila ada selebriti yang mengimbangi anak mereka dengan melakukan aksi merbahaya semata-mata ingin menunjukkan betapa sadonya mereka. Awas!!!! Aksi tersebut hanya akan mengundang padah buat si kecil.
Pelbagai risiko yang boleh terjadi antaranya, kemungkinan si kecil terjatuh ke bawah dengan cederaan kepala, risiko tulang kaki membengkok dan sebagainya.
Menurut perkongsian daripada Public Health Malaysia, jika anda sayangkan anak anda hentikan aksi mengundang padah ini.
Jika anda sayangkan anak, hentikan membuat aksi mengundang padah ini. Bayi hanya akan berdiri apabila otot dan tulangnya telah kuat.
Melakukan aksi sebegini mengakibatkan tekanan kepada tulang kaki dan lutut , menyebabkan risiko tulang kaki membengkok.
Sekiranya bayi terjatuh, jisim kepala yang lebih berat akibatkan bayi jatuh dalam posisi terjunam. Kecederaan kepala yang serius boleh berlaku.
Bapa yang hebat, tidak perlu menunjukkan betapa sado otot mereka. Cukup dengan melindungi dan menjaga keselamatan anak.
Pelakon filem Paskal, Hairul Azreen berkongsi video mendirikan anak perempuannya, Alisa yang baharu sahaja berusia empat bulan di telapak tangannya di Instagramnya telah menarik perhatian di kalangan netizen.
Namun, video yang berdurasi 20 saat itu juga menarik perhatian angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menegur tindakan Hairul yang mengimbangi anaknya disebabkan bayi tersebut belum cukup kuat untuk berdiri sendiri.
Dr Sheikh Muszaphar di ruangan komen telah menasihati pelakon tersebut agar tidak melakukan hal sedemikian kerana tulang bayi masih belum kuat menampung fizikalnya memandangkan dia belum lagi boleh berdiri sendiri.
Namun komen daripada angkasawan negara itu dilihat sudah tiada di ruangan komen Hairul yang dipercayai sudah dipadam olehnya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon tersebut jelas menunjukkan kaki anaknya seakan bengkok kerana tidak mampu menampung berat badannya setelah dipaksa berdiri di atas tangan Hairul.
Perkongsian video tersebut oleh Hairul telah tular di media sosial dan kini telah meraih sehingga 473,970 tontonan dan rata-rata netizen menyukai video tersebut yang selalu memuat naik gambar-gambar yang dimuat naik bersama teman-teman serta ahli keluarga tercinta.
Seorang wanita Britain yang bertugas sebagai jururawat dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah kerana membunuh tujuh bayi yang baru lahir.
Tertuduh iaitu Lucy Letby telah disabitkan kesalahan pada Jumaat lepas. Selain membunuh lima bayi lelaki dan dua bayi perempuan, tertuduh yang berusia 33 tahun ini didapati cuba melakukan perbuatan sama terhadap enam bayi lain ketika mereka berada dalam jagaannya di hospital Chester antara Jun 2015 dan Jun 2016.
Memetik laporan Al Jazeera, Letby dipercayai melakukan pembunuhan itu dengan pelbagai cara seperti memberi susu secara berlebihan, meracuni mangsa dengan insulin dan menyuntik masa dengan udara.
Menurut sumber, pihak polis ada menemui satu nota yang dipercayai ditulis oleh Letby.
Saya tidak layak untuk hidup. Saya membunuh mereka dengan sengaja kerana saya tidak cukup baik untuk menjaga mereka. Saya seorang yang jahat yang mengerikan. Saya jahat saya melakukan ini.
Letby telah ditahan polis pada Julai 2018 namun dibebaskan selepas diikat jamin. Letby kemudian ditangkap tiga kali lagi pada tahun-tahun berikutnya sebelum didakwa pada November 2020 yang akhirnya membawa kepada hukuman penjara seumur hidup ketika perbicaraan pada Jumaat lalu.
Sumber: Al Jazeera, CNN, The New York Times, The Times, oh bulan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minat dari bertatih, tengok je danish dah boleh tiru gerak silat. Pa&Ma TV dekati pesilat cilik Ahmad Danish Danial, 6 tahun.
Bapa, Salihen Sarbini berkata anak sulungnya itu mula tunjuk minat sejak dari usia setahun. Danish yang mempunyai seorang adik mempunyai minat mendalam dalam seni mempertahankan diri ini. Malah rakaman si kecil ini bersilat juga telah viral dan ditonton sebanyak 1juta!
MINAT SILAT SEJAK KECIL
“Belum pun usianya mencecah setahun telah menunjukkan minat dgn pergerakan seolah-olah pergerakan silat khususnya ketika mendengar muzik gendang & caklempong di majlis silat & kenduri kahwin.
“Pergerakan itu dilakukan walau pun dia masih dalam kerusi sorong bayi (stroller)! Selain itu dia juga sangat gemar menonton rakaman video melalui telefon bimbit, TV dan alat eloktronik yang lain,” kata Salehin. Danish muncul dalam rancangan TV Pa&Ma bertajuk Gilap Bakat Si Kecil.
TENGOK JE DAH BOLEH TIRU
Ketika Danish mula bertatih dan berjalan, Salehin memberitahu yang Danish akan berada di barisan hadapan untuk melihat persembahan atau pertandingan silat.”Selepas menonton, Danish akan melakukan gerakan-gerakan baru. Ini juga membuatkan beberapa rakan yang juga pengamal dan penggerak silat teruja kerana Danish kerana mampu menggabungkan beberapa gerakan silat menjadi 1 gerakan yang tidak janggal (sumbang) walaupun ketika itu usianya masih kecil,” kata Salehin yang juga seorang tenaga pengajar silat.
Melihatkan minat Danish yang mendalam dalam seni persilatan Salehin cuba memupuk minatnya dengan membawanya ia ke sesi latihan Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia dicsekolah dan gelanggang-gelanggang awam berhampiran dengan harapan ia dapat membantu memupuk minat dan menyemai jatidiri Danish selain meningkatkan disiplin melalui wadah silat.
Danish seorang pemalu, dia hanya akan ke gelanggang untuk melihat dan akan melakukan pergerakan silat yang dilihatnya dirumah.
GALAKAN DARIPADA ORANG SEKELILING
Minat Danish juga turut dipupuk oleh ibunya dan juga keluarga. “Saudara mara yang datang ke rumah akan memintanya untuk bersilat walau pun ia hanya bersilat mengikut apa yang diperhatikan tanpa mempelajarinya namun pergerakkannya sangat baik bagi anak-anak seusianya.
“Pada awalnya kami hanya merakam untuk simpanan dan tatapan sendiri. Jadi kami sesekali melalui media sosial, postkn video-video Danish. Sekadar suka-suka. Dan ketika umurnya mencecah 3 tahun semasa majlis perkahwinan adik ipar saya tiba-tiba pula dia mintak untuk buat persembahan silat dan meminta untuk memakai persalinan silat (busana).
RUPANYA PERNAH VIRAL SEBELUM INI
“Itulah pertama kali dia membuat persembhan dihadapan umum. Video itu saya post di Facebook dan menarik perhatian beberapa rakan dan guru silat yang lain. Pada minggu berikutnya kebetulan ade pertandingan silat seni sekolah-sekolah peringkat daerah Gombak di SMK Sg Pusu Gombak. Semasa selingan menunggu keputusan pertandingan secara sepontan pihak ketua pertandingan telah memintanya untuk membuat persembahan dna mendapat sorakan dan tepukan yg gemuruh. Rakaman video dari Cikgu Yusnizam (salah seorg juri pertandingan) telah dimuat naik ke Facebook dan menjadi viral sehingga mendapat tontonan mencecah 1juta lebih dlm masa 4 hari.
Dari situ saya lihat keyakinan durinya semakin meningkat. Dan telah mula menjalani latihan bersama-sama pesilat lain di gelanggang. Dan sehingga kini dia menjalai latihan di kelab tunas pendekar di sebuah sekolah di Selayang.
DANISH LEBIH YAKIN
Kesan positif yang boleh dilihat pada Danish ialah dia mampu meningkatkan keyakinan diri dan kurang segan untuk melakukan persembahan walau pun di kalayak ramai.
“Danish lebih kreatif dan kini kurang gunakan elektronik, game dan gadjet , Dia juga kini sudah mampu menggunakan kedua-dua belah tangan dan kaki. Sebelum ni dia kidal hanya menggunakan tangan kiri untuk mewarna, menulis dan pelbagai aktiviti lain tapi dengan belajar silat dia mampu menguasai kedua-dua belah tangan dan kaki.
“Pencapaian di tadika juga turut meningkat apabila dia semakin aktif bergelanggang dia mendapat tempat yang baik di dalam peperiksaan,” kata Salehin.
Pencapaian Ahmad Danish
1. Juara pertandingan perarakkan hari kemerdekaan 2016 anjuran Majlis Perbandaran Selayang / Adun Taman Templer (PSSGCSM SELANGOR)
2. Naib Juara Pakaian Terbaik (Busana Silat) Jalur Gemilang 2017
3. Juara Solo Putra (Kanak-Kanak) dlm Temasya Silat Seni dan Warisan anjuran PADAT (PERBADANAN ADAT DAN WARISAN NEGERI SELANGOR)
4. JUARA KESELURUHAN BERPASUKAN Temasya Silat Seni dan Aarisan ANJURAN PADAT Negeri Selangor
KENAPA MEMILIH SILAT?
Salehin memberitahu yang dia memilih silat untuk anak sulungnya kerana silat merupakan warisan bangsa yg mampu menyemai jati diri bangsa selain meningkatkan disiplin dalam diri anak-anak.
“Silat satu-satunya seni beladiri lengkap dari segi kerohanian (agama), fizikal, dan jasmani. Dalam jiwa anak-anak ni perlu diisi dgn jatidiri yang tinggi demi agama bangsa dan negara Jika tidak kekosongan itu akan diisi dgn jatidiri bangsa lain dan tidak mustahil akan diisi oleh perkara negatif, ” kata Salehin yang turut mengatakan Danish cenderung ke arah seni lukis dan mewarna.
SUDAH HAFAL SURAH PENDEK
Danish kini lebih bersifat pelindung. Dia sering melindungi adiknya. “Syukur juga kerana Danish lebih rajin mengaji dan solat. Setiap kali hendak memulakan latihan antara adatnya perlu membaca surah Al Fatihah, Al-Ikhlas dan selawat kemudian memohon doa agar selamat sepanjang latihan dari kecederaan, gangguan dan memohon ilmu yang dipelajari diberkati. Jadi selalunya dia kan minta ummi untuk ajarkannya surah-surah tersebut dan alhamdulillah dia sudah mula menghafalnya,” kata Salehin mengakhiri temu ramah dengan Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.