Situasi cemas semasa kelahiran sering kali menjadi sebuah episod mendebarkan bagi seorang suami. Tatkala si isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat, caesar atau normal bukan kayu ukur kehebatannya lagi.
Pengalaman Dr Aimir Ma’rof melalui proses kelahiran isterinya mungkin keadaan yang sering dialami para suami. Cemas dan takut akan keadaan isteri dan bayi dalam kandungan, apatah lagi tatkala degupan jantung bayi semakin lemah akibat kelemasan.
SALAHKAH BERSALIN CAESAREAN?
Isteri masud wad & ikut prosedur biasa. Menunggu di luar tirai dan bunyi mesin CTG jelas kedengaran.
Tiba-tiba bunyi CTG berubah bunyinya. Doktor berlari & kalut.
Caesar kerana fetal brady (bradycardia). Suasana riuh dan boleh dikatakan semua orang berlari.
Ads
Graf CTG seperti kawah. Semua kelam kabut. Kurang 5 minit isteri sudah ada dalam dewan bedah.
Tangisan bayi pertama, hati menjadi sebak. Kasihnya kepada isteri yang bergelut kepayahan.
Ads
Bersalin kali kedua isteri enggan VBAC. Itu kehendak isteri, autonomi isteri saya.
Ads
Hospital tidak sewenang-wenangnya membedah menidakkan autonomi isteri. Doktor membedah bukan untuk isi masa lapang atau hobi sampingan. Dalam situasi tertentu tanpa caesarean risiko kematian/ kecacatan bayi mungkin mencecah 100%.
Supaya beberapa tahun tiada ibu, suami dan anak yang masih meratapi. Kami hanya mahu ibu dan bayi itu selamat.
Tatkala diri sedang hamil, sel kanser pula menyerang. Cabaran getir dilalui ibu ini dalam melakukan rawatan dan dalam masa yang sama menempuhi kehamilan sehingga bersalin.
Puan Rossimah Mohamed, ketika itu tidak menjangka bengkak pada bawah payudara yang dikesan semasa temujanji prenatal. Ibu tabah ini juga telah melalui ujian saringan mammogram mengesan kanser tersebut dan dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut. Disebalik perjuanganya melawan kanser, kesyukuran dipanjatkan kepada Allah apabila kehamilanya dapai diteruskan sehingga bersalin.
Ibu ini telah muncul dalam rancangan TV Pa&Ma episod 10, Kehamilan & Kanser yang telah disiarkan di pada 14 Mei 2019, di Astro Prima & Astro Prima HD.
ADA KETULAN DI BAWAH PAYUDARA KIRI
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengimbau kembali detik awal kehamilannya pada tahun 2015 di mana dia melalui ujian untuk memulakan pemeriksaan antenatal & rekod kehamilannya di sebuah klinik.
“Jururawat yang memeriksa mendapati ada ketulan pada bahagian bawah payudara kiri. Doktor mengesahkan ada ketulan dan membuat surat rujukan untuk refer ke hospital.
“Saya terus hadir ke hospital dan dalam masa 3 hari saya hadir untuk membuat ujian biopsi. Setelah 3 minggu, keputusan ujian mendapati saya mengalami kanser payudara tahap 2.
“Doktor menasihatkan saya untuk membuang ketulan atau membuang keseluruhan payudara. Saya berbincang dengan suami, kami bersetuju untuk membuang kesemuanya kerana tidak mahu memgambil risiko pada masa akan datang,” kata Rossimah kepada Pa&Ma.
DUA OPSYEN YANG SUKAR, SAMA ADA GUGURKAN ATAU TERUSKAN KANDUNGAN
Manakala untuk kandungan, ibu ini diberikan dua opsyen yang dicadangkan oleh doktor. Ia adalah pilihan yang sukar iaitu sama ada untuk meneruskan atau untuk menggugurkan kandungan. Semasa proses pembedahan membuang ketulan tersebut, dia perlu dibius keseluruhan (bius am- general anesthesia) dan ini merisikokan bayi tidak mendapat oksigen.
Setelah mempertimbangkan segala-galanya, Rossimah dan suami memilih untuk meneruskan kandungan zuriat kedua mereka walau pun dirinya bakal menempuhi pelbagai cabaran rawatan barah.
LALUI KIMOTERAPI SEBANYAK ENAM KALI
Selepas pembedahan, Rossimah dirujuk ke Institut Kanser Negara dan beliau telah melalui rawatan kimoterapi sebanyak enam kali. “Semasa kimoterapi, bayi masih dalam kandungan. Saya day care, maksudnya ambil ubat pada sebelah pagi dan tengah hari saya sudah boleh pulang.
“Untuk kimoterapi 5 dan 6, saya melalui operation untuk percepakan proses radioterapi. Bayi saya pula, doktor beritahu ada masalah pada plasenta. Bagi ibu hamil plasenta makin lama makin membesar. Namun bagi saya, plasenta makin lama makin mengecut. Kesan daripada radioterapi itu, perkembangan kaki anak saya tidak berkembang dengan baik. Kakinya tidak lurus, ia membengkok sedikit,” kata Rossimah.
EMOSI TERTEKAN TAPI ROSSIMAH TERUS KUAT
Ibu juga turut mengakui emosinya terganggu. “Ketika rawatan kimoterapi pertama, saya tak boleh bangun. Kimoterapi pertama rambut gugur dengan banyak. Saya berasa sangat sedih tapi suami berikan kekuatan & dorongan. Mesti ada hikmah di sebalik semua ini.
“Ketika kimoterapi yang ketiga, saya minta suami botakkan sepenuhnya kepala. Saya tidak sanggup melihat keadaan rambut yang gugur. Saya nampak segenggam rambut di bilik air, bila ternampak luka pada dada saya menangis. Alhamdulillah suami sangat menyokong. Suami kata jangan menangis. Kalau menangis kasihan pula bayi. Kata suami, kalau sayangkan anak-anak saya perlu kuat teruskan hidup,” kata Rossimah.
MELAHIRKAN PADA USIA KANDUNGAN 36 MINGGU
Ibu ini akhirnya selamat melahirkan secara pembedahan walau pun bayinya pramatang pada usia kehamilan 36 minggu. Si kecil lahir dengan berat 2.4kg dan mengalami sedikit masalah pada kedua-dua belah kaki iaitu club foot.
Biar pun dilahirkan tidak cukup bulan, anak keduanya itu membesar dengan sihat dan kini sudah boleh berjalan & berlari tanpa masalah. Tatkala mengenang kembali pahit manis ibu ini sempat berpesan sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling amat mustahak.
KENA HAPPY SELALU
“Kena happy. Kasih sayang dan kegembiraan adalah satu ubat. Saya tidak bergantung 100% kepada ubat. Saya nasihatkan kepada semua pesakit kanser supaya bangun dan bangkit. Jangan bersedih, menyalahkan diri sendiri dan orang lain. Mintalah pertolongan kepada Allah supaya boleh terus hidup,” katanya.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kanser dan kehamilan, bagaimana ia banyak terjadi semasa wanita hamil, boleh ikuti siaran Pa&Ma 14 Mei 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Fitri Haris yang selamat menimang cahaya mata sulungnya bersama isteri tersayang, Fazilah Omar yang telah selamat melahirkan bayi mereka pagi tadi.
Kata Fitri, isterinya terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi mereka dua minggu lebih awal dari tarikh due kerana mengalami masalah asma yang teruk.
Bukan itu sahaja, bahkan kata Fitri, dia dan isteri berdepan dugaan bila mana bayi mereka menghadapi sedikit masalah pernafasan selepas dilahirkan dan kini dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Awal pagi tadi, Fitri berkongsi kegembiraan selepas kelahiran bayi lelaki sulungnya.
“Alhamdulillah syukur ya Allah.
“Alhamdulillah isteri saya @el_mrsfitri telah selamat melahirkan anakanda (bayi lelaki) kami. Terima kasih atas doa yang di kirimkan,” kongsinya gembira.
Kata Fitri menerusi hantaran yang sama, disebabkan bayinya yang tidak stabil, laungan azan juga dilakukan dengan berhati-hati untuk kebaikan bayi mereka.
Dalam pada itu, Fitri juga memohon doa semua agar keadaan anak kecilnya itu semakin stabil dan lekas segera keluar dari NICU.
“Doa agar kesihatan baby dan mama nya di beri kesihatan yang baik. Baby sekarang di penjagaan rapi untuk memstabilkan pernafasan.
“Azan juga di lakukan secara berhati-hati untuk kebaikan baby, dalam penjagaan rapi.
“Terima kasih kepada Dr.Fatimah, Dr. Maisarah, dan semua team di @annurspecialisthospital yang senantiasa berusaha menjaga isteri di sini. Masyaa Allah. Syukur ya Allah … syukur,” tulisnya di Instagramnya.
Menerusi MStar, Fitri juga memaklumkan isterinya sudah dimasukkan ke wad tiga hari lalu kerana mengalami masalah asma yang agak teruk. Biarpun tarikh sebenar pada 15 Julai nanti, bayi kecil mereka terpaksa dilahirkan lebih awal.
” Memang sangat teruja menanti kelahirannya, rasa seperti nak menyambut anak pertama. Buat masa sekarang kami belum ada nama untuk baby.
” Insyaallah nanti dah ada, saya akan kongsikan bersama. Harap semua dapat mendoakan keadaan isteri dan bayi kami,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Fitri mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya, Fazilah Omar pada Disember 2019. Fitri turut mempunyai seorang cahaya mata, Sofea Soleha, 16 tahun, melalui perkahwinan terdahulunya. Tahniah diucapkan buat pasangan ini.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fitriharisofficial & Mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak batuk sampai merah muka, tapi kahak tetap tak keluar. Ibu bapa mesti rasa risau kan?”
Situasi anak batuk berkahak tetapi tak pandai membuang kahak adalah masalah biasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kecil, terutama yang belum tahu cara untuk meludah atau berdehem. Tapi kalau dibiar, kahak yang berkumpul boleh buat mereka semakin susah bernafas, tidur terganggu, dan jadi makin tidak selesa.
Mari Pa&Ma kongsikan panduan lengkap untuk bantu mak ayah atasi masalah ini dengan selamat dan berkesan!
Sistem pernafasan anak kecil belum matang seperti orang dewasa. Mereka:
Belum tahu cara untuk mengeluarkan kahak (tak pandai berdehem atau meludah).
Saluran pernafasan lebih kecil, jadi mudah tersumbat bila ada kahak pekat.
Bila batuk, tenaga tak cukup kuat untuk “tolak” keluar kahak.
Batuk berbunyi “berlendir” atau “berair”
Nafas berbunyi (wheezing) seperti ‘ngesek’
Susah tidur malam, terutama bila baring
Muntah selepas batuk kuat (kerana kahak tak keluar)
Cara ini sangat berkesan untuk bantu longgarkan kahak dalam paru-paru:
Baringkan anak dalam posisi meniarap atau kepala lebih rendah daripada badan.
Gunakan tapak tangan berbentuk ‘cupping’ (berlekuk).
Tepuk belakang anak perlahan-lahan, terutama bahagian bawah paru-paru.
Lakukan 3-5 minit, 2-3 kali sehari.
Nebulizer bantu mencairkan kahak dan buka saluran pernafasan. Tapi perlu dapat nasihat doktor dahulu. Jangan sembarangan guna tanpa pemantauan.
Bawa anak ke bilik air, buka air panas dan biar wap memenuhi bilik. Duduk bersama anak 10-15 minit. Wap bantu cairkan kahak dan legakan pernafasan.
Gunakan minyak telon atau minyak bayi suam.
Urut dada, belakang dan tapak kaki anak.
Sambil tepuk perlahan, nyanyikan lagu atau main untuk kurangkan rasa tak selesa.
Air bantu cairkan kahak. Untuk bayi, susu ibu atau susu formula masih yang utama.
Mak ayah perlu bawa anak jumpa doktor jika:
❗ Kahak buat anak sesak nafas ❗ Anak muntah setiap kali batuk ❗ Suara bertukar garau/tidak normal ❗ Warna kahak hijau pekat, berdarah atau berbau busuk ❗ Batuk lebih dari seminggu dan makin teruk
*Boleh juga ikhtiar dengan Air biji kembang semangkuk penawar untuk anak demam, batuk berkahak selain makan ubat. Jika anak sedang batuk berkahak, salah satu bahan makanan semulajadi yang bagus ialah biji kembang semangkuk.