‘Simple’ Cara Kaunselor Laktasi Ni Ajar Untuk Sedia EBM Ke Pengasuh. Tahan Lama, Mudah Diuruskan

Share

Bagaimana cara nak menyediakan susu EBM ke taska atau rumah pengasuh? Tentu sekali mama-mama terfikirkan tentang perkara ini. 

Sesungguhnya susu ibu sangat bernilai jadi mama, ibu, umie atau mak tentu sekali nak pastikan susu EBM yang dibekalkan dalam keadaan yang baik dan selamat di minum oleh bayi anda. Bagi yang kurang jelas tentang penyediaan EBM, baca penerangan daripada Kaunselor Laktasi, Puan Syafawati Noorhafizah.

PENYEDIAAN EBM KE TASKA/PENGASUH

Digalakkan penggunaan cooler box supaya tidak mengganggu ruang peti ais di taska atau rumah pengasuh. Dalam gambar ini, saya menggunakan cooler box Igloo 8.3 litre.

Manakala untuk ice pack pula minimum 3 untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam cooler box. Sekiranya memilih untuk menggunakan cooler bag, sila pastikan ia mampu tahan sejuk, muat untuk letak ice pack yang mencukupi beserta dengan bekalan EBM.

Ice pack mampu bertahan lebih lama berbanding ice brick.

Sediakan EBM mengikut per feeding anak. Jika mampu adalah lebih baik sediakan dalam feeding bottle (siap sekali dengan teat & cap).

Jika tidak, memadailah sediakan 1 feeding bottle dan yang lain disediakan dalam storage bottle (feeding bottle akan digunakan untuk setiap kali feeding atau teat akan dipindahkan ke storage bottle).

Setiap botol EBM dilabelkan dengan nombor supaya mudah dipantau. Jadi pengasuh hanya perlu mengambil botol EBM mengikut urutan nombor untuk diberi minum pada anak. EBM boleh dibekalkan ke taska/pengasuh dalam keadaan fresh, chilled atau frozen.

Untuk frozen EBM, sebaik-baiknya yang telah dicairkan sepenuhnya. Sekiranya ada fresh EBM, utamakan pemberian tersebut untuk botol nombor 1.

Penggunaan frozen EBM pula, harus dipastikan untuk botol nombor yang terawal juga supaya diminum oleh anak pada hari itu juga kerana frozen EBM perlu dihabiskan dalam masa 24 jam.

Manakala untuk chilled EBM boleh dikemudiankan kerana jika tidak diminum pada hari itu, ia boleh dibawa ke hari seterusnya sebagai bekalan ke taska/pengasuh. EBM untuk per feeding yang dibekalkan juga boleh dicampurkan antara fresh, chilled dan frozen ebm tetapi perlu dihabiskan dalam masa 24 jam.

Sebagai contoh, ada anak yang reject frozen EBM jadi ibu boleh campurkan 1oz frozen ebm + 1oz chilled ebm = 2oz per feeding untuk botol no 2 dan 3.

Contoh aturan EBM mengikut nombor botol:

1 – fresh / frozen
2 – frozen / chilled
3 – chilled / frozen
4 – frozen / chilled
5 – chilled / chilled
6 – chilled / chilled

Contoh di atas hanyalah sebagai panduan kerana penetapan tersebut mungkin berbeza atas setiap ibu.

Bayi di bawah 6 bulan adalah digalakkan untuk diberi fresh/chilled EBM tetapi sekiranya ibu ada stok frozen EBM tiada masalah untuk bekalkan ke taska/pengasuh untuk mengelakkan dari stok tersebut expired dan terbazir sebegitu sahaja.

❌ Jangan hantar EBM dalam keadaan keras kejung
❌ Jangan hantar EBM dalam storage bag
❌ Jangan hantar EBM tanpa disukat ikut per feeding anak

Kata kuncinya, mudahkanlah urusan penyediaan EBM supaya kita dapat memudahkan pengasuh yang mengendalikan EBM anak kita.

Juga supaya kita dapat menjaga kualiti EBM yang dibekalkan itu dan anak mendapat khasiat yang sepenuhnya dari susu ibu.

Sumber: Syafawati Noorhafizah
Kaunselor Laktasi

“Spread the love through breastfeeding”

Published by
NuFa