Hiburan

Siti Nordiana Rapat Dengan Anak Lelaki, “Dah Macam Kawan-kawan Saja Gayanya Bila Dengan Rayyan”

Share

Siti Nordiana rapat dengan anak lelaki, “Dah macam kawan-kawan saja gayanya bila dengan Rayyan.”  Siti Nordiana mula mencipta nama dalam industri muzik Malaysia pada tahun 1999 ketika berusia 15 tahun.

Siti Nordiana Rapat Dengan Anak Lelaki, “Dah Macam Kawan-kawan Saja Gayanya Bila Dengan Rayyan”

Album pertamanya, “Gadis Jepun”, mendapat sambutan yang hangat dan melonjakkan namanya dalam kalangan peminat. Kejayaan besar Siti Nordiana mula diraih apabila lagu duetnya bersama Allahyarham Achik Spin, “Memori Berkasih”, menjadi fenomena di Malaysia.

Lagu itu bukan sahaja menjadi hit di radio, malah menjadi salah satu lagu duet ikonik yang diingati hingga ke hari ini. Gabungan vokal mereka yang harmoni dan lirik yang menyentuh hati menjadikan lagu ini evergreen, sentiasa relevan dan diminati generasi demi generasi.

Menyentuh tentang kehidupan peribadinya, Siti Nordiana sebenarnya sudah 10 tahun bergelar ibu tunggal. Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, tidak pernah menjaja kisah peribadi kepada umum.

Siti Nordiana sering berkongsi cara  dia meluangkan masa dan melayan anak lelaki tunggalnya iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie di media sosail. Perkongsian pelantun lagu popular, Cinta Hanya Sandaran ini sering menjadi perhatian peminat.

Walau sudah lebih dua dekad dalam industri seni tanah air, nama Nana kekal megah di persada muzik. Mei lalu impian Nana untuk mengadakan konsert akhirnya terlaksana.

Sepanjang menjadi anak seni, jarang dengar cerita kurang enak mengenai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini. Apatah lagi membuka kisah perkahwinan terdahulunya yang terputus di tengah jalan.

Sebelum ini, Nana pernah berkahwin dengan pelakon Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006. Namun mereka sepakat mengakhiri perkahwinan pada 14 September 2009.

Hasil perkongsian hidup, Siti Nordiana menjadi ibu kepada anak lelaki bernama Muhammad Rayyan yang kini meniti usia 16 tahun. Sejak berpisah, Nana cekal membesarkan Rayyan dan bertindak menjadi ibu juga bapa kepada anak tersayang.

Dia juga tidak lagi berkahwin selepas berpisah. Nana kelihatannya lebih selesa hidup berdikari dengan status ibu tunggal demi memberi sepenuh perhatian kepada anak tunggal.

Hubungan rapat dengan anak lelaki tunggalnya, Rayyan sering mencuri perhatian ramai. Keakraban hubungan dua beranak ini membuatkan ramai yang melihat Nana dan anak lelakinya itu seperti rakan baik.

Apabila seorang anak lelaki mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya, ia membawa pelbagai manfaat yang bukan sahaja mempengaruhi kehidupan peribadi mereka, tetapi juga membentuk keperibadian dan pandangan hidup anak lelaki tersebut.

Sesungguhnya, hubungan rapat dengan ibu adalah satu anugerah yang tidak ternilai, dan anak lelaki yang menghargai hubungan ini akan membawa banyak kebaikan dalam hidupnya, sekarang dan di masa hadapan.

Sumber: Instagram Siti Nordiana

Baca artikel lain juga: Makan Jambu Batu & Sweet Potato Nana Kongsi Tip Kurus Untuk Ibu Muda Yang Bekerja

Anak Lelaki Yang Selalu Dipeluk Akan Membesar Jadi Insan Yang Hebat

Ibu Ayah Yang Ada Anak Lelaki, Ini Nasihat Penting Sebelum Mereka Dewasa

 

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Has