Akhir-akhir ni banyak tengok menu baby yang orang share guna singo pear. Apa benda singo pear ni sebenarnya? Bagus ke buah ni?

Mungkin ramai yang kenal dengan buah lai. Tapi tak ramai yang kenal dengan Singo Pear yang juga dikenali sebagai Golden Pear atau Korean Pear.  Akhir-akhir ini, makin ramai ibu-ibu yang telah berkongsikan keberkesanan singo pear dalam membantu bayi yang batuk dan sembelit.

Singo Pear Boleh Legakan Batuk Berkahak Bayi, Rugi Kalau Tak Cuba!

Jadi, jom kenali buah singo pear ini dengan lebih rapat dan kenapa buah ini mesti ada dalam senarai stok makanan bayi anda!

🖐5 Sebab Mak-mak Mesti ‘Standby’ Stok Singo Pear Untuk Bayi.

Banyak Khasiat Singo Pear

✅Ia Mudah Didapati

Pertama sekali, janganlah risau nak cari singo pear ini sebab ia boleh didapati di kebanyakan pasar raya utama macam Aeon, Giant, Tesco, Jaya Grocer, dan sebagainya.

Harganya pula berpatutan memandangkan khasiatnya juga banyak, iaitu sekitar RM4-RM5 sebiji. Bergantung juga kalau ada promosi dapatlah harga yang murah sikit.

Ads

✅ Elok Untuk Batuk Berkahak

Singo Pear memiliki kandungan Vitamin C dan Vitamin K serta copper yang penting untuk meningkatkan pertahanan tubuh.

✅Buah ini juga dikatakan mampu membantu melegakan batuk berkahak kerana ia mengandungi air yang banyak. Secara tak langsung, ia membantu lendiran kahak untuk keluar melalui najis.

Menurut sumber, para tabib Cina selalu mengesyorkan buah ini sebagai salah satu alternatif untuk mempercepatkan penyembuhan.

Memandangkan anak bawah 2 tahun tak sesuai memakan ubat batuk (kecuali yang disarankan atas sebab tertentu), jadi bolehlah kita cuba singo pear ini.

Ads

✅ Membantu Atasi Sembelit

Oleh kerana kandungan seratnya tinggi, ramai mak-mak dah cuba memberi Singo Pear untuk melancarkan pembuangan najis bayi. Memang ideal diberikan kalau bayi sering sembelit dan dah tak membuang sampai 2-3 hari!

✅Menurunkan Demam

Buah ini juga boleh membantu menurunkan demam kerana ia bersifat sejuk. Selain itu, ia juga dipercayai dapat meringankan gejala penyakit seperti sakit kepala.

✅Alergi Yang Sangat Minima

Ads

Jika dibandingkan dengan jenis buah lainnya, Singo Pear ini memiliki risiko alergi yang jauh lebih sedikit berbanding buah-buahan lain.

Kredit: Nor Alias

Singo Pear Boleh Legakan Batuk Berkahak Bayi, Rugi Kalau Tak Cuba!

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Singo Pear Boleh Legakan Batuk Berkahak Bayi, Rugi Kalau Tak Cuba!

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI