Simple Dan Kemas! Suami Ini Kongsi Caranya Pastikan Peti Sejuk Di Rumah Sentiasa Bersih

Share

Bab kemas rumah, dapur atau segala barang dalam almari dan peti sejuk, isteri yang lebih tahu. Jika nampak kemas dimatanya bermakna suami atau anak-anak jangan cuba cari pasal nak sepahkan.

Bagaimanapun tip yang dikongsikan oleh seorang suami, Firdaus Mokhtar ini boleh jadi idea untuk golongan ibu yang nak pastikan keadaan peti sejuk sentiasa kemas dan tak ada barang makanan yang tarikh luputnya tamat.

Tampak kemas, tersusun dan dah tentu sedap mata memandang.

Biasanya peti sejuk akan jadi tempat kita simpan entah segala macam makanan yang tak habis. Beli punya banyak, bila makan tak habis, sumbat saja.

Esok lusa atau minggu depan panaskan balik. Biasanya waktu stok makanan basah tak ada dekat rumah atau hujung bulan dekat-dekat nak gaji tu kan? Itu pun kalau nak panaskan.

Tapi bila dah terlampau banyak, kita sendiri tak rajin nak panaskan.

Jadi ini tips ringkas kemaskan peti sejuk yang kalian boleh buat;

1. Bahagi ruang simpanan ikut kategori.

Contohnya atas sekali bahan sedia untuk dimasak. Bahagian kedua untuk makanan yang tak habis, tapi boleh disimpan.

2. Guna bekas makan lutsinar.

Tujuan dia supaya mudahlah kalian nak cari nanti. Tak ada lah kena buka satu satu bekas kan?

3. Labelkan.

Iya. Ini menuntut kerajinan kalian tahap tinggi. Macam isteri aku buat ni lah. Harap ke aku, kah kah kah lah jawabnya.

4. Periksa selalu peti sejuk.

Maksudnya selalulah jenguk ke dalam tu. Apa yang ada. Berapa lama dah simpan. Macam tu lah. Lama sangat simpan makanan pun rosak juga nanti.

Jadi kita kurangkan buang makanan ya. Haaa simple kan? Silalah kemas peti sejuk.

Sumber: Firdaus Mokhtar

Published by
Wan Amy