Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali kekal menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan akhirnya berhubung dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella, empat tahun lalu.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah, bersama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz, selepas mendapati tiada sebarang kekhilafan fakta atau undang-undang dalam dapatan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Menurut Hakim Azman, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah manakala pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan. “Dengan ini sabitan bagi kedua-dua pertuduhan adalah selamat untuk dikekalkan, rayuan atas sabitan adalah ditolak,” katanya.
Ads
Latar Belakang Kes
Siti Bainun, 33, sebelum ini didakwa mengabai dan menganiaya mangsa berusia 13 tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari hingga Jun 2021.
Bagi pertuduhan pertama, beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, manakala bagi pertuduhan kedua penjara 12 tahun. Kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula tarikh sabitan. Selain itu, Siti Bainun diarahkan melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Ads
Kes ini dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.
Perkembangan Terbaharu
Dalam prosiding sama, mahkamah turut menolak notis usul dan afidavit baharu yang difailkan bagi memasukkan bukti baru. Bukti tersebut adalah laporan polis oleh Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin, yang juga saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes Siti Bainun sebelum ini.
Ads
Sepanjang prosiding, Siti Bainun diwakili barisan peguam Mohd. Haijan Omar, Nurul Hafidza Hassan dan Nur Aminatul Mardhiah Md. Nor. Sementara itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Tetralina Ahmad Fauzi, Analia Kamaruddin dan Muhammad Hidayat Wahab.
Siti Bainun yang memakai jubah putih dilihat tenang ketika keputusan dibacakan oleh panel hakim.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes tular seorang ibu yang kehilangan bayinya baru-baru ini meruntun hati dan emosi seorang ibu. Ibu mana yang mahu meninggalkan anaknya sendiri. Tak mungkin!
Bagi mengelakkan kes yang sama berulang lagi atau bimbang kita leka pada persekitaran, seorang doktor perubatan, Dr Ita Jusnita berkongsi tip menetapkan ingatan atau reminder ini menggunakan aplikasi Waze yang sentiasa menjadi pembantu kita sepanjang memandu.
Sekurang-kurangnya dengan ingatan ini, sebaik sampai ke destinasi, Waze membantu. Mak ayah wajib tetapkan di telefon sekarang!
5 LIFE SAVING STEPS- BAGAIMANA WAZE MUNGKIN MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA KANAK-KANAK
Baru-baru ini seluruh Malaysia hiba di atas musibah yang melanda seorang ibu yang juga merupakan Doktor Perubatan, yang saya pasti tidak sengaja dan bukan atas kehendak dirinya, terlupa bahawa bayinya ditinggalkan di dalam kereta. Salam takziah buat seluruh ahli keluarganya.
Ini bukan kes baru. Pernah beberapa kali juga musibah ini kita dengar berlaku. Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan risiko kejadian ini berulang?
Saya juga baru mengetahui fungsi di aplikasi Waze ini atas tunjuk ajar seorang sahabat (credit to Kak Muhaida).
Saya berpendapat ianya wajar dikongsi dan mungkin dapat MENYELAMATKAN NYAWA ANAK-ANAK.
Aplikasi Waze boleh set “Child Reminder” dan peringatan akan keluar apabila anda sampai ke destinasi.
Saya tunjuk 5 langkah untuk set reminder ini di ruang gambar dan caption.
Langkah #1 Buka aplikasi Waze dan klik icon 3 garisan seperti dalam gambar.
Langkah #5 Boleh customise mesej yang anda mahu. Saya pilih untuk Waze remind saya dengan tanya di mana anak-anak saya, Fateh dan Faisal? Dengan mesej ini, ianya membuatkan saya berfikir sejenak, di mana anak-anak saya ketika itu?
Mesej akak pop-up sejurus kereta sampai dan BERHENTI di destinasi. Contoh di video akhir. Tonton sehingga video tamat ya.
Membiarkan anak kecil kita melayari Youtube Kids juga sebenarnya membimbangkan, apa lagi menonton Youtube biasa. Banyak content yang dirasakan sangat kurang wajar ditonton anak-anak.
Cara selamat untuk mak ayah mengawasi apa jua tontonan anak-anak adalah dengan menyekat dan memilih content yang selamat. Nak buat macam mana?
Ini panduan setting Youtube Kids anda untuk lebih selamat, seperti yang dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim. Barulah lega nak biarkan anak menonton sendiri.
Nah, cara setting selamat youtube kids untuk anak anak tengok.
Jangan bagi youtube pilih tapi anda tentukan sendiri content apa yang anak-anak boleh tengok. Itu lebih selamat.
Langkah 1
Klik butang ‘edit setting’.
Langkah 2
Pilih Approve ‘Content Yourself’.
Langkah 3
Laman comfirmation, pilih ‘select’.
Langkah 4
Bersedia pilih konten.
Langkah 5
Taip nama dan channel & klik icon ‘+’.
Langkah 6
Klik tulisan preview dan semak senarai konten yang anda dah pilih.
Langkah 7
Paparan akan jadi begini, pilihan & ruang ‘search’ akan hilang.
11 saluran Youtube selamat untuk anak
Dan ini pula saluran di Youtube yang selamat namun masih perlu dipantau oleh kita.
Ini 11 youtube channel yang baik untuk anak-anak belajar sambil bermain.
Tapi open platform seperti youtube ni kita kena selalu pantau sebab banyak video suggestion yang hiburannya melampau & tak ada etika akan sampai pada anak anak jika tidak di pantau.
Antara 11 saluran itu termasuklah Alif & Sofia, Omar & Hana, Nat Geo Kids, Happy Drawnings, Crash Course Kids, Alphablocks, Be Smart, Scishow Kids, Animal wonder montana, Mathantics serta TheDadLab.
“Anak saya faham je arahan, tapi tak bercakap lagi” Ayat yang biasa disebut oleh ibu bapa bila ditanya mengenai anak faham atau tak.
Ya memang ada kanak-kanak yang mempunyai kefahaman yang sepatutnya dengan usia mereka tapi masih belum bercakap, tetapi ramai sebenarnya masih belum bercakap disebabkan oleh kurang kefahaman. Tapi mereka bijak dengan tingkahlaku mereka hingga membuatkan ibu bapa sangka anak-anak ini faham.
Macam mana tu?
Ok, menurut Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim ada beberapa kriteria ini yang ibu bapa kena perhatikan.
Saya akan terangkan macam mana yang dikatakan kanak-kanak nampak macam faham, tapi sebenarnya tak faham.
MEMBUAT PILIHAN
Bila kita memberi pilihan pada kanak-kanak, mereka biasanya memang akan ambil tak kisah samaada mereka nak atau tak nak.. Ini membuatkan parents percaya yang anak boleh faham dan membuat pilihan. Untuk mengenalpasti samada anak betul-betul faham atau tidak, perhatikan betul-betul perkataan yg anda gunakan.. sebab biasanya kanak-kanak akan mengambil perkataan terakhir yang anda sebut. Oleh itu, cuba tukar kedudukan perkataan setiap kali memberi pilihan.. contohnya “nak lego ke puzzle?” Anak mungkin akan menjawab “puzzle” kerana ia adalah perkataan terakhir yg mereka dengar. Kemudian tanya semula “nak puzzle ke lego?” Sekiranya anak menjawab “lego”, mmg jelas lah anak tak faham soalan tersebut.. tapi hanya menyebut perkataan terakhir yang didengarnya saja..
TUMPUAN BERSAMA
Kanak-kanak mungkin menggunakan tumpuan bersama ini untuk berpura-pura menunjukkan mereka faham. Ini terjadi bila parents melihat ke arah objek dan kanak-kanak juga melihat ke arah objek yang sama. Contoh bila ibu bertanya, “mana kasut” dan tanpa disedari, ibu memang sedang melihat ke arah kasut.
Oleh itu, pastikan anda TIDAK melihat ke arah objek yang anda sebutkan.. contohnya bila anda memberi arahan “bagi mama kasut”, anda melihat ke arah kanak-kanak atau lihat ke arah objek lain.. Jika anak mengambil kasut, bermaksud mereka faham.. tapi sekiranya mereka mengambil objek lain yang anda tengok, itu menunjukkan yang mereka masih tidak faham.
MENGIKUT RUTIN
Kanak-kanak memang bagus dalam mengikut rutin.. ada kalanya kita akan nampak anak boleh mengikut apa yang cikgu di sekolah arahkan. Contohnya apabila cikgu meminta semua kanak-kanak untuk beratur, jika anak anda seorang yang ‘observer’, mereka akan melihat apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain dan meniru pergerakan mereka.
Di rumah, mereka akan dapat lakukan sesuatu yang rutin tanpa perlu memahami arahan dari parents.. Sebagai contoh, sudah menjadi kebiasaan yang diajar oleh parents, lepas makan kanak-kanak perlu meletakkan pinggan ke singki.. atau pun selepas membuka gula-gula, kanak-kanak perlu membuang plastik gula-gula ke dalam tong sampah. Jadi bila parents memberi arahan “buang sampah ni”, anak akan terus bawa ke tong sampah walaupun anak tidak faham arahan kerana situasi itu yang biasa terjadi.
MENGGUNAKAN OBJEK MENGIKUT KEGUNAANNYA
Contoh yang mudah untuk kita faham adalah, anda beri arahan “Baling bola” semasa sedang bermain bola dengan anak. Nampak seperti anak betul-betul faham arahan tersebut kan. Tapi jika difikir semula, memang itu fungsi bola: untuk dibaling. Jika anda beri arahan “duduk atas bola” dan anak boleh buat, boleh kita cakap yang mereka betul-betul faham, sebab sangat pelik bola digunakan untuk duduk.
GUNAKAN KEDUDUKAN DALAM ARAHAN
Biasanya parents jarang atau kurang memberi perhatian kefahaman pada kedudukan, kerana selalunya anak boleh je buat arahan yang melibatkan kedudukan. Sebagai conoth “buang sampah dalam tong sampah” dan anak memang buang dalam tong samaph.. kerana sampah memang kita akan letak di dalam tong.. tapi jika anda memberi arahan “letak sampah di luar tong sampah” mungkin akan berbeza, kerana adalah pelik dan tak biasa untuk kita letakkan sampah di luar tong sampah.
Jadi, untuk bertul-betul kenalpasti sama ada anak faham arahan yang melibatkan kedudukan (atas, bawah, luar, dalam, depan, belakang), anda boleh cuba memberi arahan yang tak masuk akal atau diluar kebiasaan, seperti “letak mainan bawah kotak” atau “letak patung bawah katil”.. Atau untuk periksa samaada anak faham dalam dan luar, anda boleh lakukan aktiviti seperti gunakan kotak atau bas yang boleh dibuka pintu / bumbung.. kemudian letakkan beberapa blocks di luar dan di dalam kotak/bas.. dan beri arahan.. “letak block dalam bas” dan “keluarkan block dari bas”.. jadi kita boleh tahu yang anak betul-betul faham atau tidak konsep tersebut..
Jadi MAKSUDNYA APA?
Maksudnya, kita kadang-kadang “assume” yang anak faham, tapi sebenarnya , mereka sedang melakukan perkara yang biasa dilakukan.. dalam erti kata lain “common sense”. Tapi perlu diingat juga, kita perlu lihat umur anak dan keupayaan untuk mereka memahami arahan.. sebab setiap peringkat umur ada kebolehannya tersendiri..
Tetapi, jika anak sudah melebihi usia 18 bulan tapi masih belum juga bercakap, dan kerap kali parents mengatakan “anak saya faham semua arahan tapi tak bercakap”.. di sini lah perlunya penilaian yang lebih terperinci untuk kefahaman mereka.. Jangan takut dan risau untuk berjumpa Speech Therapist berhampiran anda untuk penilaian.. Tak rugi untuk anda tahu kan.. ?
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.