Sindrom terlupa di kalangan mak-mak kalau tidak diuruskan dengan baik boleh mengundang bahaya hingga mengancam nyawa.

Ia bukan perkara luar biasa ramai di kalangan ibu-ibu kerap terlupa macam-macam perkara. Ibu adalah seorang wanita yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk suami dan anak-anaknya.

Walaupun penat dan letih tapi ibu tak pernah berkira untuk menguruskan segala keperluan ahli keluarganya sampaikan kadangkala terlupa dengan keperluan untuk diri sendiri.

Oleh kerana terlalu banyak benda nak difikirkan dan diuruskan, tak dinafikan ada ibu yang sampai hilang fokus dan jadi stres. Dalam soal ini, bantuan dan sokongan suami sangat diperlukan.

Sekiranya berlaku sesuatu tolong jangan kecam atau buat tuduhan kepada ibu yang terlupa kerana tiada ibu di dunia ini yang tak sayangkan anak.

Apa yang berlaku ke atas ibu-ibu yang tertinggal anak di dalam kereta sehingga menemui maut cukup memilukan.

Allahuakhbar! Berat mata yang memandang berat lagi bahu ibu itu yang memikul segalanya. Semoga mereka tabah melalui dugaan tersebut dan jadikan kata-kata peringatan yang dikongsi oleh Dr Taufiq Razif ini sebagai teladan dan maklumat paling berguna untuk kita semua sama-sama  beringat.

Jangan Kecam Ibu Ini

Siapa tak sebak bila baca ibu ni tertinggal anak sendiri dalam kereta hingga si anak meninggal dunia akibat strok haba kan tapi saya tak berani nak kecam ibu ni sebab benda yang sama pun boleh berlaku pada saya dan kita semua sebenarnya.

Ads

Ni la namanya FORGOTTEN BABY SYNDROME!

Kita semua ada 2 jenis sistem memori. Habit Memory dan Prospective Memory. Habit Memory adalah ingatan pada benda yang jadi rutin. Macam yang terjadi pada ibu ni la. Rutin dia pergi naik kereta dan pergi sekolah. Prospective Memory pula adalah ingatan pada benda yang di luar rutin kita. Contohnya yang terjadi pada ibu ni adalah dia bawa anak dia kat dalam kereta tu.

Habit Memory ni lagi kuat daripada Prospective Memory sebab benda tu dah jadi rutin kan. Kalau kena ganggu sikit je Prospective Memory ni akan jadi kacau dan diambil alih oleh Habit Memory.

Tu yang si ibu tu boleh TERLUPA sebab ada distractions! Mungkin disebabkan kerja yang menimbun dan mungkin juga disebabkan kekalutan. Wallahua’lam.

Ads

Saya percaya ibu mana tak sayang anak kan. Lebih-lebih lagi anak sendiri tapi itulah, Forgotten Baby Syndrome ni boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun si ibu ataupun bapa tu adalah parent yang paling penyayang kat atas dunia sekalipun! Malahan ada beratus-ratus kes yang sama juga berlaku di seluruh dunia.

Apa pun, untuk elakkan benda camni kita boleh jadikan beberapa perkara ni jadi HABIT kita :

+ Periksa tempat duduk belakang sebelum keluar kereta

Ads

+ Letak kasut pejabat di bahagian belakang supaya setiap kali sampai ke tempat kerja kita akan toleh ke belakang dulu

+ Jadikan rutin untuk periksa tempat duduk belakang sebelum kunci kereta

+ letak mainan yang berbunyi kalau bawa bayi supaya kita alert ada bayi di belakang sana

Kalau nak belajar Ilmu Keibubapaan boleh ke Telegram saya. Klik je link ni 
 t.me/NotaTaufiqRazif

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI