Kanak-kanak mempunyai beberapa fasa perkembangan menulis mengikut umur tertentu bermula seawal umur setahun sehinggalah 6 tahun.

Peringkat 1-6 tahun merupakan fasa perkembangan yang perlu di perhatikan dan dirangsang.

Dulu saya ingat, nak anak pandai menulis, bagi aje pensel dan kertas. Lagi banyak berlatih menulis, lagi cepat mereka pandai.

Skill Menulis Kena Ikut Peringkat Umur, Periksa Anda Dah Boleh Buat Semua Ini Ke Belum?Rupanya, bila buat macam tu, anak-anak berisiko untuk hilang minat untuk belajar. Sebabnya, proses TERPAKSA macam ni buat mereka ada experience menulis yang tak best.

Sebenarnya, ada banyak cara yang lebih fitrah untuk latih anak menulis ni.
Kita boleh cek juga cara anak pegang pensel tu, normal atau tak mengikut umur mereka.

Beberapa hari lepas, saya soal siasat Siti ‘Aisyah Rozalli tentang tanda-tanda anak ada skill menulis yang baik. Panjang huraiannya, jadi saya cuba lukiskan supaya you all semua senang nak faham.

Ads

Cuba cek, adakah anak kita dah mahir menulis?

Adakah pegangan pensil mereka dah cukup efisyen?

Adakah motor halus mereka dah cukup baik?

Skill Menulis Mengikut Peringkat Umur:

Ads

1-2 tahun
🖍 Memegang krayon secara menggenggam
🖍 Memahami yang krayon / pensel digunakan untuk menconteng

3-4 tahun
✏️ Melukis garis bergelombang di seluruh halaman yang kelihatan seperti garis dari buku teks
✏️ Menulis beberapa huruf, terutama huruf yang terdapat pada namanya
✏️Boleh menulis nama mereka
✏️ Mungkin mula melukis gambar dan melabelnya menggunakan huruf atau tanda seperti huruf

5-7 tahun
🖋Pegang pensil dengan betul dan bentuk huruf dengan tepat
🖋Ketahui bunyi huruf yang dibuat dan mengeja perkataan berdasarkan bagaimana mereka berbunyi
🖋Sudah boleh mengeja Sight Words (The, And Here, You etc)
🖋 Labelkan gambar dengan beberapa perkataan yang betul
🖋 Mampu menulis pengalaman peribadi, sebagai contoh ‘Kenangan cuti sekolah’

Ads

Kredit: Wawa Shauqi

Skill Menulis Kena Ikut Peringkat Umur, Periksa Anda Dah Boleh Buat Semua Ini Ke Belum?

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI