Smartphone Boleh Jadi CCTV. Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Pantau Bayinya

Share

Bukan mudah menjaga bayi yang masih kecil. Terlalai sikit boleh berlaku macam-macam perkara yang ibu bapa sendiri tak jangka. Jika nak pantau 24 jam agak sukar tapi dengan adanya aplikasi untuk memantau pergerakan anak mungkin boleh membantu.

Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari penyelesaian untuk memantau pergerakan bayi anda di rumah, perkongsian seorang ibu, Nurul Wafa boleh dicuba.

Menerusi posting di Facebooknya, Nurul berkongsi satu aplikasi dikenali sebagai BabyCam.

Difahamkan aplikasi ini memerlukan dua telefon pintar, satu bertindak sebagai kamera litar tertutup (CCTV) dan satu lagi untuk paparan.

Apabila dipasang pada kedua-dua telefon, aplikasi ini mampu memaparkan rakaman secara langsung selain turut berupaya mengesan bunyi menangis atau objek yang jatuh di kawasan sekitarnya.

1st device setup as Baby Station. 2nd device setup as Parent Device.

“Symptom mak-mak bila buat kerja di dapur terngiang suara anak menangis. Bila berlari jenguk dalam bilik, elok je dia tengah tidur.

Kena pair kedua2 device td.

“Terpaksalah mommy install apps #babycam ni. Kebetulan telefon pun memang ada dua. Tak risau dah Afeeya jatuh katil ke, terjaga dari tidur ke sebab aplikasi ni ada noise & cry recognition.

Now Afeeya tgah tidur dengan lena nya.. Mommy nak pg makan dgn tenang. ?

“Boleh buat kerja dengan tenang di dapur dan juga di bilik air,” katanya. 

Noise detected. Biasa bila terjaga dr tidur Afeeya tak terus menangis. Dia akan panggil2 mommy dlu. Bila mommy tak muncul2 baru dia menangis.
Menangis dah dia ? Sementara nk smpi ke bilik tu boleh on microphone utk bg dia dgr suara kita supaya dia lebih tenang.

Sehingga kini posting terbabit telah dikongsi sebanyak 21,000 kali dan menerima pelbagai reaksi postifi dari warganet khususnya golongan ibu bapa.

Sumber: FB Nurul Wafa

 

Published by
Wan Amy