Sekarang musim Influenza, sudah banyak kes yang menyerang bayi, kanak-kanak bahkan orang dewasa. Kes smakin meningkat dan paling menyedihkan turut melibatkan penghidapnya meninggal dunia.

Simple Je Cara Ibu Ini Buat. Alhamdulillah, Akhirnya Anak Sembuh Influenza

Di dalam perkongsian ibu anak 5 ini, Rosmarlina Abdul Ghani melalui akaun Facebooknya, beliau berkongsi cara penjagaan anaknya yang disahkan demam influenza.

Artikel Menarik: [Doktor Ingatkan Tak Perlu Obses Dengan Iklan Cegah Influenza. Cukup BUat 4 Langkah Ini!]

Kata Rosmarlina, perkongsiannya itu berdasarkan caranya menjaga anak-anaknya di rumah disebabkan demam influenza.

IKLAN

“Air Pocari Sweat tu ada jual kat supermarket Malaysia atau Shopee. Yang penting langkah pakai mask dan basuh tangan.”

Simple Je Cara Ibu Ini Buat. Alhamdulillah, Akhirnya Anak Sembuh Influenza

Langkah-langkah jika anak anda terkena jangkitan influenza.

  1. Pakai kan mask pada anak yg terkena demam inflenza tu, kalau boleh semua anggota keluarga juga pakai mask.
  2. Beli hand sanitizer dan sentiasa basuh tangan anda dengan sabun khas antibacteria.
  3. Bila masuk rumah kumur mulut sekurang2 nya dua kali dan basuh tangan menggunakan sabun tangan antibacteria.
  4. Minum air yang banyak, kalau boleh minum air sport drink macam aquarius atau pocari sweat (ada jual kat shopee).
  5. Mandi sekali sehari untuk redakan panas dalam badan.
  6. Pakaikan juga cool fever jika perlu. Tukar yg baru jika dah guna lebih dr 8jam.
  7. Jangan kongsi makanan, minuman, cawan, sudu, pinggan dgn anak yg dijangkiti influenza.
  8. Kuaratin duduk dirumah sahaja.
  9. Jauhkan pergi ke tempat awam atau ramai orang.
  10. Pastikan jika merawat anak yg sakit dirumah kita sebagai mak atau ahli keluarga yg masih sihat kena selalu basuh tangan. Jika perlu pakai juga mask.
  11. Makanan yg disarankan makan ialah nasi putih, bubur nasi, buah apple, pisang, biskut tawar dan cereal.
  12. Yang ni optional, kalau ada kat rumah air filter humidifier tu lagi bagus.
  13. Jika dah lebih dari tiga hari dengan suhu 38.5c ke atas pergilah hospital utk rawatan lebih lanjut.
  14. Rehat yang mencukupi dan makanlah ubat yg disarankan oleh doktor.
  15. Pantau suhu anak yg demam dengan mencatat suhu dengan termometer, check kalau boleh 2 jam sekali.
  16. Anak akan mengerang sesekali meracau ketika tidur atau se akan terkejut2 ketika tidur. Tenangkan anak dan pujuk dengan baik jika perlu.

Artikel Menarik: [Demam Lebih 37.8 Celcius, Berhingus, Tak Aktif Jangan Bertangguh. Mungkin Influenza]

Simple Je Cara Ibu Ini Buat. Alhamdulillah, Akhirnya Anak Sembuh Influenza

IKLAN
  1. Anak juga mungkin muntah, basuh tempat muntah tadi dengan bersih dan lap dengan air suam atau spray dengan sabun antibacteria.
  2. Pakaikan baju yg anak-anak selesa, jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.
  3. Pakaikan stokin jika perlu.

Akhir sekali untuk yg belum terkena demam influenza, ambil vaksin influenza di klinik berdekatan.

Simple Je Cara Ibu Ini Buat. Alhamdulillah, Akhirnya Anak Sembuh Influenza

IKLAN

Sekadar bekongsi dari pengalaman sendiri menjaga anak2 dirumah disebabkan demam influenza.

Artikel Menarik: [Muat Naik Kalkulator Sirap Paracetamol Untuk Mudah Kira Dos Ubat Anak]

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu yang mungkin sedang berhadapan dengan anak yang dijangkiti demam influenza ini. Mereka perlu dipantau dan dijaga dengan penuh perhatian bagi memastikan kita sentiasa peka dengan keadaan mereka.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI