Risiko kemalangan anak kecil dan bayi sebenarnya boleh kita kurang dan elakkan jika kita punya ilmu dan tahu cara untuk mengendalikan bayi dengan betul.
Jika kita tidak cuai atau mencuba seada upaya untuk mengelakkan dari berlaku sebarang kemalangan, ia boleh dielakkan.
Menurut perkongsian Dr Ahmad Samhan, kes Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS) adalah kes yang tidak dijangka namun 10 panduan dan nasihat ini boleh mak ayah jadikan panduan untuk mengedalikan bayi.
“Doktor, saya terima panggilan ada kes bayi tak sedarkan diri,” kata seorang Pembantu Perubatan. “Ok, jom!”,tanpa berlengah aku terus mempercepatkan langkah.
Setiba di rumah kejadian, aku mengetuk pintu. Kelihatan seorang ibu muda membuka pintu.
“Berapa umur anak? Apa dah jadi?” “Anak saya baru 4 bulan. Pagi tadi saya kejutkan dia, tapi dia dah tak gerak”
Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) adalah kematian secara tiba-tiba yang tidak dijangka.
Sindrom ini biasanya berlaku pada bayi yang berumur dalam lingkungan 1 bulan hingga 1 tahun. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan 95% kes SIDS adalah melibatkan bayi berumur 6 bulan dan kebawah dan 60% daripadanya berlaku ketika bayi berusia antara 2-4 bulan.
Ads
Walaubagaimanapun, pakar perubatan masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian.
10 Nasihat Untuk Mencegah SIDS (Sudden Infant Death Syndrome):
1. Elakkan tidur dalam posisi meniarap.
Dalam posisi meniarap, kemungkinan untuk tertutup hidung dan mulut sangat tinggi. Bayi masih tidak kuat untuk menukar posisi andai kata lemas.
2. Elakkan tidur di atas tilam dan cadar lembut.
Tilam dan cadar yang lembut akan membuatkan bayi tenggelam dari paras selamat dan berkemungkinan akan terbenam mukanya.
3. Elakkan letak mainan lembut (soft toys) di atas katil.
Ini akan menyebabkan kemungkinan mainan lembut boleh menutup muka bayi ketika tidur.
4. Elakkan bayi dari perokok.
Kajian menunjukkan bayi yang terdedah dengan asap rokok dan sisa rokok berisiko tinggi untuk mati mengejut.
Ads
5. Elakkan memakain pakaian berlapis-lapis ketika tidur.
Ini menyebabkan suhu badan bayi menjadi tinggi. Keadaan bayi yang terlalu panas boleh menambah risiko SIDS.
6. Elakkan bayi tidur dengan kanak-kanak lain.
Kemungkinan kanak-kanak lain menghempap bayi tanpa sedar ketika tidur.
7. Menyusu badan anak dapat mengurangkan risiko SIDS 50%.
8. Jika bayi mengalami masalah jangkitan salur pernafasan, segera dapatkan rawatan doktor.
9. Ibubapa perlu beri lebih perhatian pada bayi yang pramatang kerana risiko SIDS sangat tinggi.
10. Dapatkan pemeriksaan prenatal berkala.
Ini dapat mengurangkan risiko SIDS malah membantu ibu untuk memantau kesihatan bayi secara keseluruhan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Keterujaan sesetengah ibu memberi anak ‘solid food’ pada usia 6 bulan *boleh* menjadi punca mengapa anak yang selama ini tidur ‘elok’ tiba-tiba kerap terjaga di malam hari untuk menyusu. Silap-silap setiap 1-2 jam bagaikan ‘newborn’ !.
Faktanya, susu, tak kira samada ianya susu ibu atau susu formula adalah makanan unggul bayi untuk 1 tahun pertama. Berikut adalah peratusan jumlah susu yang patut diambil dalam kalori harian anak:
✔ 95% pada 6 bulan
✔ 75% pada 9 bulan
✔ 50% pada 12 bulan
Susu memiliki gabungan air, lemak, karbohidrat, protein dan pelbagai nutrien. Pendek kata, susu: kaya khasiat + kompleks + mengenyangkan!. Puri, bubur dan bentuk ‘baby food’ biasa yang melibatkan kisaran , hirisan halus, lenyekan, menjadikan berair…ianya mirip regim diet ketat supermodels!. Jadi bagaimana pula semua ini lebih mengenyangkan dari susu? Maka, bayi yang kurang susu pada siang hari akan mula menuntut kekurangan kalori ini pada waktu malam.
*Bukanlah* bermaksud puri, bubur dan ‘makanan bayi’ lain tidak boleh diberi langsung. Malah, memang di galak memberi bayi ‘solid food’ yang tinggi zat besi kerana simpanan zat besi dalam badan bayi akan menurun selepas usia 6 bulan. Mengapa zat besi? Kerana zat besi diperlukan untuk mengekalkan tahap sihat hemoglobin (sel darah merah) dan kekurangan zat besi menyumbang kepada penyakit anemia (kurang darah merah) serta masalah pertumbuhan dan perkembangan lain.
Cuma, ibu tak perlu gila memberi ‘baby food’ hingga menjejaskan pengambilan susu anak akibat kenyang ‘makan itu ini’. Ya, benar, pada usia 9-12 bulan, anak perlukan nutrien yang lebih dari apa yang didapatkan dari susu. Namun jumlah yang diperlukan adalah sangat-sangat sedikit. Orang kita kata ‘ nak bagi rasa saja’. Orang putih kata ‘for fun’ seperti yang di petik Akademi Pediatrik USA dan Australia. Bukan nak suruh bagi kenyang ya!.
Sebahagian kita ‘rasa kasihan’ sebab anak minum susu sahaja. Nak bagi juga rasa makanan ‘betul’ katanya. Jika anak anda menyusu badan, dia sebenarnya telah pun makan dan rasa semua makanan yang anda makan selama ini. ‘Fun fact’nya, susu ibu rasa lebih manis dari buah-buahan. Sekumpulan orang dewasa yang menyertai kajian rasa yang di jalankan oleh pasukan healthline.com USA mendapati, susu ibu rasanya seperti madu, ais krim cair, cantaloupe (sejenis tembikai/rock melon), timun dan air gula. Maka, tak perlu beri anak ‘baby food’ tawar atau hambar asalkan anda menjauhi menambah gula dan garam dalam makanannya.
*Untuk nasihat pemakanan, sila rujuk pakar nutrisi atau doktor kanak-kanak anak anda. Artikel ini hanya menerangkan kaitan corak pemakanan yang boleh mengganggu kualiti tidur bayi sahaja.
Baru nak lelap mata, anak bangun dan ajak main. Masa ni nak marah ke nak layan sama banyak. Ibu bapa dah penat seharian tapi nak tak nak terpaksa la juga layan hingga anak tidur semula.
Bila dah macam ni, bangun pagi nak pergi kerja pun dah tak ada semangat. Nak tak nak anak juga yang dipersalahkan.
Nak pastikan rutin tidur anak tetap sejak dari dalam pantang, perkongsian dari Noraida Mansor boleh dipraktikkan.
Ini tip utama dari Tok Wan ANH sebelum Eda bersalinkan Adni lagi. Pesan dia, JANGAN bermain/agah keterlaluan dengan baby bawah umur 3 bulan.
Baby bawah 3 bulan kena jaga rutin tidur dia. Kena fahamkan dia, siang berjaga boleh bermain dan malam untuk tidur.
Selalu tak, anak-anak terjaga jam 12 malam ke pagi dan apa yang kita rasa nak buat?
Suka tengok anak buka mata ni? Segar bugar mata dia ni. Tadi tidur je kan.
Selalunya, kita fikir ohh marilah kita bergelak tawa riang wahai anak. Geram ni nak tengok anak gelak-gelak mengekekek, sengih-sengih ni. Walaupun umurnya baru 10 hari masa tu.
Kesannya, bila tiap kali terjaga lepas jam 12 pagi, anak-anak cari kita nak main-main, nak gelak-gelak. Sampai lepas pantang itu dah jadi rutin dia! Maka bermata panda la mak ayahnya. Bila kita tak larat layan, anak mula tantrum. Parah.
Jadi, apa Tok Wan tekankan kat sini, malam-malam tu tak perlu layan anak beria. Dah susukan, dah tukar pampers, zikir sikit-sikit, cakap sikit-sikit bagi dia tidur balik. Bilik kena suasana sedia untuk tidur.
Mudah je kan tip ni. Tapi impak dia besar. Mak ayah memang kena sabar. Siapa tak suka tengok baby comel sengih-sengih nampak gusi oiiii..geram yang amat! hehehe.
Tapi, kena sabar. Tunggu dia besar sikit.
Ini ada perkongsian dari kawan juga yang amalkan rutin macam Eda amalkan.
Ini hanyalah perkongsian peribadi. Alhamdulillah jika memberi manfaat.
Oh ye, kalau baby bangun terjaga pagi sangat tu dan mak nak pass pada ayah pesan juga ye kat ayah tu tak payah agah beria. Penting ni! Nanti anak dah mula akal asyik nak main, ayah berdengkur berlingkar mak kena bersengkang mata. No no no. Tak mahu tak mahu macam ni ok.
Selepas selamat melahirkan bayi lelaki pada Khamis lalu, Uyaina Arshad dan suami sepakat menamakan bayi lelaki mereka Raja Urhan Raja Syahiran.
Uyaina dalam satu perkongsian di Instagram berkata, Urhan memiliki maksud yang cukup baik selain sebutannya hampir sama dengan ibunya.
“Assalamualaikum semua! Meet (berjumpa) dengan Raja Urhan Raja Syahiran.
“Urhan bermaksud pemimpin yang hebat. Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta Noor Alhan, nama Urhan juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.