
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) mencipta sejarah apabila tersenarai sebagai finalis Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025 (World’s Best School Prizes) dalam kategori Kehidupan Sihat (Healthy Lives).
Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan warga sekolah bahkan menjadi inspirasi kepada seluruh komuniti pendidikan di Malaysia.
Dari Malaysia ke Pentas Dunia
Anugerah berprestij ini dianjurkan oleh organisasi global, T4 Education, dengan kerjasama beberapa institusi antarabangsa. Ia bertujuan mengiktiraf sekolah-sekolah yang memberi impak besar kepada komuniti mereka melalui pendidikan berkualiti, kepimpinan, serta inisiatif luar bilik darjah.

SK Putrajaya Presint 11(1) terpilih kerana pendekatan menyeluruh dan berinovasi dalam membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan murid, guru dan komuniti sekolah. Sekolah ini dilihat sebagai model yang berjaya menggabungkan aspek kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam pendidikan seharian.
Komitmen Terhadap Gaya Hidup Sihat
SK Putrajaya Presint 11 (1) terpilih dalam kategori Menyokong Kehidupan Sihat hasil inisiatif memperkenalkan aplikasi mudah alih HELPIE yang menumpukan kepada kesihatan mental dan kesejahteraan hidup.
Menurut kenyataan penganjur anugerah berkenaan T4 Education di laman webnya, sekolah berkenaan berjaya memecahkan tembok yang menjadi penghalang pemantapan kesihatan mental dan kesejahteraan hidup menerusi aplikasi HELPIE.
Direka dan dibangunkan oleh pelajar untuk pelajar, HELPIE menjadikan sokongan kesihatan mental boleh diakses, interaktif, menarik dan menyeronokkan.
Menteri Pendidikan Ucap Tahniah
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, dalam ucapan tahniahnya turut merakamkan penghargaan kepada guru, pentadbir dan murid-murid atas usaha dan dedikasi mereka hingga berjaya mencapai tahap 10 terbaik dalam kategori berkenaan.

“Saya harap mereka akan disenarai pendek lagi untuk kemenangan di pusingan yang selanjutnya. Jadi kita ucapkan syabas dan tahniah.
“Ini menunjukkan Malaysia, anak-anak kita dan sekolah kita mempunyai potensi besar…maknanya acuan itu adalah acuan kita, budaya kita dan paling penting adalah sekolah kita,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan meja Bulat Menteri Pendidikan dan Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN (#EduRoundtables2025) di sini pada Khamis.
Hadiah dan Harapan
Sekiranya SK Putrajaya Presint 11(1) diumumkan sebagai pemenang, sekolah berkenaan bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak USD50,000 (kira-kira RM235,000) untuk terus memperkukuhkan program-program kesihatan sedia ada.
Namun begitu, tersenarai sebagai finalis sahaja sudah cukup membanggakan dan membuktikan bahawa sekolah-sekolah di Malaysia setanding dengan institusi pendidikan terbaik dunia.
Tahniah SK Putrajaya Presint 11(1)! Semoga terus menjadi pencetus perubahan dalam dunia pendidikan negara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!






Bunga dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Ini antara simbolik bagi seorang wanita. Tanyalah sesiapa pun, jika dapat bunga dari insan tersayang, ibarat dirinya seperti sangat bermakna. Jadi apa salahnya suami buat kejutan dengan memberi bunga pada isteri.
Contohnya masa hari lahir, sambutan ulang tahun perkahwinan atau bila-bila masa sahaja. Ini antara salah satu kegembiraan buat isteri. Jadi bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan gubahan bunga yang cantik dan sesuai dengan bajet anda, Hana Florist mampu merealisasikan kejutan buat insan tersayang.
Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan gubahan bunga istimewa Hana Florist atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 017 3321237.





