Sejak melahirkan Aafiyah, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui perasaan rindu sentiasa wujud ketika berjauhan dengan cahaya matanya yang kini berusia empat bulan.

Memandangkan teknologi hari ini serba canggih, Siti memberitahu dia menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengubat kerinduan tersebut.

Siti Nurhaliza Akui Tak Boleh Berpisah Lama Dengan Aafiyah.  Guna CCTV Intai Buah Hatinya   “Rindu tu sentiasa ada. Kalau saya perlu hadiri program seni, memang teringat anak di rumah.

“Jadi, saya melihat dan memantau Aafiyah menerusi CCTV yang disambungkan terus ke telefon bimbit saya.

IKLAN

Siti Nurhaliza Akui Tak Boleh Berpisah Lama Dengan Aafiyah.  Guna CCTV Intai Buah Hatinya   

“Kalau nampak saya tunduk tengok telefon, maknanya saya tengah intai Aafiyah di rumah lah tu,” katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Comel Pipi Merah ini mendedahkan dua bulan pertama kelahiran Aafiyah merupakan antara pengalaman paling mencabar sebagai ibu.

Siti Nurhaliza Akui Tak Boleh Berpisah Lama Dengan Aafiyah.  Guna CCTV Intai Buah Hatinya   

IKLAN

Dalam tempoh tersebut, dia perlu membiasakan diri menjaga bayi yang masih kecil dan mengakui kitaran tidurnya sedikit berubah.

“Masa awal-awal dulu agak mencabar kerana perlu bangun tengah-tengah malam untuk menyusu dan menukar lampin.

IKLAN

Siti Nurhaliza Akui Tak Boleh Berpisah Lama Dengan Aafiyah.  Guna CCTV Intai Buah Hatinya   

“Waktu tidur pun berubah, tapi sekarang Alhamdulillah, semuanya sudah okay. Aafiyah tak banyak ragam dan mudah dijaga,” ujarnya.

Sumber: Mstar Online & ig Siti Aafiyah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI