Sindrom kulit melecur atau melepuh dalam bahasa saintifiknya Staphylococcal Scalded Skin Syndrome (SSSS) banyak berlaku di luar negara.
Walaupun kes ini agak jarang berlaku tapi sekiranya kanak-kanak dijangkiti bakteria Staphylococcal ia berkemungkinan boleh membawa maut jika tak dirawat dengan cepat.
Biasanya dalam kes ini jangkitan mudah berlaku daripada orang yang baru balik dari luar negara.
Menurut Pakar Dermatologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Leong Kin Fon, sindrom SSSS biasanya berlaku pada kanak-kanak dan boleh juga pada orang dewasa.
“Sindrom ini akan berlaku di permukaan kulit paling atas sahaja dan jika cepat dapat rawatan berpotensi untuk kembali pulih tanpa meninggalkan sebarang parut.
“Kanak-kanak cenderung untuk dapat penyakit ini kerana sistem antibodinya masih belum kuat” jelasnya.
Aspek kebersihan
Tambahnya lagi, untuk pastikan penyakit SSSS ini terkawal, ibu bapa kena lebih peka mengenai aspek penjagaan tali pusat bayi baru lahir. Kawasan ini adalah tempat mudahnya berlaku jangkitan kuman jika tak dibersihkan betul-betul.
Selain itu, sebelum menyentuh bayi sentiasa pastikan tangan bersih kerana kuman mudah merebak. Lagi baik elakkan dari orang ramai kerana kita tak tahu sama ada orang yang dekat dengan anak itu sihat atau pun tak.
Rawatan ini boleh dirawat dengan menyapu krim khas dan jika keadaan teruk mengambil antibiotik antara cara terbaik di samping rawatan susulan yang lain.
Menerusi perkongsian dari Puan Mazne Aznan mengenai anaknya, Affan turut menderita SSSS masa usianya 10 hari dilahirkan sangat perit.
Katanya doktor menjelaskan jangkitan ini berlaku melalui orang yang ada sakit kulit semasa datang melawat Affan.
Nasiblah cepat dapat rawatan walaupun pada mulanya seluruh badan anak teruk dengan lepuhan dan kulitnya kering sebelum salin kulit baru.
Nak tahu lanjut apa penyebab penyakit ini, saksikan rancangan Pa&Ma esok (Selasa) jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI